PERJUANGAN AHLI SUFI BERJIHAD MELAWAN MUSUH ISLAM
Ada Di
Antara Orang Yang Baru Berjinak-Jinak Dengan Perjuangan Islam Sering
Melemparkan Tuduhan Bahawa Ahli Sufi Adalah Jumud, Tidak Memahami Jihad
Dan Hanya Duduk Berzikir Dengan Tidak Berjuang. Mereka Ini Sebenarnya
Melakukan Kesilapan Besar Dengan Membuat Tuduhan Tersebut. Sebagaimana
Ahli-Ahli Sufi Merupakan Pendakwah Dan Mujahid Sebenar, Tidak Seperti
Mereka Yang Hanya Pandai Bercakap Kosong Tanpa Amal.
Mereka Ini Perlu Mengimbau Kembali Perjuangan Ahli-Ahli Sufi Yang
Hebat Dalam Melawan Golongan Kafir. Berikut Adalah Sebahagian Mereka
Yang Patut Dijadikan Renungan Dan I'tibar Agar Kita Tidak Tersilap Dalam
Kefahaman;
(1) Abdullah Bin Al-Mubarak (181 H): Beliau Terlibat
Dalam Peperangan Menentang Tentera Rom [Tarikh Baghdad Oleh Al-Khatib
Al-Baghdadi 10/157]
(2) Ibrahim Bin Adham (162 H): Beliau
Terlibat Dalam Peperangan Melawan Tentera Byzantine Malah Meninggal
Dunia Ketika Menjaga Di Perbatasan Perang [Al-Bidayah Wa An-Nihayah
10/44]
(3) Hatim Al-Ashom: Beliau Seorang Tokoh Sufi Yang
Terlibat Dalam Peperangan Dan Meninggal Dunia Di Tempat Perbatasan
Perang Di Atas Bukit Sarwad. [Siyar A’laam An-Nubala’ 11/484]
(4)
Abu Al-Qashim Al-Qahthi: Beliau Terlibat Dalam Peperangan Melawan
Byzantine Bersama-Sama Dengan Sebahagian Ulama’ Sufi Yang Lain [Ghayyah
Al-Tholab Fi Tarikh Halab 10/4591]
(5) Imam Raslan (Arsalan)
Ad-Dimaysqi (M: 541 H): Beliau Terlibat Dalam Peperangan Di Syam
Khususnya Dalam Melawan Tentera Salib. Antara Karya Beliau Adalah
Risalah At-Tauhid.
(6) Imam Abu Al-Hasan As-Syazili (M: 656h):
Beliau Serta Murid-Muridnya Terlibat Dalam Ma’rakah Al-Manshurah (Perang
Di Manshurah) Pada Tahun 647 H Dalam Melawan Tentera Salib. [Abu
Al-Hasan As-Syazili As-Shufi Al-Mujahid Al-‘Arif Billah Oleh Dr. Abdul
Halim Mahmud: 60]
(7) Imam Abu Al-‘Abbas Al-Mursi (Salah Seorang
Murid Abu Al-Hasan As-Syazili). Beliau Juga Turut Terlibat Dalam
Peperangan Melawan Musuh Islam Sama Seperti Gurunya. Beliau Adalah Guru
Kepada Imam Ibn ‘Atho’illah As-Sakandari [Wizarah As-Thaqofah
Al-Mishriyyah 7/371]
(8) Sultan Muhammad Al-Fateh As-Sufi
Al-Hanafi Al-Maturidi. Banyak Riwayat Yang Menceritakan Sudut Kesufian
Beliau. Beliau Terlibat Dalam Membuka Kota Konstantinopel Daripada
Jajahan Tentera Salib.
(9) Imam Al-Izz Bin Abdil Salam (660 H):
Beliau Seorang Ulama’ Sufi Yang Mashyur Hidup Sezaman Dengan Imam Abu
Al-Abbas Al-Mursi Dan Sebagainya. Beliau Terlibat Dalam Peperangan ‘Ain
Jalut Pada Tahun 658 H. Sudut Kesufian Imam Izzuddin Jelas Kerana Beliau
Mengambil Khirqah Sufi Daripada Imam Syihabuddin As-Sharwardi (632 H).
