Pages

Friday, December 22, 2017

Bahaya mengambil herba or suplemen or produk kesihatan secara berlebihan atau berpanjangan

Bahaya mengambil herba or suplemen or produk kesihatan secara berlebihan atau berpanjangan
Artikel pendek ni ditulis akibat semakin ramai org berminat dgn rawatan alternatif n herba yg mengalami simtom kesan sampingan overdosnye..
Ade org mkn herba or suplemen lebih drp dos yg disyorkan kononnye nak cepat baik..
Ade org mkn herba or suplemen or produk kesihatan setiap hari berbulan-bulan.. Konon utk jaga kesihatan n elak drp penyakit or boost imun or boost tenaga fizikal/mental.
Tiba-tiba badan rasa lemah, kepala rasa hoyong/dizzy, tak bermaya, hilang selera makan, gastrik, banyak angin dlm perut, pucat, senak dlm dada, sesak nafas...
Banyak org tak menyedari bhw herba or suplemen or produk kesihatan or juicing buah/sayuran yg diamalkan setiap hari itu puncanye..
Maka berterusanlah diambilnye prdk herba or kesihatan tersebut..
Sehingga blh membawa kesan sampingan dan kemudaratan pd tubuh...
Bila diperiksa oleh Dr, maka didapati kesan overdos suplemen or amalan pemakanan diet khusus yg tak seimbang...
Cume kebanyakan org walaupun mengambil produk herba or kesihatan or juicing or diet tertentu tidaklah sampai kterlaluan shingga setiap hari mengambilnye selama berbulan or bertahun.
Ade bbrpe hari yg tak diambil dlm sminggu..
Mngambil herba, juicing buah/sayuran, produk kesihatan n diet khusus perlu ade pengetahuan tentang dos serta frekuensi pngamnilan yg sesuai dgn tubuh kite serta corak pemakanan kite..
Jika org tua, org sakit kronik, org tekanan rendah dan kanak2 serta org yg kurang 'makan', mk lebih sensitif dgn produk kesihatan sebegini.. Jd dos, kekerapan pengambilan serta tempoh 'rehat' harus diber perhatian utk mngelakkan kesan sampingan overdos or kesan sinergistik beberapa herba or suplemen yg diambil secara gabungan...
Pkara yg nk dtekankn disini adalah keseimbangan dlm pmknn bg or sihat or sakit or bsalin bak kata sesiapa saja utk optimumkn fungsi organ2 bersama pengambilan herba or produk kesihatan or diet tertentu..
Klu mkn herba/produk kesihatan tanpa ade kseimbangan drp kalori n zat dlm mknn bdn blh jd senget.. tak seimbang..
Mkn ape pun akn mnjdkn bdn tak seimbang jika amik stiap ari dlm kuantiti yg blebihan n jd overdos..
Ditambah dgn corak pemakanan yg tak seimbang dan rendah kalori..
Mk lagi cepat dan teruk kesan adverse blaku..
Antara simtom overdos pengambilan herba, juicing buah/sayuran, produk kesihatan yg tak diseimbangkan dgn pengambilan makanan n kalori adalah spt berikut...
1. Lemah
2. Hypoglycemia
3. Tekanan drh rendah
4. Dizzy
5. Bdn rse melayang
6. Dada rse mnyesak
7. Sesak nafas
8. Angin blh masuk blk bdn klu blebihan herba or sayur n buah tanpa kalori n mineral yg seimbang.. Mula2 angin dpt drawat dgn herba n produk kesihatan bkenaan. Tp bila amik overdose bpnjgn mk jd tubuh n drh imbalance dr segi kpekatan elektrolit dlm sel n luar sel, plasma drh yg akn mpngaruhi aktiviti metabolisma dlm sel n DNA ..
9. Selera mkn jd hilang n meloya or muntah angin.. Ini simtom yg biasa jika overdos sebarang jenis herba, jus buah + sayuran..
10. Imun tubuh reverse ykni mnjd semakin rendah n senang djangkiti..
11. Denyut jantung yg kuat akibat kesan adverse akut.. Peringkat awal biasanye..
12. Denyut nadi jd halus n plahan... Bila kronik..
Sbb stiap bhn mknn n herba n buah n sayur ade klebihan serta kekurangan nutrien tertentu.. Jd bila overdose sesuatu bhn mk ia akn dtunjukkan via simtom pd tubuh . Mula2 perubahan fisilogi.. Lama2 blh jd pykit or merosakkn organ2 jika tak dperbetulkan.
Contoh simtom overdos..
1. Lebih mkn buah esp buah berair n sayuran ijau mk blh blaku klebihan potassium dlm sel.. Mk simtom sel akn mnjd segah/ bengkak akibat air memasukki sel.. Mngganggu aktiviti metabolisma sel. Mk organ2 blh bnkak spt jantung .. Jd lemah n sensitif sejuk n sesak nafas.. Mnganggu fungsi otot jntg.. Blh jd kejang otot..
2. Jika overdos amik grm mk blebihan sodium di luar sel.. Mk simtom sel kekeringan akan blh blaku...
3. Jika overdose kunyit n herba lain yg bsifat astringent spt mnjakani n bidara , mk drh akn mnjd pkt akibat pngeringan plasma drh.. Ini blh ganggu fungsi jntg n ginjal n hati.. Kesan overdos herba astringent ni sama spt klu overdos grm or sodium klorida..
