MELAKA - Sekumpulan monyet bertindak nakal dengan “mencuri” tiga
dokumen sulit milik tentera selepas menyerbu seorang posmen di Kem
Terendak di Melaka.
Menurut laporan akhbar The Star, kejadian itu berlaku dua hari lalu
apabila posmen yang berusia 33 tahun sedang melakukan rondaan rutin di
kawasan perkemahan tentera.
Sewaktu kejadian, sekumpulan monyet mengepung posmen, merampas tiga
dokumen “sulit” yang di bawanya dan melarikan diri ke arah pokok-pokok
dan bumbung bangunan dalam masa hanya beberapa saat.
Bagaimanapun, persoalan mengapa posmen ditugaskan untuk menghantar dokumen sulit tentera masih tidak dapat dipastikan.
Laporan itu juga menyatakan ia bukan kali pertama monyet berkelakuan demikian di Melaka.
Setahun yang lalu, sekumpulan besar monyet memecahkan kereta seorang
askar yang diletakkan di Hospital Kem Terendak dan mencuri barang
miliknya termasuk gear menyelam skuba, lesen memandu, kad ATM dan wang
tunai.
Pengarah Taman Negara dan Hidupan Liar (Perhilitan) Melaka,
Noorzakiahanum Mohd Noh berkata, monyet-monyet di kawasan itu turut
menyerang penghuni kem tentera, sekolah dan masjid yang ditempatkan di
dalam kawasan kem.
Buat masa ini, renjer meletakkan perangkap di sekitar kem untuk menghentikan kenakalan haiwan ini.
Sumber:
http://www.freemalaysiatoday.com/cat...sulit-tentera/
No comments:
Post a Comment