Pages

Friday, December 30, 2016

Kelebihan Dan Hikmat Ayat Seribu Dinar

Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar’ merupakan ‎amalan yang masyhur dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri. Ramai ‎yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan kemurahan ‎rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya secara beristiqamah.
.
.
Hikmah Ayat 1000 Dinar.
Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎
‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
.
.
Sejarah Dinamakan 1000 Dinar‎
Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. ‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎
.
Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir.
Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun.
Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎
Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎1000 dinar.‎
.
.
Pendapat Ulama’
Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Para ulama’ menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan.
Walaupun terdapat perselisihan dan tentangan dari para alim ulama’ akan kelebihan dan kesahihan sumbernya, kerana tidak ada dalil dari al-Quran atau hadis.
Begitu pun beramal dengan ayat-ayat Allah tidak akan merugikan sesiapa bahkan Allah SWT akan mengurniakannya dengan kelebihan yang banyak.
Apabila diperhatikan kepada makna setiap ayat, memang tepat dan benar bahawa ayat ini amat penting untuk diamalkan oleh setiap umat Islam, agar lebih tinggi kebergantungan seseorang itu kepada Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan.
Ayat tersebut mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan. Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari sebarang masalah dalam hidup setiap hambaNya.‎ Jika keyakinan itu disematkan dihati dan fikiran maka sudah tentu Allahlah tempat penentu kesudahan.
.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya).
Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
– (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
.
.
Amalan
Ramai yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat dan ketika berdepan masalah. Tidak kurang juga peniaga menggantung atau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan perniagaan bertambah maju.
Walaubagaimana pun jika sekadar menampalkan ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar.
.
Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.
Sebenarnya ayat seribu dinar adalah sebaik-baik doa untuk segala masalah. Walaupun begitu banyak doa-doa lain untuk perlindungan diri dari musibah dan ketika susah. Tetapi tidak ramai yang mampu menghafal banyak doa-doa yang khusus untuk sesuatu tujuan tersebut.
Sewaktu dalam kesusahan dan dalam keadaan darurat, ada kalanya kita terlupa, apakah doa yang hendak dibaca. Yang sebaik-baiknya ayat seribu dinar yang mudah dihafal dapat dibaca. Ayat seribu dinar merangkumi kesemuanya untuk mendapatkan rezeki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah serta perlindungan dari syaitan, jin dan iblis.
.
.
Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar
‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.
Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.
Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara.
Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
Baca ketika hendak tidur tiga kali,
Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
.
Selepas mengetahui hikmat ayat ini, eloklah diamal, dihafal dan difahamkan maknanya sekali sebagai bekalan kita ketika menghadapi segala kesusahan dan kesengsaraan yang tidak kita jangkakan di masa mendatang.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Monday, December 12, 2016

Kecewa tak dapat anak lelaki, ibu tikam 5 anak perempuan

GUANDONG: Seorang ibu yang mengalami kemurungan telah membunuh empat anaknya, selepas melahirkan anak kelima, lapor media Cina.

Wanita berusia 31 tahun itu, yang hanya dikenali dengan nama keluarga Zhou, dilaporkan telah menikam lima anak perempuannya di kediaman mereka di Zhanjiang, selatan wilayah Guangdong, pada Jumaat, menurut Guangdong Radio and Television.

Semua anaknya, yang berumur bawah lapan tahun telah dibawa ke hospital, tetapi empat daripada mereka meninggal dunia, laporan itu memetik kenyataan yang dikeluarkan dalam akaun Weibo polis Zhanjiang.

Zhou, yang telah melahirkan anak kelimanya bulan lepas, ditahan selepas penduduk kampung menghubungi polis.

Zhou memberitahu polis bahawa beliau telah menikam anak-anaknya dengan pisau dapur kerana kecewa dan tertekan selepas melahirkan anak kelimanya bulan lepas.

Memetik suaminya sebagai berkata, pasangan itu telah berdoa untuk mendapat anak lelaki selama bertahun-tahun tetapi Zhou tetap melahirkan anak perempuan.

Penduduk kampung menggambarkan bagaimana mereka melihat percikan darah di tempat kejadian.

Salah seorang penduduk berkata, keluarga itu miskin dan suami Zhou bekerja jauh dari rumah, menyebabkan beliau terpaksa meninggalkan isterinya bersama anak-anak dan bapanya yang kurang upaya.