4. Blebihan mkn bnda masam spt cuke buah, yoghurt n lemon n limau n buah masam, bdn jd sejuk n lembab.. Sbb bnda msm tinggi potassium. Jd simtom spt overdos buah n sayuran #2 diatas..
5. Overdos herba bsifat panas n kering plk mnimbulkan simtom panas blebihan blebihan pd tubuh pn mngganggu fisiologi tubuh n organ2.. Contoh akar kayu n herba tertentu.. Madu jg tak blh amik blebihan atau diambil scara tak seimbang dgn mknn lain..
6. Jika overdos herba pahit spt tunjuk langit, hempedu bumi, seruntun, blh mnurunkan tekanan drh, gula drh n denyut jantung dgn mendadak dibawah paras normal individu..
7. Jika overdos herba bsifat hypotensive yg kuat spt daun durian belanda, daun bidara, misai kucing, hempedu bumi, dokong anak blh mnurunkan tekanan drh n denyut jantung @ bradychardia scara extreme yg blh memudaratkn spt dizzy, lemah, dada rasa tak selesa n sesak nafas..
8. Jika ambil terlalu byk suplemen yg tinggi antioksidan bersama 'juicing buah/sayuran' utk detox tubuh scara extreme jg blh menimbulkan kesan sampingan imbalance dlm sel yg blh ganggu aktivi n metabolisma sel.. Blh blaku down regulate or upregulate ekspresi genetik yg tak normal dlm sel.. Antioksidan yg tlampau byk dlm badan blh mnjadi kesan toksik jg. Ia blh btindak sbg radikal bebas plk..
9. Pil vitamin yg diambil scara blebihan jg tak bgus utk bdn.. Vitamin larut lemak spt A, D, E, K yg overdos blh bkumpul dlm hati n mnjd toksik..
Begitu jg dgn vitamin larut air spt B komplex, C n minerals yg overdos blh bg kesan adverse yg lain plk kpd tubuh..
Ini yg Doktor prihatin terhadap lambakan prdk herba n kesihatan n suplemen di pasaran.. Jika tak diguna or diambil dgn betul mk blh mngundang kesan sampingan plk..
Cara nak mengelak kejadian overdos herba, produk kesihatan, diet khusus esp rendah kalori adalah dgn...
1. Ambil dos yg disyorkan semasa rawatan. Selepas sembuh kurangkn dos n frekuensi pengambilan..
2. Sbg health maintenance, jgn ambil setiap hari... Ambil 1-3x sminggu sudah memadai dgn dos minima.
3. Tingkatkan dos bila perlu sahaja.. Bila dapat atasi masalah kesihatan yg dialami kurangkan dos n frekuensi ikut mingguan i.e 1-3x smingu..
4. Jika herba kuat yg bsifat terapeutik yg tinggi henti pengambilan jika sudah sembuh penyakit... Maintain dgn diet seimbang dan pelbagai..
Herba yg bsifat terapeutik ringan blh diamalkan seminggu 2-3x spt kurma merah, jintan hitam, halba, moringga, kunyit, halia..
5. Juicing campuran buah n sayuran sbg amalan detox yg kuat utk tubuh blh dibuat 1 - 4 minggu skali bgantung kpd tubuh individu..
6. Pastikan mengambil pelbagai jenis kumpulan makanan karbohidrat, lemak n protein yg sihat bersama buah n sayuran utk membekalkan semua nutrien dan tenaga dperlukan tubuh dlm kadar yg berpatutan..
7. Bg setengah org lbh cenderung kene hypoglycemia kena ambil gula alami or madu yg manis or buah yg manis yg tinggi gula spt kurma, nangka, mangga, temikai, rambutan esp sebelum makan berat stiap hari utk mberi tenaga segera n kekuatan kpd sistem phadaman bfungsi dgn bkesan.. Pencernaan mknn perlukan tenaga yg tinggi.. Perlu pecahkan hidangan kpd 4-5 hidangan shari utk elak hypoglycemia..
8. Ambil mknn bernutrisi tinggi drp mknn wholefoods dr kumpulan lemak tepu sihat spt santan kelapa, butter/ghee susu alami, susu alami , karbohidrat komplex, karbohidrat ringkas spt gula perang, protein, sayur n buah.. Ikut piramid mknn Kementerian Kesihatan dlm menetapkan kadar amaun setiap jenis kumpulan mknn yg diambil i.e karbohidrat, lemak, protein dsb.
9. Bg pesakit, org tua, kanak2 berumur 1-6 thn, pertimbangkan pemberian herba or mknn bsifat terapeutik ringan or sderhana spt VCO, EVOO, red palm oil, Madu, kurma merah, barli, selasih, manna. Hidangan mknn berzat n berkalori yg mudah dihadam perlu diamalkan bsama spt sup ayam kmpg, lamb, puyuh, ikan.. utk elak kesan senget tak seimbang.. Jika perlu herba kuat beri dos yg minima bsama mknn yg manis spt gula perang, madu, kurma..
9. Jika blaku simtom overdos herba spt diterangkn diatas, berhenti serta- merta herba or suplemen tersebut seminggu..
Segera ambil butter alami spt Anchor 1 sdu teh + madu manis spt Wescobee dikacau sebati dan dimakan terus spt coklat 1 -3x shari shingga simtom overdos spt lemah n dizzy hilang..
Juga blh ambil garam bukit pink secubit + gula perang dlm secawan air dan diminum utk seimbangkan elektrolit dlm darah.. Beri mkn sup ayam kmpg or lamb or telor kmpg masak separuh..
InsyaaAllah semuge bermanfaat..
Wallahu a'lam..