[Husn Al-Muhadarah 1/315]
(10) Sultan Nuruddin Mahmud Zinki (569
H). Beliau Seorang Pemimpin Islam Yang Terlibat Dalam Melawan Tentera
Salib Dalam Usaha Untuk Membebaskan Palestin Daripada Cengkaman Mereka.
Beliau Sendiri Seorang Yang Sangat Rapat Dengan Golongan Sufi Dan
Menghormati Golongan Sufi. [Al-Kawakib Ad-Durriyyah 1/38] Beliau Memuji
Golongan Sufi Dengan Berkata: “Mereka (Golongan Sufi) Adalah Tentera
Allah Dan Dengan Doa Merekalah Kita Berjaya Menewaskan Para Musuh”
[Al-Bidayah Wa An-Nihayah 12/281]
(11) Sultan Solahuddin
Al-Ayubi: Beliau Terkenal Sebagai Seorang Pahlawan Dan Pemimpin Islam
Yang Membebaskan Al-Aqsa Daripada Cengkaman Tentera Salib. Adapun Dari
Sudut Kesufian Beliau, Maka Memang Tidak Dapat Dinafikan. Malah Beliau
Bermesyuarat Dengan Para Ulama’ Sufi Ketika Berperang Dengan
Tentera-Tentera Salib.
(12) Imam Ali Bin Maimun (917 H): Beliau
Seorang Ulama’ Sufi Yang Terlibat Dalam Banyak Peperangan Melawan Musuh
Islam [Syazrat Az-Zahab 8/81]
(13) Al-Amir Abdul Qadir
Al-Jaza’iri As-Sufi: Beliau Terlibat Dalam Peperangan Di Algeria Dalam
Melawan Penjajahan. Sudut Kesufian Beliau Sememangnya Tidak Dapat
Dinafikan Bagi Mereka Yang Membaca Riwayat Hidupnya.
(14)
Al-Mujahid Muhammad Ahmad Mahdi (M:1885 M): Beliau Mempelajari Ilmu Sufi
Sejak Keci Lagi Lalu Menjadi Seorang Murobbi Sufi. Beliau Terlibat
Dalam Melawan Tentera Inggeris Ketika Penjajahan Di Sudan. [Hilyah
Al-Basyr 2/801]
(15) Al-Mujahid Umar Al-Mukhtar (M: 1931 M):
Beliau Seorang Murobbi Sufi Bertariqat As-Sanusiyyyah. Beliau Terlibat
Dalam Peperangan Melawan Tentera Penjajah Khususnya Di Libya Lalu
Menemui Syahid.
(16) As-Sayyid Muhammad Abdullah Hassan (M: 1920
H): Beliau Seorang Murobbi Sufi Tarikat As-Salihiyyah As-Syaziliyyah.