Siasatan polis sedang dijalankan. - South China Morning Post

Friday, November 11, 2016

IKTIBAR DAN PENGAJARAN DARI FENOMENA KEMENANGAN DONALD TRUMP SEBAGAI PRESIDEN AS

Pertamanya, kami telah menerima banyak persoalan dan pertanyaan berkaitan isu ini selepas kemenangan Donald Trump daripada Parti Republikan dalam Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat 2016 yang baru berlangsung.
Masing-masing memberi pandangan dan akhbar utama dunia, antarabangsa dan tempatan banyak mengulas isu ini. Kebanyakannya berbelah bahagi.
Ada yang menyokong dan ada yang menentang dengan pelbagai nada samada suka ataupun sebaliknya Lambakan berita dari Facebook, Twitter, juga media sosial yang lain menunjukkan dua pendapat seperti dua kem samada menyokong atau tidak.
Pada saat yang sama, saya dapati ramai pemimpin dari pelbagai negara memberi ucapan tahniah sekalipun daripada blok negara Islam seperti Turki, Indonesia, Arab Saudi termasuk Malaysia. Kami teringatkan satu hadith Nabi SAW:
عَنْ أَبِي بَكْرَةَ، قَالَ: لَقَدْ نَفَعَنِي اللَّهُ بِكَلِمَةٍ سَمِعْتُهَا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيَّامَ الجَمَلِ، بَعْدَ مَا كِدْتُ أَنْ أَلْحَقَ بِأَصْحَابِ الجَمَلِ فَأُقَاتِلَ مَعَهُمْ، قَالَ: لَمَّا بَلَغَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ أَهْلَ فَارِسَ، قَدْ مَلَّكُوا عَلَيْهِمْ بِنْتَ كِسْرَى، قَالَ: «لَنْ يُفْلِحَ قَوْمٌ وَلَّوْا أَمْرَهُمُ امْرَأَةً»
Daripada Abi Bakrah, beliau berkata: “Sesungguhnya Allah SWT memberi manfaat kepadaku dengan kata-kata yang aku dengar daripada Rasulullah SAW ketika Perang Jamal, selepas aku hampir membenarkan mereka [ashab al-Jamal] dan berperang bersama mereka. Ketika sampai khabar kepada Rasulullah SAW bahawa bangsa Parsi mengangkat puteri Kisra sebagai pemimpin. Baginda bersabda: ‘Tidak akan beruntung satu kaum yang menyerahkan urusan [pemerintahan] mereka kepada seorang wanita.”
(Riwayat al-Bukhari, no. 4425)
Kami tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut berkenaan kepemimpinan wanita kerana ia merupakan perbahasan yang sangat luas dalam perbendaharaan politik Islam. Apa yang ingin dibawakan adalah beberapa sisi lain hadis ini yang wajar dititikberatkan.
Hadis ini jelas membuktikan bahawa Rasulullah SAW sentiasa cakna dan prihatin akan perkembangan negara jiran kerana empayar Parsi adalah salah satu empayar yang terkuat di dunia pada ketika itu. Inilah bukti satu sisi universalime Islam.
Rasulullah SAW sendiri memberikan pandangan Baginda terhadap pelantikan puteri Raja Parsi tersebut
Maka, kita tidak hairan apabila pemilihan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat mendapat begitu banyak ulasan daripada pelbagai pihak. Ini adalah satu tanda kecaknaan terhadap apa yang berlaku di dunia. Mungkin terlalu awal untuk menetapkan apa-apa jawapan tuntas.
Namun, kita masih menantikan dasar-dasar luar Amerika akan datang di bawah beliau dengan Israel, Blok European Union (EU), Rusia, China, Blok Negara Arab, Blok Negara Islam, serta blok ASEAN.
Merenung Sejarah Kita
Tunjukkanlah akhlak dan Syakhsiyyah Islamiyyah yang tinggi serta jadikan ia sebagai perhiasan bagi diri. Bacalah sejarah kerana ia membuktikan kepada kita bahawa akhlak adalah senjata yang boleh mengubah persepsi dan peribadi seseorang sekalipun dia adalah seorang yang amat zalim.
Kita pasti masih ingat bagaimana Baghdad jatuh ke tangan kaum Tartar yang terkenal dengan ganas, dipimpin oleh Genghis Khan dan diteruskan oleh Hulagu Khan yang telah menakluk China dan India. Kerajaan Mamalik di Mesir yang pada ketika itu dipimpin oleh Sultan Zahir Baibars berketurunan Turki memimpin bala tentera Islam yang setia.
Sultan Zahir dengan penasihat seperti Imam al-Nawawi dan Sultan al-Ulama’ Izzuddin Abdus Salam menanamkan semangat Islam dan mengislahkan kerajaan yang korup serta suka bermewah-mewahan menjadi sebuah kerajaan itu diubah untuk berhadapan dengan Tentera Tartar.
Dalam peristiwa Ain Jalut pada 25 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 3 September 1260, tentera Sultan Zahir dan Qutuz di Mesir telah berjaya mengalahkan Tentera Tartar.
Secara kebiasaannya menurut Ibn Khaldun, bangsa yang dijajah akan terpengaruh dengan penjajah yang berkuasa dan kuat. Tetapi, ketika bangsa Tartar memerintah dengan undang-undang yang mencampuradukkan Islam, Yahudi, Kristian dan logik akal, para ulama’ dan rakyat bangkit menentang undang-undang sebegini.
Selepas bangsa Tartar dikalahkan, akhirnya mereka pula yang memeluk Islam. Inilah satu keajaiban yang disebutkan oleh Maulana Abu al-Hasan Ali al-Hasani al-Nadwi; hanya dalam sejarah Islam berlakunya keadaan penjajah memeluk agama rakyat yang dijajah. Kerajaan inilah juga yang kemudiannya berjaya membina tamadun tersendiri ketika menjadi Kerajaan Mogul di India.
Menjadi satu keutamaan bagi umat Islam untuk meninggikakan keluhuran akhlak dan budi sehingga ia mampu menawan segenap jiwa yang menyaksikannya. Ahmad Shauqi, seorang penyair terkenal pernah berkata
إنمـا الأمـم الأخلاق مـا بقيـت، فإن هم ذهبت أخلاقـهم ذهبــواً
Maksudnya: “Sebuah peradaban itu akan tetap terjaga kewujudannya selama akhlaknya masih ada. Apabila akhlaknya telah lenyap maka lenyaplah peradaban itu.”
Sesebuah negara dan bangsa tatkala akhlak anak bangsanya punah dan hancur, sudah pasti membawa kemunduran sesebuah negara.
Marilah kita mentadabbur ayat yang sering kita baca, dengan mata hati yang dimakrifatkan dengan ilmu. Firman Allah SWT:
وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ
Maksudnya: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya.
Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.”
(Surah al-Anfal: 60)
Ayat di atas adalah satu bentuk iktibar kepada kita untuk memahami bahawa:
Persediaan untuk menghadapi apa sahaja cabaran dan ujian. Bukannya hanya sebagai pemerhati atau penonton, lalu membuat rumusan yang tidak menjejak dalam realiti sebenar.
Persediaan dengan “segala jenis kekuatan” (مَا اسْتَطَعْتُمْ) adalah puncak tertinggi bagi satu-satu persiapan dengan sepenuh kemampuan, bukannya ala kadar. Antara yang terpenting, sudah tentu ilmu, akhlak, ibadah, kerukunan rumahtangga, pegangan hidup.
Syeikh Jamaluddin Al Afghani pernah berkata kepada rakyat India yang pada ketika itu dijajah oleh Inggeris: "Jika sekiranya bilangan kamu yang berjuta-juta ini semuanya menjadi lalat, nescaya kamu mampu untuk menghancurkan telinga Inggeris."
Tetapi malangnya, umat Islam kini umpama buih-buih (ghuthā’) yang lemah, tiada kudrat dan prinsip, bahkan goyah serta hanya mengikut arus angin sahaja. Tinggal menjadi buih-buih kecil yang tidak mampu memberi kesan apa-apa.
Pun begitu, usah dilupakan buih-buih juga mampu menyatu membentuk gelombang ombak yang menghempas kuat pantai. Molekul-molekul air yang kecil, memejal menjadi bongkah ais yang besar (iceberg) jugalah yang menenggelamkan sebuah kapal Titanic yang gah dan hebat pada 1912.
Nasihatku
Wahai saudaraku!
Sudah sampai masanya umat Islam bersedia dengan ‘road map’ yang jelas, bukan hanya untuk 20 – 50 tahun ke hadapan tetapi dengan visi yang lebih luas, ufuk yang jauh mencapah hingga ke destinasi kita ke alam akhirat sana.
Sebelum terjadi peperangan Qadisiyah antara tentera Muslim pimpinan Sa’ad bin Abi Waqqas RA dengan tentera Parsi pimpinan Rustam, Sa’ad terlebih dulu mengirim utusan kepada Rustam beberapa kali. Di antara utusan tersebut adalah Rib’i bin ‘Amir. Rib’i segera masuk menemui Rustam dalam keadaan mereka menghiasi tempat pertemuan itu dengan bantal-bantal yang dijahit dengan benang emas, serta permadani yang disulam daripada sutera.
Mereka mempertontonkan kepada Rib’i bin Amir berbagai macam perhiasan berupa permata-permata yang mahal, dan perhiasan lain sementara Rustam memakai mahkota dan sedang duduk di atas singgahsana yang dibuat dari emas.
Rib’i bin Amir pula masuk dengan hanya mengenakan baju yang sangat sederhana, tersisip pada pinggang beliau sebilah pidang, perisai, dan bersamanya seekor kuda yang pendek. Rib’i bin Amir masih tetap di atas kudanya hingga mencecah hujung permadani. Kemudian beliau turun dan menambat kudanya di sebahagian bantal-bantal yang terhampar. Beliau kemudiannya masuk dengan senjata, baju besi, dan topi besi.
Pengawal Rustam berkata, “Letakkan senjatamu!” Beliau menjawab, “Aku tidak pernah berniat untuk bertemu kalian tetapi kalianlah yang mengundangku datang ke sini. Jika kalian memerlukanku maka biarkan aku masuk dalam keadaan seperti ini. Jika tidak kalian izinkan, maka aku akan segera pulang.”
Rustam berkata, “Biarkan dia masuk.” Maka Rib’i bin Amir datang sambil bertongkat dengan lembingnya dalam keadaan posisi ujung tombak ke bawah sehingga bantal-bantal yang dilewatinya penuh dengan lubang-lubang bekas lembingnya. Mereka bertanya,”Apa yang membuat kalian datang ke sini?”
Rib’i bin Amir menjawab,
الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة الله، ومن ضيق الدنيا إلى سعتها، ومن جور الاديان إلى عدل الاسلام، فأرسلنا بدينه إلى خلقه لندعوهم إليه، فمن قبل ذلك قبلنا منه ورجعنا عنه، ومن أبى قاتلناه أبدا حتى نفضي إلى موعود الله.
“Allah telah mengutus kami untuk mengeluarkan siapa saja yang Dia kehendaki dari penghambaan terhadap sesama hamba kepada penghambaan kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasannya, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Al-Islam.
Maka Dia mengutus kami dengan agama-Nya untuk kami seru mereka kepadanya. Maka barangsiapa yang menerima hal tersebut, kami akan menerimanya dan pulang meninggalkannya. Tetapi barangsiapa yang enggan, kami akan memeranginya selama-lamanya hingga kami berhasil memperoleh apa yang dijanjikan Allah”
Mereka bertanya,”Apa yang dijanjikan Allah (kepada kalian)?” Beliau menjawab, “Syurga bagi sesiapa sahaja yang mati dalam memerangi orang-orang yang enggan dan kemenangan bagi yang hidup.”
Rustam pun berkata, “Sungguh, aku telah mendengar perkataan-perkataan kalian. Tetapi mahukah kalian memberikan penangguhan perkara ini sehingga kami mempertimbangkannya dan kalian pun mempertimbangkannya?” Beliau menjawab, “Ya, berapa lama waktu yang kalian sukai? 1 hari atau 2 hari?” Rustam menjawab,”Tidak, tetapi hingga kami menulis surat kepada para pembesar kami dan para pemimpin kaum kami.”
Maka beliau pun menjawab,”Rasul kami tidak pernah mengajarkan kepada kami untuk menangguhkan peperangan apabila bertemu musuh lebih dari 3 hari. Maka pertimbangkanlah perkaramu dan mereka, dan pilihlah 1 dari 3 pilihan apabila masa penangguhan telah berakhir.”
Rustam bertanya,”Adakah kamu pemimpin mereka?” Beliau menjawab,”Tidak, tetapi kaum Muslimin ibarat jasad yang satu. Yang paling rendah daripada mereka, dapat memberikan jaminan keamanan terhadap yang paling tinggi.”
Maka akhirnya Rustam mengumpulkan para pembesar kaumnya dan berkata, “Pernahkah kalian melihat sesuatu yang lebih mulia dan lebih benar dari perkataan lelaki ini?”
Mereka menjawab, “Kami minta perlindungan Allah daripada terpengaruh kepada sesuatu daripada ajakan ini dan dari menyeru agamamu kepada (agama) anjing ini. Tidakkah engkau melihat kepada pakaiannya?”
Rustam menjawab, “Celakalah kalian! Janganlah kalian melihat kepada pakaian. Akan tetapi lihatlah kepada pendapat, ucapan, dan jalan hidupnya! Sesungguhnya orang Arab menganggap ringan masalah pakaian dan makanan. Tetapi mereka menjaga harga diri mereka.”
اللهُمَّ اهْدِنَا فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنَا فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنَا فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لِنَا فِيمَا أَعْطَيْتَ، وَقِنَا شَرَّ مَا قَضَيْتَ، فَإِنَّكَ تَقْضِي وَلا يُقْضَى عَلَيْكَ، إِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ
Ya Allah berilah kami petunjuk sebagaimana orang yang telah Engkau beri petunjuk, berilah aku perlindungan (dari penyakit dan apa yang tidak disukai) sebagaimana orang yang pernah Engkau lindungi, sayangilah aku sebagaimana orang yang telah Engkau sayangi.
Berikanlah keberkatan terhadap apa-apa yang telah Engkau berikan kepadaku, jauhkanlah aku dari keburukan apa yang Engkau telah takdirkan, sesungguhnya Engkau yang menjatuhkan hukum, dan tidak ada orang yang memberikan hukuman kepada-Mu.
Sesungguhnya orang yang Engkau bela tidak akan terhina, dan tidak akan mulia orang yang Engkau musuhi. Mahasuci Engkau, wahai Rabb kami Yang Maha Tinggi.
Semoga penulisan yang ringkas ini dapat membuka mata kita dan memberikan semangat baru untuk kita terus memandang ke hadapan bagi meneruskan misi dakwah dan akhlak Nabi SAW dalam membina satu ummah yang gemilang. Jika Donald Trump membawakan slogan “Make America Great Again”, apa salahnya jika kami menyeru kepada slogan