 https://t.me/bioshifaxmarketing
Nizam Herbalist
 

Friday, December 30, 2016

Kelebihan Dan Hikmat Ayat Seribu Dinar

Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar’ merupakan ‎amalan yang masyhur dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri. Ramai ‎yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan kemurahan ‎rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya secara beristiqamah.
.
.
Hikmah Ayat 1000 Dinar.
Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎
‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
.
.
Sejarah Dinamakan 1000 Dinar‎
Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. ‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎
.
Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir.
Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun.
Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎
Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎1000 dinar.‎
.
.
Pendapat Ulama’
Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Para ulama’ menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan.
Walaupun terdapat perselisihan dan tentangan dari para alim ulama’ akan kelebihan dan kesahihan sumbernya, kerana tidak ada dalil dari al-Quran atau hadis.
Begitu pun beramal dengan ayat-ayat Allah tidak akan merugikan sesiapa bahkan Allah SWT akan mengurniakannya dengan kelebihan yang banyak.
Apabila diperhatikan kepada makna setiap ayat, memang tepat dan benar bahawa ayat ini amat penting untuk diamalkan oleh setiap umat Islam, agar lebih tinggi kebergantungan seseorang itu kepada Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan.
Ayat tersebut mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan. Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari sebarang masalah dalam hidup setiap hambaNya.‎ Jika keyakinan itu disematkan dihati dan fikiran maka sudah tentu Allahlah tempat penentu kesudahan.
.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya).
Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
– (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
.
.
Amalan
Ramai yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat dan ketika berdepan masalah. Tidak kurang juga peniaga menggantung atau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan perniagaan bertambah maju.
Walaubagaimana pun jika sekadar menampalkan ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar.
.
Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.
Sebenarnya ayat seribu dinar adalah sebaik-baik doa untuk segala masalah. Walaupun begitu banyak doa-doa lain untuk perlindungan diri dari musibah dan ketika susah. Tetapi tidak ramai yang mampu menghafal banyak doa-doa yang khusus untuk sesuatu tujuan tersebut.
Sewaktu dalam kesusahan dan dalam keadaan darurat, ada kalanya kita terlupa, apakah doa yang hendak dibaca. Yang sebaik-baiknya ayat seribu dinar yang mudah dihafal dapat dibaca. Ayat seribu dinar merangkumi kesemuanya untuk mendapatkan rezeki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah serta perlindungan dari syaitan, jin dan iblis.
.
.
Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar
‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.
Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.
Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara.
Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
Baca ketika hendak tidur tiga kali,
Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
.
Selepas mengetahui hikmat ayat ini, eloklah diamal, dihafal dan difahamkan maknanya sekali sebagai bekalan kita ketika menghadapi segala kesusahan dan kesengsaraan yang tidak kita jangkakan di masa mendatang.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Monday, December 12, 2016

Kecewa tak dapat anak lelaki, ibu tikam 5 anak perempuan

GUANDONG: Seorang ibu yang mengalami kemurungan telah membunuh empat anaknya, selepas melahirkan anak kelima, lapor media Cina.

Wanita berusia 31 tahun itu, yang hanya dikenali dengan nama keluarga Zhou, dilaporkan telah menikam lima anak perempuannya di kediaman mereka di Zhanjiang, selatan wilayah Guangdong, pada Jumaat, menurut Guangdong Radio and Television.

Semua anaknya, yang berumur bawah lapan tahun telah dibawa ke hospital, tetapi empat daripada mereka meninggal dunia, laporan itu memetik kenyataan yang dikeluarkan dalam akaun Weibo polis Zhanjiang.

Zhou, yang telah melahirkan anak kelimanya bulan lepas, ditahan selepas penduduk kampung menghubungi polis.

Zhou memberitahu polis bahawa beliau telah menikam anak-anaknya dengan pisau dapur kerana kecewa dan tertekan selepas melahirkan anak kelimanya bulan lepas.

Memetik suaminya sebagai berkata, pasangan itu telah berdoa untuk mendapat anak lelaki selama bertahun-tahun tetapi Zhou tetap melahirkan anak perempuan.

Penduduk kampung menggambarkan bagaimana mereka melihat percikan darah di tempat kejadian.

Salah seorang penduduk berkata, keluarga itu miskin dan suami Zhou bekerja jauh dari rumah, menyebabkan beliau terpaksa meninggalkan isterinya bersama anak-anak dan bapanya yang kurang upaya.