Beliau Terlibat Dalam Peperangan Menentang Penjajah Yang Cuba Menjajah
Somalia. [Silsilah Alam Al-Ma’rifah Al-Kuwaitiyya 223 Oleh Dr. Abdullah
Abdul Razak]
(17) Ahmad Arabi As-Sufi (1911m): Beliau Terlibat
Dalam Kebangkitan Umat Islam Dalam Melawan Penjajah. [Kitab Al-Islam Wa
Harakaat At-Taharrur Al-‘Arabiyyah M/S 42 Oleh Dr. Syauqi Abu Khalil]
(18) Sheikh Farhan As-Sa’di : Beliau Terlibat Dalam Peperangan Di
Palestin Menentang Penjajah Inggeris. Beliau Dari Keluarga As-Sa’diyyah
Al-Jibawiyyah, Suatu Keluarga Sufi Di Palestin [Majalah Syu’un Falastin
No 124 M/S 22]
(19) Sheikh Izzuddin Al-Qassam (M: 1935 M): Beliau
Seorang Sufi Yang Terlibat Dalam Jihad Di Palestin. Beliau Seorang
Sheikh Bagi Tarikat Syaziliyyah. Ayahnya Juga Seorang Sufi Yang Sangat
Beriltizam Dengan Tarbiah Sufi. [Kitab Al-I’lam As-Syarqiyyah Oleh Zaki
Muhammad Mujahid 2/139]
(20) Sheikh Muhammad Badruddin Al-Hasani:
Beliau Berketurunan Imam Al-Jazuli. Beliau Merupakan Seorang Murobbi
Sufi Tarikat Qadiriyyah. Beliau Terlibat Dengan Kebangkitan Umat Islam
Melawan Musuh-Musuh Islam Khususnya Di Syria. [Tarikh Ulama’ Dimasyq
1/472]
(21) Sheikh Muhammad Sa’id Al-Burhani (M: 1967 M): Beliau
Merupakan Seorang Murobbi Tarikat Syaziliyyah Di Damsyiq. Beliau
Terlibat Dalam Peperangan Melawan Musuh-Musuh Islam Dan Penjajah Di
Syria [Al-‘Alaam 6/145]
(22) Sheikh Abu Al-Yasar ‘Abidin
An-Naqsyabandi: Beliau Terlibat Dalam Perperangan Melawan Musuh Islam Di
Syria [Tarikh Ulama’ Dimasyq 2/969]
(23) Sheikh Sufi Ali
Ad-Daqar (M: 1943 M): Beliau Seorang Ulama’ Sufi Yang Terlibat Dalam
Pegerakan Kebangkitan Masyarakat Arab [Al-Islam Wa Harakat At-Taharrur
Al-‘Arabiyyah M/S147]
(24) Sheikh Izzuddin Al-Jaza’iri (Cucu
Sheikh Abdul Qadir Al-Jaza’iri): Beliau Seorang Ulama’ Sufi Yang
Terlibat Dalam Jihad Melawan Musuh Islam [Tarikh At-Thaurah As-Suriyyah
M/S 619]
(25) Sheikh Muhammad Al-Hamid An-Naqsyabandi (M: 1969
M): Beliau Juga Seorang Ulama’ Sufi Yang Terlibat Dalam Jihad Melawan
Penjajah Dan Musuh Islam [Silsilah A’laam Al-Muslimin Dimasyq M/S 37]
(26) Muhammad Abdul Karim Al-Khattobi: Beliau Juga Seorang Ulama’ Sufi
Yang Terlibat Melawan Penjajah Perancis [Al-Maushu’ah Al-‘Askariyyah]
(27) Sheikh Manshur Asyramah An-Naqsyabandi: Seorang Tokoh Sufi Yang
Terlibat Dalam Peperangan Di Chechenya Dengan Melawan Tentera Rusia Pada
Tahun 1971 M.
(28) Sheikh Khos Muhammad Afendi An-Naqsyabandi: Beliau Juga Terlibat Dalam Peperangan Di Chechenya.
(29) Sheikh Fadhl Umar Mujaddidi An-Naqsyabandi: Beliau Terlibat Dalam Jihad Melawan British Pada Tahun 1921 M.
(30) Sheikh Arsyad Thawil Al-Bantani (M: 1935 M): Beliau Seorang Ulama’
Yang Terlibat Dalam Jihad Di Banten [Rujuk Tulisan Al-Marhum Ustaz Wan
Muhammad Shaghir Abdullah]
(31) Sheikh Abdul Shamad Al-Falambani:
Beliau Seorang Ulama’ Sufi Yang Turut Terlibat Dengan Jihad Melawan
Musuh-Musuh Islam [Rujuk Tulisan Al-Marhum Ustaz Wan Muhammad Shaghir
Abdullah]
(32) Sheikh Raja Haji: Beliau Antara Tokoh Sufi Di Tanah Melayu Yang Terlibat Melawan Penjajah Di Nusantara
No comments:
Post a Comment