#MakeMuslimGreatAgain.

Akhukum fillah,

Thursday, September 15, 2016

'PEKAK MOVIE' KENAPA PATUT DIHARAMKAN (BRUNEI PUN DAH HARAMKAN

 ADALAH SATU KEZALIMAN BILA REMAJA DISAJIKAN DENGAN FILEM NON MORAL BEGINI!

Tindakan Brunei Haramkan Filem Pekak Ini Memang Tepat!’


Berikut adalah 11 sebab mengapa saya keluar panggung sebelum filem Pekak berakhir.

1. Babak Dara dan Melur mencuri di kedai runcit.

Dara disuruh Melur mengalihkan perhatian pekedai runcit sementara dia mencuri rokok. “Bang, mana satu bagus?” tanya Dara kepada pekedai runcit, mereka berdiri di rak tuala wanita. “Entah, saya tak pernah pakai” jawab pekedai tersebut. Penonton remaja yang duduk di barisan belakang dalam panggung ketawa. Bila Melur sudah berjaya mencuri sekotak rokok, Dara pon berkata, “Tak apalah bang, cancel”. Pekedai OK saja, tak tahu apa-apa. Budak-budak remaja di belakang sekali lagi ketawa. Kemudian kedua-dua Dara dan Melur cepat-cepat berlalu dari situ. Mereka berjaya mencuri. Adakah mencuri itu lucu? Anak sekolah dalam pakaian seragam sekolah mencuri rokok itu lucu? mempermainkan orang lain dan mengambil haknya itu lucu?

