Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih dikenali sebagai ‘Ayat 1000
Dinar’ merupakan amalan yang masyhur dalam hal berkaitan rezeki dan
perlindungan diri. Ramai yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta
agar Allah SWT mengurniakan kemurahan rezeki, kemudahan dan
penyelasaian masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya secara
beristiqamah.
.
.
Hikmah Ayat 1000 Dinar.
Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:
1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.
2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, kezaliman dan bencana alam.
4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
.
.
Sejarah Dinamakan 1000 Dinar
Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi
Nabi Khidir. Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang
sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama
pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi yang beliau alami itu adalah
benar. Pedagang itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti
yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut bermimpi
bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang
itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang
dengan ayat berkenaan.
.
Sehinggalah pada suatu hari pedagang
tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat yang lain dengan
menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia
dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh
pedagang itu hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus
membaca akan ayat yang telah diajarkan Nabi Khidir.
Akhirnya
kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua penumpangnya kembali
ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda angin,
beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri bersama
barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun.
Sambil
menadah tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar
dan insaf akan kebesaran ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu
mengambil keputusan untuk tinggal di negeri tersebut.
Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan
penduduk negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah
at-Talaq, sehinggalah beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut
(rezeki yang tidak disangka-sangka). Begitulah kisahnya, sehinggalah
sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat 1000
dinar.
.
.
Pendapat Ulama’
Memang kita tidak boleh
menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Para ulama’ menganjurkan supaya
mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan.
Walaupun terdapat perselisihan dan tentangan dari para alim ulama’ akan
kelebihan dan kesahihan sumbernya, kerana tidak ada dalil dari al-Quran
atau hadis.
Begitu pun beramal dengan ayat-ayat Allah tidak akan
merugikan sesiapa bahkan Allah SWT akan mengurniakannya dengan
kelebihan yang banyak.
Apabila diperhatikan kepada makna setiap
ayat, memang tepat dan benar bahawa ayat ini amat penting untuk
diamalkan oleh setiap umat Islam, agar lebih tinggi kebergantungan
seseorang itu kepada Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan.
Ayat tersebut mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan
bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan.
Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari
sebarang masalah dalam hidup setiap hambaNya. Jika keyakinan itu
disematkan dihati dan fikiran maka sudah tentu Allahlah tempat penentu
kesudahan.
.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan
meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan
keluar dari segala perkara yang menyusahkannya).
Dan diberikanya
rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang
bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan
baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya
Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun
menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
– (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
.
.
Amalan
Ramai yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai,
seperti selepas solat dan ketika berdepan masalah. Tidak kurang juga
peniaga menggantung atau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di
premis perniagaan mereka, dengan harapan perniagaan bertambah maju.
Walaubagaimana pun jika sekadar menampalkan ayat 1000 dinar ini di
premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam
perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita
mengamalkan ayat 1000 dinar.
.
Tujuan menampalkan pelekat itu
hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan
bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam
sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan
cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.
Sebenarnya ayat
seribu dinar adalah sebaik-baik doa untuk segala masalah. Walaupun
begitu banyak doa-doa lain untuk perlindungan diri dari musibah dan
ketika susah. Tetapi tidak ramai yang mampu menghafal banyak doa-doa
yang khusus untuk sesuatu tujuan tersebut.
Sewaktu dalam
kesusahan dan dalam keadaan darurat, ada kalanya kita terlupa, apakah
doa yang hendak dibaca. Yang sebaik-baiknya ayat seribu dinar yang mudah
dihafal dapat dibaca. Ayat seribu dinar merangkumi kesemuanya untuk
mendapatkan rezeki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah
serta perlindungan dari syaitan, jin dan iblis.
.
.
Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar
‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.
Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya
jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki
yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan
segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada
Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
Jika
dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan
kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum,
Insya’Allah si pesakit akan sembuh.
Jika mengalami masalah berat,
seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan
peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara.
Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak
lut dengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang
bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
Baca ketika hendak tidur tiga kali,
Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
.
Selepas mengetahui hikmat ayat ini, eloklah diamal, dihafal dan
difahamkan maknanya sekali sebagai bekalan kita ketika menghadapi segala
kesusahan dan kesengsaraan yang tidak kita jangkakan di masa mendatang.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
Friday, December 30, 2016
Monday, December 12, 2016
Kecewa tak dapat anak lelaki, ibu tikam 5 anak perempuan
GUANDONG: Seorang ibu yang mengalami kemurungan telah membunuh empat anaknya, selepas melahirkan anak kelima, lapor media Cina.
Wanita berusia 31 tahun itu, yang hanya dikenali dengan nama keluarga Zhou, dilaporkan telah menikam lima anak perempuannya di kediaman mereka di Zhanjiang, selatan wilayah Guangdong, pada Jumaat, menurut Guangdong Radio and Television.
Semua anaknya, yang berumur bawah lapan tahun telah dibawa ke hospital, tetapi empat daripada mereka meninggal dunia, laporan itu memetik kenyataan yang dikeluarkan dalam akaun Weibo polis Zhanjiang.
Zhou, yang telah melahirkan anak kelimanya bulan lepas, ditahan selepas penduduk kampung menghubungi polis.
Zhou memberitahu polis bahawa beliau telah menikam anak-anaknya dengan pisau dapur kerana kecewa dan tertekan selepas melahirkan anak kelimanya bulan lepas.
Memetik suaminya sebagai berkata, pasangan itu telah berdoa untuk mendapat anak lelaki selama bertahun-tahun tetapi Zhou tetap melahirkan anak perempuan.
Penduduk kampung menggambarkan bagaimana mereka melihat percikan darah di tempat kejadian.
Salah seorang penduduk berkata, keluarga itu miskin dan suami Zhou bekerja jauh dari rumah, menyebabkan beliau terpaksa meninggalkan isterinya bersama anak-anak dan bapanya yang kurang upaya.
Siasatan polis sedang dijalankan. - South China Morning Post
Wanita berusia 31 tahun itu, yang hanya dikenali dengan nama keluarga Zhou, dilaporkan telah menikam lima anak perempuannya di kediaman mereka di Zhanjiang, selatan wilayah Guangdong, pada Jumaat, menurut Guangdong Radio and Television.
Semua anaknya, yang berumur bawah lapan tahun telah dibawa ke hospital, tetapi empat daripada mereka meninggal dunia, laporan itu memetik kenyataan yang dikeluarkan dalam akaun Weibo polis Zhanjiang.
Zhou, yang telah melahirkan anak kelimanya bulan lepas, ditahan selepas penduduk kampung menghubungi polis.
Zhou memberitahu polis bahawa beliau telah menikam anak-anaknya dengan pisau dapur kerana kecewa dan tertekan selepas melahirkan anak kelimanya bulan lepas.
Memetik suaminya sebagai berkata, pasangan itu telah berdoa untuk mendapat anak lelaki selama bertahun-tahun tetapi Zhou tetap melahirkan anak perempuan.
Penduduk kampung menggambarkan bagaimana mereka melihat percikan darah di tempat kejadian.
Salah seorang penduduk berkata, keluarga itu miskin dan suami Zhou bekerja jauh dari rumah, menyebabkan beliau terpaksa meninggalkan isterinya bersama anak-anak dan bapanya yang kurang upaya.
Siasatan polis sedang dijalankan. - South China Morning Post
Subscribe to:
Posts (Atom)