Siasatan polis sedang dijalankan. - South China Morning Post

Friday, November 11, 2016

IKTIBAR DAN PENGAJARAN DARI FENOMENA KEMENANGAN DONALD TRUMP SEBAGAI PRESIDEN AS

Pertamanya, kami telah menerima banyak persoalan dan pertanyaan berkaitan isu ini selepas kemenangan Donald Trump daripada Parti Republikan dalam Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat 2016 yang baru berlangsung.
Masing-masing memberi pandangan dan akhbar utama dunia, antarabangsa dan tempatan banyak mengulas isu ini. Kebanyakannya berbelah bahagi.
Ada yang menyokong dan ada yang menentang dengan pelbagai nada samada suka ataupun sebaliknya Lambakan berita dari Facebook, Twitter, juga media sosial yang lain menunjukkan dua pendapat seperti dua kem samada menyokong atau tidak.
Pada saat yang sama, saya dapati ramai pemimpin dari pelbagai negara memberi ucapan tahniah sekalipun daripada blok negara Islam seperti Turki, Indonesia, Arab Saudi termasuk Malaysia. Kami teringatkan satu hadith Nabi SAW:
عَنْ أَبِي بَكْرَةَ، قَالَ: لَقَدْ نَفَعَنِي اللَّهُ بِكَلِمَةٍ سَمِعْتُهَا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيَّامَ الجَمَلِ، بَعْدَ مَا كِدْتُ أَنْ أَلْحَقَ بِأَصْحَابِ الجَمَلِ فَأُقَاتِلَ مَعَهُمْ، قَالَ: لَمَّا بَلَغَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ أَهْلَ فَارِسَ، قَدْ مَلَّكُوا عَلَيْهِمْ بِنْتَ كِسْرَى، قَالَ: «لَنْ يُفْلِحَ قَوْمٌ وَلَّوْا أَمْرَهُمُ امْرَأَةً»
Daripada Abi Bakrah, beliau berkata: “Sesungguhnya Allah SWT memberi manfaat kepadaku dengan kata-kata yang aku dengar daripada Rasulullah SAW ketika Perang Jamal, selepas aku hampir membenarkan mereka [ashab al-Jamal] dan berperang bersama mereka. Ketika sampai khabar kepada Rasulullah SAW bahawa bangsa Parsi mengangkat puteri Kisra sebagai pemimpin. Baginda bersabda: ‘Tidak akan beruntung satu kaum yang menyerahkan urusan [pemerintahan] mereka kepada seorang wanita.”
(Riwayat al-Bukhari, no. 4425)
Kami tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut berkenaan kepemimpinan wanita kerana ia merupakan perbahasan yang sangat luas dalam perbendaharaan politik Islam. Apa yang ingin dibawakan adalah beberapa sisi lain hadis ini yang wajar dititikberatkan.
Hadis ini jelas membuktikan bahawa Rasulullah SAW sentiasa cakna dan prihatin akan perkembangan negara jiran kerana empayar Parsi adalah salah satu empayar yang terkuat di dunia pada ketika itu. Inilah bukti satu sisi universalime Islam.
Rasulullah SAW sendiri memberikan pandangan Baginda terhadap pelantikan puteri Raja Parsi tersebut
Maka, kita tidak hairan apabila pemilihan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat mendapat begitu banyak ulasan daripada pelbagai pihak. Ini adalah satu tanda kecaknaan terhadap apa yang berlaku di dunia. Mungkin terlalu awal untuk menetapkan apa-apa jawapan tuntas.
Namun, kita masih menantikan dasar-dasar luar Amerika akan datang di bawah beliau dengan Israel, Blok European Union (EU), Rusia, China, Blok Negara Arab, Blok Negara Islam, serta blok ASEAN.
Merenung Sejarah Kita
Tunjukkanlah akhlak dan Syakhsiyyah Islamiyyah yang tinggi serta jadikan ia sebagai perhiasan bagi diri. Bacalah sejarah kerana ia membuktikan kepada kita bahawa akhlak adalah senjata yang boleh mengubah persepsi dan peribadi seseorang sekalipun dia adalah seorang yang amat zalim.
Kita pasti masih ingat bagaimana Baghdad jatuh ke tangan kaum Tartar yang terkenal dengan ganas, dipimpin oleh Genghis Khan dan diteruskan oleh Hulagu Khan yang telah menakluk China dan India. Kerajaan Mamalik di Mesir yang pada ketika itu dipimpin oleh Sultan Zahir Baibars berketurunan Turki memimpin bala tentera Islam yang setia.
Sultan Zahir dengan penasihat seperti Imam al-Nawawi dan Sultan al-Ulama’ Izzuddin Abdus Salam menanamkan semangat Islam dan mengislahkan kerajaan yang korup serta suka bermewah-mewahan menjadi sebuah kerajaan itu diubah untuk berhadapan dengan Tentera Tartar.
Dalam peristiwa Ain Jalut pada 25 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 3 September 1260, tentera Sultan Zahir dan Qutuz di Mesir telah berjaya mengalahkan Tentera Tartar.
Secara kebiasaannya menurut Ibn Khaldun, bangsa yang dijajah akan terpengaruh dengan penjajah yang berkuasa dan kuat. Tetapi, ketika bangsa Tartar memerintah dengan undang-undang yang mencampuradukkan Islam, Yahudi, Kristian dan logik akal, para ulama’ dan rakyat bangkit menentang undang-undang sebegini.
Selepas bangsa Tartar dikalahkan, akhirnya mereka pula yang memeluk Islam. Inilah satu keajaiban yang disebutkan oleh Maulana Abu al-Hasan Ali al-Hasani al-Nadwi; hanya dalam sejarah Islam berlakunya keadaan penjajah memeluk agama rakyat yang dijajah. Kerajaan inilah juga yang kemudiannya berjaya membina tamadun tersendiri ketika menjadi Kerajaan Mogul di India.
Menjadi satu keutamaan bagi umat Islam untuk meninggikakan keluhuran akhlak dan budi sehingga ia mampu menawan segenap jiwa yang menyaksikannya. Ahmad Shauqi, seorang penyair terkenal pernah berkata
إنمـا الأمـم الأخلاق مـا بقيـت، فإن هم ذهبت أخلاقـهم ذهبــواً
Maksudnya: “Sebuah peradaban itu akan tetap terjaga kewujudannya selama akhlaknya masih ada. Apabila akhlaknya telah lenyap maka lenyaplah peradaban itu.”
Sesebuah negara dan bangsa tatkala akhlak anak bangsanya punah dan hancur, sudah pasti membawa kemunduran sesebuah negara.
Marilah kita mentadabbur ayat yang sering kita baca, dengan mata hati yang dimakrifatkan dengan ilmu. Firman Allah SWT:
وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ
Maksudnya: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya.
Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.”
(Surah al-Anfal: 60)
Ayat di atas adalah satu bentuk iktibar kepada kita untuk memahami bahawa:
Persediaan untuk menghadapi apa sahaja cabaran dan ujian. Bukannya hanya sebagai pemerhati atau penonton, lalu membuat rumusan yang tidak menjejak dalam realiti sebenar.
Persediaan dengan “segala jenis kekuatan” (مَا اسْتَطَعْتُمْ) adalah puncak tertinggi bagi satu-satu persiapan dengan sepenuh kemampuan, bukannya ala kadar. Antara yang terpenting, sudah tentu ilmu, akhlak, ibadah, kerukunan rumahtangga, pegangan hidup.
Syeikh Jamaluddin Al Afghani pernah berkata kepada rakyat India yang pada ketika itu dijajah oleh Inggeris: "Jika sekiranya bilangan kamu yang berjuta-juta ini semuanya menjadi lalat, nescaya kamu mampu untuk menghancurkan telinga Inggeris."