Mardahana Mohd Dahlan, [16.09.16 06:23]
Jangan bg anak2 bwh umur tengok cerita "PEKAK"

Tindakan Brunei Haramkan Filem Pekak Ini Memang Tepat!’

Berikut adalah 11 sebab mengapa saya keluar panggung sebelum filem Pekak berakhir.

1. Babak Dara dan Melur mencuri di kedai runcit.

Dara disuruh Melur mengalihkan perhatian pekedai runcit sementara dia mencuri rokok. “Bang, mana satu bagus?” tanya Dara kepada pekedai runcit, mereka berdiri di rak tuala wanita. “Entah, saya tak pernah pakai” jawab pekedai tersebut. Penonton remaja yang duduk di barisan belakang dalam panggung ketawa. Bila Melur sudah berjaya mencuri sekotak rokok, Dara pon berkata, “Tak apalah bang, cancel”. Pekedai OK saja, tak tahu apa-apa. Budak-budak remaja di belakang sekali lagi ketawa. Kemudian kedua-dua Dara dan Melur cepat-cepat berlalu dari situ. Mereka berjaya mencuri. Adakah mencuri itu lucu? Anak sekolah dalam pakaian seragam sekolah mencuri rokok itu lucu? mempermainkan orang lain dan mengambil haknya itu lucu?

2. Babak Dara dan Melur melepak dan merokok di halaman flat mereka.

Persoalan filem ini bermula di babak ini. “Wei, kau dan on belum dengan Kamil” tanya Melur. Kalau bukan kerana ada terjemahan bahasa Inggeris, saya tak tahu apa maksud “on”. “On” bermaksud “sleep”. Ya, Melur bertanya pada Dara, kau dah tidur dengan Kamil ke belum? Remaja-remaja lelaki di barisan belakang ketawa. Dara menafikan. Alasannya, baru kenal sebulan dengan Kamil. “Aku baru je berapa jam kenal Azman dan “on” dah!” cabar Melur. Setiap kali menyebut “ON”, Melur menjungkit bahu. Perkataan “ON” tu, ditekankan. Setiap kali itulah, remaja-remaja lelaki di barisan belakang ketawa berdekah-dekah. Apa yang lucunya tentang seks bebas bawah umur?

3. Masih babak yang sama

Melur memujuk Dara untuk mengikutnya keluar malam itu. Dara menolak dengan alasan takut dimarahi bapanya. “Eleleh… strict sangat bapak kau tu, biar aku “servis” dia sikit!”. Sekali lagi Melur menjungkit bahu dan remaja-remaja lelaki di barisan belakang ketawa berdekah- dekah.

4. Babak Azman menghisap dadah dengan alat semacam rod kaca

Saya tak tahu apa benda yang dia hisap dan apa dia guna, tapi babak tu memang mirip video demo youtube. Maksud saya begitu ‘upclose’ dan ‘detail’. Anda rasa, kalau budak-budak remaja yang belum cukup akal tengok ada tak rasa nak cuba tak?

5. Babak Melur dan Dara berpura-pura mengaji untuk memperdaya bapa Dara.

Melurnya kononnya datang untuk mengajar Dara mengaji, tetapi sebenarnya mahu memujuk Dara mengikutnya keluar ke parti malam itu selepas ayah Dara keluar bekerja. Melur datang berbaju kurung dan berselendang. Muka polos tanpa mekap. Ayah Dara menyangka, Melur anak yang baik. Dia memuji Melur dan menyuruh Melur menemankan Dara di rumah malam itu. Ketika ayah Dara tiba-tiba membuka pitu bilik anaknya, mereka sebenarnya sedang bersolek lantas pura-pura mengaji dan Dara menyorokkan baju seksi yang dibawa Melur utuknya. Ketika babak ini, anak-anak remaja dibelakang ketawa berdekah-dekah. Lucu kah bila anak-anak hilang hormat pada bapanya? Lucukah bila anak-anak menipu orang tuanya?

6. Babak Kamil jumpa Uda pertama kali.

Kamil mengadakan parti. Uda datang menghantar dadah. Bila Kamil tahu yang Uda seorang pekak, dia merenung Uda dekat-dekat dan menanggilnya bodoh beberapa kali. Dia mahu mempr
ovok dan mengejek Uda. Bodoh! bodoh! bodoh! …………… tiba-tiba dari belakang ada suara kanak-kan
ak berteriak bodoh!bodoh! Saya pon menyumpah dalam hati. Bodoh! mak bapak bodoh mana yang bawa anak kecil tengok cerita macam ni? Ini filem klasifikasi P13, kenapa ada anak kecil? Dan penjaga pintu pawagam? apa kerjanya?

7. Masaalah yang diangkat dalam filem ini ialah

“Apa yang Kamil perlu buat supaya dapat tidur dengan Dara?” Ya, dari awal, ini saja dialog mereka. Kau dan on dengan Dara? Bila kau nak on dengan Dara. Azman dan Melur adalah penasihat Kamil. Kamil yang dipaparkan sebagai orang berada mengadakan pesta demi pesta semata-mata untuk meniduri Dara. Ketika filem Hantu Kak Limah pecah panggung, frasa “Kita bakar!” menjadi sebutan dimana-mana. Tak mustahil dialog “dah on” ni akan jadi buah bibir anak-anak remaja di belaka

Mardahana Mohd Dahlan, [16.09.16 06:23]
ng tu selepas menonton filem ini.

8. Uda? Uda sebenarnya cuma watak sampingan.

Adakah filem ini membincangkan masalah Uda yang pekak? Tidak sama sekali. Bagaimana Uda boleh pekak? Tak tahu. Cuma diceritakan Uda ditinggal orang tuanya dalam hujan di kaki lima kedai ketika berusia lebih kurang lima tahun. Uda kemudian di bela oleh bossnya sekarang. Apakah jenis kepekakan Uda? Tak di ceritakan. Semulajadi atau kemalangan? Entah. Cuma ada satu babak berjumpa doktor dan klinik doktor tu macam tak bertauliah saja. Doktor cuma menerangkan peratus kejayaan implan ialah 90% dan
suruh Uda datang semula bila dah ada duit. Saya tak pasti itu doktor atau tukang telinga.Berapa kos yang perlu Uda sediakan? Tak tahu. Uda menjual dadah dalam keadaan tenang dan senang. Hanya tunggu orang datang, beri barang dapat duit. Beberapa kali dipaparkan nilai simpanan Uda meningkat puluhan ribu dalam masa pendek. Amboi! Apa mesejnya? Nak beritahu pada remaja-remaja di belakang tu yang jual dadah ialah cara mudah dapat duit. Dan asalkan kau ada niat mulia, kau berada dalam keadaan ‘darurat’, kau tetap naif. Kau orang baik. Kau tak berdosa.

