Menziarahi orang sakit adalah sunat dan
digalakkan oleh Islam. Perbuatan ini dapat mempereratkan lagi hubungan
silatul rahim sesama Islam.
Amalan ziarah di kalangan
orang-orang Islam dituntut dilakukan pada bila-bila masa bukan hanya
sekadar dalam masa sakit sahaja. Amalan ziarah ini telah dilakukan oleh
Rasulullah s.a.w. terhadap kaum keluarga, yang tua, bujang dan
lain-lain. Amalan seumpama ini mendapat ganjaran yang besar, sebagaimana
yang disarankan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Maksudnya:
“Daripada
Abu Hurairah r.a. katanya: bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Barangsiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya
kerana Allah Taala, maka terdengarlah suara yang memanggil dan
mengatakan bagus dan bagus langkah mu dan ambillah tempat tinggal mu di
dalam syurga” (Riwayat: at-Tirmizi)
Antara adab menziarahi orang sakit ialah:
1.Jangan duduk terlalu lama ketika menziarahi pesakit kerana perbuatan ini boleh mengganggunya.
2.Ketika
berada disisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya kemudian
letakkan tangan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya
sekarang.
3.Hendaklah kita doakan agar cepat sembuh dengan menyebut: Semoga Allah menyembuhkan... (sebutkan nama dan pangkatnya).
4.Doa
dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat,
Rasul dan Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa
resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya.
5.Berikanlah
nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan “Sabarlah sakit ini
adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan
seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga, seseorang memperolehi
ganjaran pahala yang banyak”.
6.Jangan makan makanan yang
dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya.
Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadah ziarah
itu.
7.Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud:
“Ya
Allah ! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah,
Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan
dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”.
(Riwayat at-Tirmizi)
No comments:
Post a Comment