Tetapi malangnya, umat Islam kini umpama buih-buih (ghuthā’) yang lemah, tiada kudrat dan prinsip, bahkan goyah serta hanya mengikut arus angin sahaja. Tinggal menjadi buih-buih kecil yang tidak mampu memberi kesan apa-apa.
Pun begitu, usah dilupakan buih-buih juga mampu menyatu membentuk gelombang ombak yang menghempas kuat pantai. Molekul-molekul air yang kecil, memejal menjadi bongkah ais yang besar (iceberg) jugalah yang menenggelamkan sebuah kapal Titanic yang gah dan hebat pada 1912.
Nasihatku
Wahai saudaraku!
Sudah sampai masanya umat Islam bersedia dengan ‘road map’ yang jelas, bukan hanya untuk 20 – 50 tahun ke hadapan tetapi dengan visi yang lebih luas, ufuk yang jauh mencapah hingga ke destinasi kita ke alam akhirat sana.
Sebelum terjadi peperangan Qadisiyah antara tentera Muslim pimpinan Sa’ad bin Abi Waqqas RA dengan tentera Parsi pimpinan Rustam, Sa’ad terlebih dulu mengirim utusan kepada Rustam beberapa kali. Di antara utusan tersebut adalah Rib’i bin ‘Amir. Rib’i segera masuk menemui Rustam dalam keadaan mereka menghiasi tempat pertemuan itu dengan bantal-bantal yang dijahit dengan benang emas, serta permadani yang disulam daripada sutera.
Mereka mempertontonkan kepada Rib’i bin Amir berbagai macam perhiasan berupa permata-permata yang mahal, dan perhiasan lain sementara Rustam memakai mahkota dan sedang duduk di atas singgahsana yang dibuat dari emas.
Rib’i bin Amir pula masuk dengan hanya mengenakan baju yang sangat sederhana, tersisip pada pinggang beliau sebilah pidang, perisai, dan bersamanya seekor kuda yang pendek. Rib’i bin Amir masih tetap di atas kudanya hingga mencecah hujung permadani. Kemudian beliau turun dan menambat kudanya di sebahagian bantal-bantal yang terhampar. Beliau kemudiannya masuk dengan senjata, baju besi, dan topi besi.
Pengawal Rustam berkata, “Letakkan senjatamu!” Beliau menjawab, “Aku tidak pernah berniat untuk bertemu kalian tetapi kalianlah yang mengundangku datang ke sini. Jika kalian memerlukanku maka biarkan aku masuk dalam keadaan seperti ini. Jika tidak kalian izinkan, maka aku akan segera pulang.”
Rustam berkata, “Biarkan dia masuk.” Maka Rib’i bin Amir datang sambil bertongkat dengan lembingnya dalam keadaan posisi ujung tombak ke bawah sehingga bantal-bantal yang dilewatinya penuh dengan lubang-lubang bekas lembingnya. Mereka bertanya,”Apa yang membuat kalian datang ke sini?”
Rib’i bin Amir menjawab,
الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة الله، ومن ضيق الدنيا إلى سعتها، ومن جور الاديان إلى عدل الاسلام، فأرسلنا بدينه إلى خلقه لندعوهم إليه، فمن قبل ذلك قبلنا منه ورجعنا عنه، ومن أبى قاتلناه أبدا حتى نفضي إلى موعود الله.
“Allah telah mengutus kami untuk mengeluarkan siapa saja yang Dia kehendaki dari penghambaan terhadap sesama hamba kepada penghambaan kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasannya, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Al-Islam.
Maka Dia mengutus kami dengan agama-Nya untuk kami seru mereka kepadanya. Maka barangsiapa yang menerima hal tersebut, kami akan menerimanya dan pulang meninggalkannya. Tetapi barangsiapa yang enggan, kami akan memeranginya selama-lamanya hingga kami berhasil memperoleh apa yang dijanjikan Allah”
Mereka bertanya,”Apa yang dijanjikan Allah (kepada kalian)?” Beliau menjawab, “Syurga bagi sesiapa sahaja yang mati dalam memerangi orang-orang yang enggan dan kemenangan bagi yang hidup.”
Rustam pun berkata, “Sungguh, aku telah mendengar perkataan-perkataan kalian. Tetapi mahukah kalian memberikan penangguhan perkara ini sehingga kami mempertimbangkannya dan kalian pun mempertimbangkannya?” Beliau menjawab, “Ya, berapa lama waktu yang kalian sukai? 1 hari atau 2 hari?” Rustam menjawab,”Tidak, tetapi hingga kami menulis surat kepada para pembesar kami dan para pemimpin kaum kami.”
Maka beliau pun menjawab,”Rasul kami tidak pernah mengajarkan kepada kami untuk menangguhkan peperangan apabila bertemu musuh lebih dari 3 hari. Maka pertimbangkanlah perkaramu dan mereka, dan pilihlah 1 dari 3 pilihan apabila masa penangguhan telah berakhir.”
Rustam bertanya,”Adakah kamu pemimpin mereka?” Beliau menjawab,”Tidak, tetapi kaum Muslimin ibarat jasad yang satu. Yang paling rendah daripada mereka, dapat memberikan jaminan keamanan terhadap yang paling tinggi.”
Maka akhirnya Rustam mengumpulkan para pembesar kaumnya dan berkata, “Pernahkah kalian melihat sesuatu yang lebih mulia dan lebih benar dari perkataan lelaki ini?”
Mereka menjawab, “Kami minta perlindungan Allah daripada terpengaruh kepada sesuatu daripada ajakan ini dan dari menyeru agamamu kepada (agama) anjing ini. Tidakkah engkau melihat kepada pakaiannya?”
Rustam menjawab, “Celakalah kalian! Janganlah kalian melihat kepada pakaian. Akan tetapi lihatlah kepada pendapat, ucapan, dan jalan hidupnya! Sesungguhnya orang Arab menganggap ringan masalah pakaian dan makanan. Tetapi mereka menjaga harga diri mereka.”
اللهُمَّ اهْدِنَا فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنَا فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنَا فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لِنَا فِيمَا أَعْطَيْتَ، وَقِنَا شَرَّ مَا قَضَيْتَ، فَإِنَّكَ تَقْضِي وَلا يُقْضَى عَلَيْكَ، إِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ
Ya Allah berilah kami petunjuk sebagaimana orang yang telah Engkau beri petunjuk, berilah aku perlindungan (dari penyakit dan apa yang tidak disukai) sebagaimana orang yang pernah Engkau lindungi, sayangilah aku sebagaimana orang yang telah Engkau sayangi.
Berikanlah keberkatan terhadap apa-apa yang telah Engkau berikan kepadaku, jauhkanlah aku dari keburukan apa yang Engkau telah takdirkan, sesungguhnya Engkau yang menjatuhkan hukum, dan tidak ada orang yang memberikan hukuman kepada-Mu.
Sesungguhnya orang yang Engkau bela tidak akan terhina, dan tidak akan mulia orang yang Engkau musuhi. Mahasuci Engkau, wahai Rabb kami Yang Maha Tinggi.
Semoga penulisan yang ringkas ini dapat membuka mata kita dan memberikan semangat baru untuk kita terus memandang ke hadapan bagi meneruskan misi dakwah dan akhlak Nabi SAW dalam membina satu ummah yang gemilang. Jika Donald Trump membawakan slogan “Make America Great Again”, apa salahnya jika kami menyeru kepada slogan