9. Pengarah sekarang dah berani buat babak bercumbuan

Saya harapkan cerita ini akan menyuntik kesedaran dan keperihatinan masyarakat pada golongan OKU secara umum dan golongan pekak secara khusus.

Tapi sayangnya cerita ini cuma memaparkan seks dan dadah. Konflik cerita ini bermula bila Kamil masih gagal meniduri dara walaupon beberapa kali memasang perangkap dan klimaxnya bila Azman pula yang menikmati Dara. Pengarah sekarang dah berani buat babak bercumbuan dari sisi pandangan belakang pasangan bercumbuan. Aku tahu mereka bukan buat betul-betul. Tapi remaja-remaja yang di belakang tu naik syok juga! Satu lagi adengan bercumbuan Melur dan Azman di kolam mandi kering. Sangat melampau! Saya masih ingat pada akhir tahun 90-an. TV Singapura mula menayangkan adengan bercumbuan dari sisi belakang. Masa itu gegar jugalah masyarakat Singapura. Mereka berbahas baik-buruknya hal tersebut. 10 tahun kemudian? Hmmm… perkara biasa. Adakah kita juga bergerak ke arah itu?

10. Babak pemerkosaan Dara oleh Azman.

Inilah babak terakhir sebelum aku keluar dengan tangan menggigil menahan marah. Dara mabuk, tak sedarkan diri, terbaring atas katil. Azman melutut di atas Dara. Bila kamera fokus pada Azman dari depan dan dia mula buka seluar, saya terus bangun. Adakah penulis tidak belajar seni “tell but not show?”. Remaja-remaja di belakang diam. Sama ada mereka simpati pada Dara atau menikmati Dara seperti Azman. Saya tak tahu. Tak sanggup nak fikir.

11. Dalam filem ini tiada orang “baik” yang menyantuni anak-anak yang sesat.

Watak paling “baik” adalah bapa Dara. Tetapi bapa dara adalah watak “ulama penghukum”. Itu berdosa! Kau nak masuk neraka? Nak jadi macam mak kau? Bapa dara menghukum anaknya secara fizikal. Dara tertekan. Dara kurang kasih sayang. Stereotaip?

Kenapa saya marah? Menurut Ustaz Pahrol Mohd Joi, jika anda tak merasa marah melihat kemungkaran, tepuk dada tanya iman. Marah bukan sesuatu yang sentiasa negatif. Saya marah bila remaja-remaja di belakang saya menikmati cerita ini dengan gelak tawa. Seolah-olah kesemua yang kerja salah yang dilakonkan adalah “normal”. Saya bukan marah kepada mereka. Saya marah dan kesal kerana mereka tidak mampu melindungi diri sendiri dan tidak dilindungi masyarakat dari anasir-anasir seperti ini. Perbuatan songsang diringankan dengan komedi. Penjual dadah adalah “hero”. Ringan-ringan tak apa.

Media-media Malaysia melaporkan antara alasan mengapa Brunei mengharamkan filem Pekak kerana ada adengan seperti perempuan menghisap rokok. Sebenarnya adengan perempuan menghisap rokok tu yang paling sopan. Adengan lain lebih teruk lagi. Lelaki perempuan sama saja. Adegan hisap dadah. Adegan panjat tembok sekolah. Adegan bercumbu. Adegan curi keluar malam dengan lelaki.

Tapi mereka kan menang anugerah di luar negara? Adakah kiblat kita di Cannes? Asal mereka mengiktiraf filem kita maka kita ‘terpaksa’ mengiktirafnya sama? Apakah pembaris akhlak mereka sama dengan kita? Tanpa mengguna penilaian agama pon, adakah nilai budi bahasa kita sama seperti mereka? Ironi, Perancis tak pernah menjajah kita tapi kita pula terhegeh-hegeh mahu menyanjung mereka. Saya menerangkan analogi ini kepada kawan saya. Pelancong barat sangat suka ke Phuket. Phuket adalah syurga dunia. Pelbagai pesta sepanjang tahun. Full moon? Half moon? Arak murah, perempuan bersepah.  Tetapi apakah Phuket tempat pelancongan terbaik untuk kita?

Filem ini memang PEKAK

Bukan filem ini saja tajuknya Pekak. Penulis, pengarah, penerbit sampai kepada pihak yang meluluskan tayanyan filem ini. Semuanya Pekak. Pekak pada masalah sosial negara. Pekak pada tata susila. Pekak pada keresahan masyarakat. Pekak pada rintihan pihak-pihak yang saban hari berjuang membawa pulang anak-anak yang tersesat di jalan gelap. Jika anda tak mampu membantu mereka, janganlah menambah masalah yang ada!

TOLONG VIRALKAN...

Monday, August 15, 2016

PERJUANGAN AHLI SUFI BERJIHAD MELAWAN MUSUH ISLAM

PERJUANGAN AHLI SUFI BERJIHAD MELAWAN MUSUH ISLAM
Ada Di Antara Orang Yang Baru Berjinak-Jinak Dengan Perjuangan Islam Sering Melemparkan Tuduhan Bahawa Ahli Sufi Adalah Jumud, Tidak Memahami Jihad Dan Hanya Duduk Berzikir Dengan Tidak Berjuang. Mereka Ini Sebenarnya Melakukan Kesilapan Besar Dengan Membuat Tuduhan Tersebut. Sebagaimana Ahli-Ahli Sufi Merupakan Pendakwah Dan Mujahid Sebenar, Tidak Seperti Mereka Yang Hanya Pandai Bercakap Kosong Tanpa Amal.

Mereka Ini Perlu Mengimbau Kembali Perjuangan Ahli-Ahli Sufi Yang Hebat Dalam Melawan Golongan Kafir. Berikut Adalah Sebahagian Mereka Yang Patut Dijadikan Renungan Dan I'tibar Agar Kita Tidak Tersilap Dalam Kefahaman;
(1) Abdullah Bin Al-Mubarak (181 H): Beliau Terlibat Dalam Peperangan Menentang Tentera Rom [Tarikh Baghdad Oleh Al-Khatib Al-Baghdadi 10/157]
(2) Ibrahim Bin Adham (162 H): Beliau Terlibat Dalam Peperangan Melawan Tentera Byzantine Malah Meninggal Dunia Ketika Menjaga Di Perbatasan Perang [Al-Bidayah Wa An-Nihayah 10/44]
(3) Hatim Al-Ashom: Beliau Seorang Tokoh Sufi Yang Terlibat Dalam Peperangan Dan Meninggal Dunia Di Tempat Perbatasan Perang Di Atas Bukit Sarwad. [Siyar A’laam An-Nubala’ 11/484]
(4) Abu Al-Qashim Al-Qahthi: Beliau Terlibat Dalam Peperangan Melawan Byzantine Bersama-Sama Dengan Sebahagian Ulama’ Sufi Yang Lain [Ghayyah Al-Tholab Fi Tarikh Halab 10/4591]
(5) Imam Raslan (Arsalan) Ad-Dimaysqi (M: 541 H): Beliau Terlibat Dalam Peperangan Di Syam Khususnya Dalam Melawan Tentera Salib. Antara Karya Beliau Adalah Risalah At-Tauhid.
(6) Imam Abu Al-Hasan As-Syazili (M: 656h): Beliau Serta Murid-Muridnya Terlibat Dalam Ma’rakah Al-Manshurah (Perang Di Manshurah) Pada Tahun 647 H Dalam Melawan Tentera Salib. [Abu Al-Hasan As-Syazili As-Shufi Al-Mujahid Al-‘Arif Billah Oleh Dr. Abdul Halim Mahmud: 60]
(7) Imam Abu Al-‘Abbas Al-Mursi (Salah Seorang Murid Abu Al-Hasan As-Syazili). Beliau Juga Turut Terlibat Dalam Peperangan Melawan Musuh Islam Sama Seperti Gurunya. Beliau Adalah Guru Kepada Imam Ibn ‘Atho’illah As-Sakandari [Wizarah As-Thaqofah Al-Mishriyyah 7/371]
(8) Sultan Muhammad Al-Fateh As-Sufi Al-Hanafi Al-Maturidi. Banyak Riwayat Yang Menceritakan Sudut Kesufian Beliau. Beliau Terlibat Dalam Membuka Kota Konstantinopel Daripada Jajahan Tentera Salib.
(9) Imam Al-Izz Bin Abdil Salam (660 H): Beliau Seorang Ulama’ Sufi Yang Mashyur Hidup Sezaman Dengan Imam Abu Al-Abbas Al-Mursi Dan Sebagainya. Beliau Terlibat Dalam Peperangan ‘Ain Jalut Pada Tahun 658 H. Sudut Kesufian Imam Izzuddin Jelas Kerana Beliau Mengambil Khirqah Sufi Daripada Imam Syihabuddin As-Sharwardi (632 H). [Husn Al-Muhadarah 1/315]
(10) Sultan Nuruddin Mahmud Zinki (569 H). Beliau Seorang Pemimpin Islam Yang Terlibat Dalam Melawan Tentera Salib Dalam Usaha Untuk Membebaskan Palestin Daripada Cengkaman Mereka. Beliau Sendiri Seorang Yang Sangat Rapat Dengan Golongan Sufi Dan Menghormati Golongan Sufi. [Al-Kawakib Ad-Durriyyah 1/38] Beliau Memuji Golongan Sufi Dengan Berkata: “Mereka (Golongan Sufi) Adalah Tentera Allah Dan Dengan Doa Merekalah Kita Berjaya Menewaskan Para Musuh” [Al-Bidayah Wa An-Nihayah 12/281]
(11) Sultan Solahuddin Al-Ayubi: Beliau Terkenal Sebagai Seorang Pahlawan Dan Pemimpin Islam Yang Membebaskan Al-Aqsa Daripada Cengkaman Tentera Salib. Adapun Dari Sudut Kesufian Beliau, Maka Memang Tidak Dapat Dinafikan. Malah Beliau Bermesyuarat Dengan Para Ulama’ Sufi Ketika Berperang Dengan Tentera-Tentera Salib.
(12) Imam Ali Bin Maimun (917 H): Beliau Seorang Ulama’ Sufi Yang Terlibat Dalam Banyak Peperangan Melawan Musuh Islam [Syazrat Az-Zahab 8/81]
(13) Al-Amir Abdul Qadir Al-Jaza’iri As-Sufi: Beliau Terlibat Dalam Peperangan Di Algeria Dalam Melawan Penjajahan. Sudut Kesufian Beliau Sememangnya Tidak Dapat Dinafikan Bagi Mereka Yang Membaca Riwayat Hidupnya.
(14) Al-Mujahid Muhammad Ahmad Mahdi (M:1885 M): Beliau Mempelajari Ilmu Sufi Sejak Keci Lagi Lalu Menjadi Seorang Murobbi Sufi. Beliau Terlibat Dalam Melawan Tentera Inggeris Ketika Penjajahan Di Sudan. [Hilyah Al-Basyr 2/801]
(15) Al-Mujahid Umar Al-Mukhtar (M: 1931 M): Beliau Seorang Murobbi Sufi Bertariqat As-Sanusiyyyah. Beliau Terlibat Dalam Peperangan Melawan Tentera Penjajah Khususnya Di Libya Lalu Menemui Syahid.
(16) As-Sayyid Muhammad Abdullah Hassan (M: 1920 H): Beliau Seorang Murobbi Sufi Tarikat As-Salihiyyah As-Syaziliyyah. Beliau Terlibat Dalam Peperangan Menentang Penjajah Yang Cuba Menjajah Somalia. [Silsilah Alam Al-Ma’rifah Al-Kuwaitiyya 223 Oleh Dr. Abdullah Abdul Razak]
(17) Ahmad Arabi As-Sufi (1911m): Beliau Terlibat Dalam Kebangkitan Umat Islam Dalam Melawan Penjajah. [Kitab Al-Islam Wa Harakaat At-Taharrur Al-‘Arabiyyah M/S 42 Oleh Dr. Syauqi Abu Khalil]
(18) Sheikh Farhan As-Sa’di : Beliau Terlibat Dalam Peperangan Di Palestin Menentang Penjajah Inggeris. Beliau Dari Keluarga As-Sa’diyyah Al-Jibawiyyah, Suatu Keluarga Sufi Di Palestin [Majalah Syu’un Falastin No 124 M/S 22]
(19) Sheikh Izzuddin Al-Qassam (M: 1935 M): Beliau Seorang Sufi Yang Terlibat Dalam Jihad Di Palestin. Beliau Seorang Sheikh Bagi Tarikat Syaziliyyah. Ayahnya Juga Seorang Sufi Yang Sangat Beriltizam Dengan Tarbiah Sufi. [Kitab Al-I’lam As-Syarqiyyah Oleh Zaki Muhammad Mujahid 2/139]
(20) Sheikh Muhammad Badruddin Al-Hasani: Beliau Berketurunan Imam Al-Jazuli. Beliau Merupakan Seorang Murobbi Sufi Tarikat Qadiriyyah. Beliau Terlibat Dengan Kebangkitan Umat Islam Melawan Musuh-Musuh Islam Khususnya Di Syria. [Tarikh Ulama’ Dimasyq 1/472]
(21) Sheikh Muhammad Sa’id Al-Burhani (M: 1967 M): Beliau Merupakan Seorang Murobbi Tarikat Syaziliyyah Di Damsyiq. Beliau Terlibat Dalam Peperangan Melawan Musuh-Musuh Islam Dan Penjajah Di Syria [Al-‘Alaam 6/145]
(22) Sheikh Abu Al-Yasar ‘Abidin An-Naqsyabandi: Beliau Terlibat Dalam Perperangan Melawan Musuh Islam Di Syria [Tarikh Ulama’ Dimasyq 2/969]
(23) Sheikh Sufi Ali Ad-Daqar (M: 1943 M): Beliau Seorang Ulama’ Sufi Yang Terlibat Dalam Pegerakan Kebangkitan Masyarakat Arab [Al-Islam Wa Harakat At-Taharrur Al-‘Arabiyyah M/S147]
(24) Sheikh Izzuddin Al-Jaza’iri (Cucu Sheikh Abdul Qadir Al-Jaza’iri): Beliau Seorang Ulama’ Sufi Yang Terlibat Dalam Jihad Melawan Musuh Islam [Tarikh At-Thaurah As-Suriyyah M/S 619]
(25) Sheikh Muhammad Al-Hamid An-Naqsyabandi (M: 1969 M): Beliau Juga Seorang Ulama’ Sufi Yang Terlibat Dalam Jihad Melawan Penjajah Dan Musuh Islam [Silsilah A’laam Al-Muslimin Dimasyq M/S 37]
(26) Muhammad Abdul Karim Al-Khattobi: Beliau Juga Seorang Ulama’ Sufi Yang Terlibat Melawan Penjajah Perancis [Al-Maushu’ah Al-‘Askariyyah]
(27) Sheikh Manshur Asyramah An-Naqsyabandi: Seorang Tokoh Sufi Yang Terlibat Dalam Peperangan Di Chechenya Dengan Melawan Tentera Rusia Pada Tahun 1971 M.
(28) Sheikh Khos Muhammad Afendi An-Naqsyabandi: Beliau Juga Terlibat Dalam Peperangan Di Chechenya.
(29) Sheikh Fadhl Umar Mujaddidi An-Naqsyabandi: Beliau Terlibat Dalam Jihad Melawan British Pada Tahun 1921 M.
(30) Sheikh Arsyad Thawil Al-Bantani (M: 1935 M): Beliau Seorang Ulama’ Yang Terlibat Dalam Jihad Di Banten [Rujuk Tulisan Al-Marhum Ustaz Wan Muhammad Shaghir Abdullah]
(31) Sheikh Abdul Shamad Al-Falambani: Beliau Seorang Ulama’ Sufi Yang Turut Terlibat Dengan Jihad Melawan Musuh-Musuh Islam [Rujuk Tulisan Al-Marhum Ustaz Wan Muhammad Shaghir Abdullah]
(32) Sheikh Raja Haji: Beliau Antara Tokoh Sufi Di Tanah Melayu Yang Terlibat Melawan Penjajah Di Nusantara