#MakeMuslimGreatAgain.

Akhukum fillah,

Thursday, September 15, 2016

'PEKAK MOVIE' KENAPA PATUT DIHARAMKAN (BRUNEI PUN DAH HARAMKAN

 ADALAH SATU KEZALIMAN BILA REMAJA DISAJIKAN DENGAN FILEM NON MORAL BEGINI!

Tindakan Brunei Haramkan Filem Pekak Ini Memang Tepat!’


Berikut adalah 11 sebab mengapa saya keluar panggung sebelum filem Pekak berakhir.

1. Babak Dara dan Melur mencuri di kedai runcit.

Dara disuruh Melur mengalihkan perhatian pekedai runcit sementara dia mencuri rokok. “Bang, mana satu bagus?” tanya Dara kepada pekedai runcit, mereka berdiri di rak tuala wanita. “Entah, saya tak pernah pakai” jawab pekedai tersebut. Penonton remaja yang duduk di barisan belakang dalam panggung ketawa. Bila Melur sudah berjaya mencuri sekotak rokok, Dara pon berkata, “Tak apalah bang, cancel”. Pekedai OK saja, tak tahu apa-apa. Budak-budak remaja di belakang sekali lagi ketawa. Kemudian kedua-dua Dara dan Melur cepat-cepat berlalu dari situ. Mereka berjaya mencuri. Adakah mencuri itu lucu? Anak sekolah dalam pakaian seragam sekolah mencuri rokok itu lucu? mempermainkan orang lain dan mengambil haknya itu lucu?

Mardahana Mohd Dahlan, [16.09.16 06:23]
Jangan bg anak2 bwh umur tengok cerita "PEKAK"

Tindakan Brunei Haramkan Filem Pekak Ini Memang Tepat!’

Berikut adalah 11 sebab mengapa saya keluar panggung sebelum filem Pekak berakhir.