Sunday, August 7, 2016

Skandal BMF 1983 dan Kenapa Forex Tidak Dibenarkan Kerajaan Malaysia.


Salam semua,

Fakta yang petama berkenaan, Kenapa FOREX tidak dibenarkan kerajaan Malaysia sehingga kini disebabkan:
Kerajaan Malaysia diwakili Bank Negara Malaysia kehilangan hampir RM30 bilion antara 1991 dan 1994, sebelum muflis daripada segi teknikal dan terpaksa diselamatkan oleh Kementerian Kewangan.Kisah selanjutnya dihuraikan di bawah.
Sumber : http://www.piphijau.com/2016/06/skandal-bmf-1983-dan-kenapa-forex-tidak.html

Hari ini penulis ingin berkongsi satu luahan dari sahabat FB berkenaan "Untold" story 
yang disembunyikan Bank Bumiputra Malaysia Berhad,


Sumber : http://www.piphijau.com/2016/06/skandal-bmf-1983-dan-kenapa-forex-tidak.html

Tuesday, August 2, 2016

India keluar waran tangkap terhadap Ananda Krishnan

NEW DELHI: Biro Penyiasatan Pusat (CBI) India memohon waran tangkap bagi dua rakyat Malaysia yang dituduh telibat dalam skandal Aircel-Maxis selain dua bekas menteri Telekom India, Dayanidhi Maran dan adiknya Kalanithi Maran.


Permohonan itu dibacakan oleh agensi siasatan dihadapan hakim khas OP Saini menyatakan saman yang dikeluarkan kepada ahli perniagaan Malaysia, T Ananda Krishnan dan warga Malaysia, Augustus Ralph Marshall tidak dilayan, lapor Hindustan Times.

Selain adik-beradik Maran, Krishnan dan Marshall, mahkamah menamakan empat syarikat, Sun Direct TV Pvt Ltd, Maxis Communication Berhad, Asia Selatan Hiburan Holding Ltd dan Astro All Asia Network PLC sebagai tertuduh dalam kes ini, lapor Hindustran Times semalam.

Semasa pendengaran, adik-beradik Maran mencabar kuasa mahkamah khas 2G untuk menilai semula perjanjian berkaitan kes pengubahan wang haram Aircel-Maxis, dengan menyatakan ia bukan sebahagian daripada penipuan spektrum 2G maka tidak boleh didengari oleh hakim yang ditetapkan.

Terdahulu, mahkamah mengeluarkan saman terhadap tertuduh dan mengambil perhatian caj fakta Direktorat Penguatkuasaan (ED) terhadap enam yang dituduh di bawah peruntukan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (PMLA).

Ia menyatakan “bahan-bahan mencukupi” untuk meneruskan pertuduhan ke atas tertuduh.

Sementara itu, ED pada Isnin menentang rayuan jaminan kepada adik-beradik Maran kerana kes pengubahan wang haram masih dalam siasatan dan kemungkinan ia boleh mengganggu bukti dan boleh mempengaruhi saksi.

Mahkamah menjadualkan kedua-dua pendengaran pada 27 Ogos.

Isteri Kalanithi, Kavery Kalanithi dan Pengarah Urusan Asia FM Ltd (SAFL), K Shanmugam, juga dituduh bersama-sama dua syarikat, SAFL dan Sun Direct TV Pvt Ltd (SDTPL) dalam kes itu.

Tertuduh dicaj bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 120-B (konspirasi jenayah) daripada Kanun Keseksaan India dan di bawah seksyen yang berkaitan dalam Akta Pencegahan Rasuah.

Pada 29 Ogos tahun lepas, CBI memfailkan kertas pertuduhan kes yang mengandungi 151 nama saksi pendakwaan dan satu set 655 dokumen, yang digunakan sepanjang siasatan.

Menurut dakwaan CBI di mahkamah, Dayanidhi menekan dan memaksa promoter telekom yang berpangkalan di Chennai, C Sivasankaran untuk menjual kepentingannya dalam Aircel dan dua syarikat subsidiari Malaysia Maxis Group pada tahun 2006.

Dalam kes ED, pendakwanya, N K Matta mendapati wujud transaksi wang yang menunjukkan SDTPL dan SAFL menerima Rs 742,58 crore sebagai “hasil jenayah” dari syarikat berpangkalan di Mauritius dalam perjanjian Aircel-Maxis.