1. Babak Dara dan Melur mencuri di kedai runcit.

Dara disuruh Melur mengalihkan perhatian pekedai runcit sementara dia mencuri rokok. “Bang, mana satu bagus?” tanya Dara kepada pekedai runcit, mereka berdiri di rak tuala wanita. “Entah, saya tak pernah pakai” jawab pekedai tersebut. Penonton remaja yang duduk di barisan belakang dalam panggung ketawa. Bila Melur sudah berjaya mencuri sekotak rokok, Dara pon berkata, “Tak apalah bang, cancel”. Pekedai OK saja, tak tahu apa-apa. Budak-budak remaja di belakang sekali lagi ketawa. Kemudian kedua-dua Dara dan Melur cepat-cepat berlalu dari situ. Mereka berjaya mencuri. Adakah mencuri itu lucu? Anak sekolah dalam pakaian seragam sekolah mencuri rokok itu lucu? mempermainkan orang lain dan mengambil haknya itu lucu?

2. Babak Dara dan Melur melepak dan merokok di halaman flat mereka.

Persoalan filem ini bermula di babak ini. “Wei, kau dan on belum dengan Kamil” tanya Melur. Kalau bukan kerana ada terjemahan bahasa Inggeris, saya tak tahu apa maksud “on”. “On” bermaksud “sleep”. Ya, Melur bertanya pada Dara, kau dah tidur dengan Kamil ke belum? Remaja-remaja lelaki di barisan belakang ketawa. Dara menafikan. Alasannya, baru kenal sebulan dengan Kamil. “Aku baru je berapa jam kenal Azman dan “on” dah!” cabar Melur. Setiap kali menyebut “ON”, Melur menjungkit bahu. Perkataan “ON” tu, ditekankan. Setiap kali itulah, remaja-remaja lelaki di barisan belakang ketawa berdekah-dekah. Apa yang lucunya tentang seks bebas bawah umur?

3. Masih babak yang sama

Melur memujuk Dara untuk mengikutnya keluar malam itu. Dara menolak dengan alasan takut dimarahi bapanya. “Eleleh… strict sangat bapak kau tu, biar aku “servis” dia sikit!”. Sekali lagi Melur menjungkit bahu dan remaja-remaja lelaki di barisan belakang ketawa berdekah- dekah.

4. Babak Azman menghisap dadah dengan alat semacam rod kaca

Saya tak tahu apa benda yang dia hisap dan apa dia guna, tapi babak tu memang mirip video demo youtube. Maksud saya begitu ‘upclose’ dan ‘detail’. Anda rasa, kalau budak-budak remaja yang belum cukup akal tengok ada tak rasa nak cuba tak?

5. Babak Melur dan Dara berpura-pura mengaji untuk memperdaya bapa Dara.

Melurnya kononnya datang untuk mengajar Dara mengaji, tetapi sebenarnya mahu memujuk Dara mengikutnya keluar ke parti malam itu selepas ayah Dara keluar bekerja. Melur datang berbaju kurung dan berselendang. Muka polos tanpa mekap. Ayah Dara menyangka, Melur anak yang baik. Dia memuji Melur dan menyuruh Melur menemankan Dara di rumah malam itu. Ketika ayah Dara tiba-tiba membuka pitu bilik anaknya, mereka sebenarnya sedang bersolek lantas pura-pura mengaji dan Dara menyorokkan baju seksi yang dibawa Melur utuknya. Ketika babak ini, anak-anak remaja dibelakang ketawa berdekah-dekah. Lucu kah bila anak-anak hilang hormat pada bapanya? Lucukah bila anak-anak menipu orang tuanya?

6. Babak Kamil jumpa Uda pertama kali.

Kamil mengadakan parti. Uda datang menghantar dadah. Bila Kamil tahu yang Uda seorang pekak, dia merenung Uda dekat-dekat dan menanggilnya bodoh beberapa kali. Dia mahu mempr
ovok dan mengejek Uda. Bodoh! bodoh! bodoh! …………… tiba-tiba dari belakang ada suara kanak-kan
ak berteriak bodoh!bodoh! Saya pon menyumpah dalam hati. Bodoh! mak bapak bodoh mana yang bawa anak kecil tengok cerita macam ni? Ini filem klasifikasi P13, kenapa ada anak kecil? Dan penjaga pintu pawagam? apa kerjanya?

7. Masaalah yang diangkat dalam filem ini ialah

“Apa yang Kamil perlu buat supaya dapat tidur dengan Dara?” Ya, dari awal, ini saja dialog mereka. Kau dan on dengan Dara? Bila kau nak on dengan Dara. Azman dan Melur adalah penasihat Kamil. Kamil yang dipaparkan sebagai orang berada mengadakan pesta demi pesta semata-mata untuk meniduri Dara. Ketika filem Hantu Kak Limah pecah panggung, frasa “Kita bakar!” menjadi sebutan dimana-mana. Tak mustahil dialog “dah on” ni akan jadi buah bibir anak-anak remaja di belaka

Mardahana Mohd Dahlan, [16.09.16 06:23]
ng tu selepas menonton filem ini.

8. Uda? Uda sebenarnya cuma watak sampingan.

Adakah filem ini membincangkan masalah Uda yang pekak? Tidak sama sekali. Bagaimana Uda boleh pekak? Tak tahu. Cuma diceritakan Uda ditinggal orang tuanya dalam hujan di kaki lima kedai ketika berusia lebih kurang lima tahun. Uda kemudian di bela oleh bossnya sekarang. Apakah jenis kepekakan Uda? Tak di ceritakan. Semulajadi atau kemalangan? Entah. Cuma ada satu babak berjumpa doktor dan klinik doktor tu macam tak bertauliah saja. Doktor cuma menerangkan peratus kejayaan implan ialah 90% dan
suruh Uda datang semula bila dah ada duit. Saya tak pasti itu doktor atau tukang telinga.Berapa kos yang perlu Uda sediakan? Tak tahu. Uda menjual dadah dalam keadaan tenang dan senang. Hanya tunggu orang datang, beri barang dapat duit. Beberapa kali dipaparkan nilai simpanan Uda meningkat puluhan ribu dalam masa pendek. Amboi! Apa mesejnya? Nak beritahu pada remaja-remaja di belakang tu yang jual dadah ialah cara mudah dapat duit. Dan asalkan kau ada niat mulia, kau berada dalam keadaan ‘darurat’, kau tetap naif. Kau orang baik. Kau tak berdosa.

9. Pengarah sekarang dah berani buat babak bercumbuan

Saya harapkan cerita ini akan menyuntik kesedaran dan keperihatinan masyarakat pada golongan OKU secara umum dan golongan pekak secara khusus.

Tapi sayangnya cerita ini cuma memaparkan seks dan dadah. Konflik cerita ini bermula bila Kamil masih gagal meniduri dara walaupon beberapa kali memasang perangkap dan klimaxnya bila Azman pula yang menikmati Dara. Pengarah sekarang dah berani buat babak bercumbuan dari sisi pandangan belakang pasangan bercumbuan. Aku tahu mereka bukan buat betul-betul. Tapi remaja-remaja yang di belakang tu naik syok juga! Satu lagi adengan bercumbuan Melur dan Azman di kolam mandi kering. Sangat melampau! Saya masih ingat pada akhir tahun 90-an. TV Singapura mula menayangkan adengan bercumbuan dari sisi belakang. Masa itu gegar jugalah masyarakat Singapura. Mereka berbahas baik-buruknya hal tersebut. 10 tahun kemudian? Hmmm… perkara biasa. Adakah kita juga bergerak ke arah itu?

10. Babak pemerkosaan Dara oleh Azman.

Inilah babak terakhir sebelum aku keluar dengan tangan menggigil menahan marah. Dara mabuk, tak sedarkan diri, terbaring atas katil. Azman melutut di atas Dara. Bila kamera fokus pada Azman dari depan dan dia mula buka seluar, saya terus bangun. Adakah penulis tidak belajar seni “tell but not show?”. Remaja-remaja di belakang diam. Sama ada mereka simpati pada Dara atau menikmati Dara seperti Azman. Saya tak tahu. Tak sanggup nak fikir.

11. Dalam filem ini tiada orang “baik” yang menyantuni anak-anak yang sesat.

Watak paling “baik” adalah bapa Dara. Tetapi bapa dara adalah watak “ulama penghukum”. Itu berdosa! Kau nak masuk neraka? Nak jadi macam mak kau? Bapa dara menghukum anaknya secara fizikal. Dara tertekan. Dara kurang kasih sayang. Stereotaip?

Kenapa saya marah? Menurut Ustaz Pahrol Mohd Joi, jika anda tak merasa marah melihat kemungkaran, tepuk dada tanya iman. Marah bukan sesuatu yang sentiasa negatif. Saya marah bila remaja-remaja di belakang saya menikmati cerita ini dengan gelak tawa. Seolah-olah kesemua yang kerja salah yang dilakonkan adalah “normal”. Saya bukan marah kepada mereka. Saya marah dan kesal kerana mereka tidak mampu melindungi diri sendiri dan tidak dilindungi masyarakat dari anasir-anasir seperti ini. Perbuatan songsang diringankan dengan komedi. Penjual dadah adalah “hero”. Ringan-ringan tak apa.

Media-media Malaysia melaporkan antara alasan mengapa Brunei mengharamkan filem Pekak kerana ada adengan seperti perempuan menghisap rokok. Sebenarnya adengan perempuan menghisap rokok tu yang paling sopan. Adengan lain lebih teruk lagi. Lelaki perempuan sama saja. Adegan hisap dadah. Adegan panjat tembok sekolah. Adegan bercumbu. Adegan curi keluar malam dengan lelaki.

Tapi mereka kan menang anugerah di luar negara? Adakah kiblat kita di Cannes? Asal mereka mengiktiraf filem kita maka kita ‘terpaksa’ mengiktirafnya sama? Apakah pembaris akhlak mereka sama dengan kita? Tanpa mengguna penilaian agama pon, adakah nilai budi bahasa kita sama seperti mereka? Ironi, Perancis tak pernah menjajah kita tapi kita pula terhegeh-hegeh mahu menyanjung mereka. Saya menerangkan analogi ini kepada kawan saya. Pelancong barat sangat suka ke Phuket. Phuket adalah syurga dunia. Pelbagai pesta sepanjang tahun. Full moon? Half moon? Arak murah, perempuan bersepah.  Tetapi apakah Phuket tempat pelancongan terbaik untuk kita?

Filem ini memang PEKAK

Bukan filem ini saja tajuknya Pekak. Penulis, pengarah, penerbit sampai kepada pihak yang meluluskan tayanyan filem ini. Semuanya Pekak. Pekak pada masalah sosial negara. Pekak pada tata susila. Pekak pada keresahan masyarakat. Pekak pada rintihan pihak-pihak yang saban hari berjuang membawa pulang anak-anak yang tersesat di jalan gelap. Jika anda tak mampu membantu mereka, janganlah menambah masalah yang ada!

TOLONG VIRALKAN...