Agensi itu juga mendakwa hasil jenayah berjumlah Rs 549,03 crore dan Rs 193,55 crore diterima oleh SDTPL dan SAFL, serta dikawal oleh tertuduh bersama Kalanithi, masing-masing melalui pelbagai entiti yang berpangkalan di Mauritius.

Pendakwa ED merujuk kepada butir-butir transaksi wang antara firma-firma ini dan mendapati SDTPL menerima Rs 549,03 crore dari firma berpangkalan di Mauritius M / s Asia Selatan Hiburan Holding Ltd.

Sebelum ini, di mahkamah, ED mendakwa Dayanidhi menjana dana bernilai Rs 742,58 crore melalui cara yang tidak sah dan ia antara prima facie untuk meneruskan tuduhan terhadapnya dan individu lain yang tertuduh dalam kes itu.

Menurutnya, Dayanidhi mendapat “habuan haram” Rs 742,58 crore dan wang itu “diletakkan” di firma Kalanithi dengan mengunjurkan sebagai “sah”.

ED juga mendakwa Kalanithi mengawal kedua-dua SDTPL dan SAFL, di mana wang itu disalurkan melalui sebuah syarikat berpangkalan di Mauritius.


http://www.freemalaysiatoday.com/cat...arga-malaysia/

Monyet kepung posmen, rampas dokumen sulit tentera di Kem Terendak

MELAKA - Sekumpulan monyet bertindak nakal dengan “mencuri” tiga dokumen sulit milik tentera selepas menyerbu seorang posmen di Kem Terendak di Melaka.

Menurut laporan akhbar The Star, kejadian itu berlaku dua hari lalu apabila posmen yang berusia 33 tahun sedang melakukan rondaan rutin di kawasan perkemahan tentera.

Sewaktu kejadian, sekumpulan monyet mengepung posmen, merampas tiga dokumen “sulit” yang di bawanya dan melarikan diri ke arah pokok-pokok dan bumbung bangunan dalam masa hanya beberapa saat.

Bagaimanapun, persoalan mengapa posmen ditugaskan untuk menghantar dokumen sulit tentera masih tidak dapat dipastikan.

Laporan itu juga menyatakan ia bukan kali pertama monyet berkelakuan demikian di Melaka.

Setahun yang lalu, sekumpulan besar monyet memecahkan kereta seorang askar yang diletakkan di Hospital Kem Terendak dan mencuri barang miliknya termasuk gear menyelam skuba, lesen memandu, kad ATM dan wang tunai.

Pengarah Taman Negara dan Hidupan Liar (Perhilitan) Melaka, Noorzakiahanum Mohd Noh berkata, monyet-monyet di kawasan itu turut menyerang penghuni kem tentera, sekolah dan masjid yang ditempatkan di dalam kawasan kem.

Buat masa ini, renjer meletakkan perangkap di sekitar kem untuk menghentikan kenakalan haiwan ini.

Sumber:
http://www.freemalaysiatoday.com/cat...sulit-tentera/

Tuesday, July 26, 2016

ANTARA DAESH DAN ISLAM

Adel Al - Jubeir
Menteri Luar Arab Saudi



 Adel Al - Jubeir
Menteri Luar Arab Saudi

ANTARA DAESH DAN ISLAM

Munich Security Conference

Saat diasak soalan oleh perwakilan dunia barat, response Menteri Luar Arab Saudi ini sangat terbaik dan mengemparkan dunia.

"Kamu dan King Abdullah pernah berkata tentang bagaimana Daesh (ISIS) tidak bersifat Islamik. Saya memetik ini dari sebuah artikel 'The Atlantic' yang kamu pasti kenal.

Realitinya ialah 'Islamik State' (IS) ialah Islamik. sangat Islamik. Betul bahawa ia telah menarik orang yang kurang siuman yang majoritinya drpd penduduk yang tidak puas hati di Timur Tengah dan Eropah tetapi ajaran agama yang dibawa oleh pengikutnya adalah dari tafsiran Islam yang benar.

Artikel ini kemudiannya mencadangkan agar kita merangka strategi menentang Daesh tanpa benar-benar faham siapa mereka.

Bolehkah anda memberi sedikit komen?"

Penjelasan dari Menteri Luar Arab Saudi

" Semua agama mempunyai orang-orang sesat dan tidak betul yang cuba untuk menghancurkannya (agama).
ISIS adalah se-Islamik, sepertimana KKK adalah Kristian. Bukankah mereka (KKK) mempunyai salib? Bukankah mereka (KKK) melakukan perkara di atas nama agama dan Kristian? Bukankah mereka {KKK} percaya yang Kristus memaksa mereka untuk membunuh manusia keturunan Afrika? Jadi bolehkah KKK dikategorikan sebagai sebuah organisasi Kristian?
Terdapat beberapa buah kumpulan lain yang hampir sama. Terdapat juga beberapa pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan demi memastikan tiada bukan Kristian di sesebuah negara atau kawasan. Terdapat juga orang-orang seperti ini dalam fahaman Yahudi yang tiada kaitan langsung dengan Judaism. Di dalam fahaman Hindu juga terdapat orang-orang seperti ini yang tiada kaitan langsung dengan Hinduism.

Jadi untuk mengatakan bahawa Daesh itu bersifat Islamik ialah langsung tidak munasabah. Quran mengatakan...

         "Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku"
         "dan kita bebas mengamalkannya"

Apakah contoh lebih baik untuk membuktikan sikap toleransi yang tinggi.
Ia telah dinyatakan di dalam ajaran Islam bahawa...

         "Sesiapa yang membunuh seorang yang tidak bersalah
          diibaratkan seperti membunuh seluruh umat manusia"

         "Dan sesiapa yang menyelamatkan seorang yang tidak
          bersalah diibaratkan seperti menyelamatkan seluruh
          umat manusia."

Apakah contoh lain yang melambangkan belas kasihan selain ini? Jadi jika kamu kaitkan apa yang Daesh lakukan dan menyatakan bahawa ia tertulis di dalam kitab (Al Quran).
Bukankah pembalasan setimpal dinyatakan di dalam Old Testament? Jikalau seseorang melakukan perkara itu hari ini adakah anda melabelkan dia sebagai Kristian?

Jadi saya asyik memperingatkan orang ramai kerana ia merupakan satu trend kini untuk mengaitkan sesuatu dengan Daesh atau Islam.

Sejarah Islam telah mengekalkan sejarah Greek dan Rome dan memperkenalkannya kepada pihak belah Barat.
Tamaddun Barat tidak akan wujud tanpa Tamaddun Islam Arab. Tamaddun Islam dan Tamaddun Islam Arab bertanggungjawab menghubungkan China dan Eropah, Jadi, ia sejagat. Inilah yang saya maksudkan tadi dengan Tamaddun perantaraan.

Jadi jika Islam tidak bertoleransi dan Daish melambangkan Islam, adakah Islam akan mengekalkan Aristotle dan Socrates dan kemudian memperkenalkannya kepada pihak Barat? Adakah Islam akan menghubungkan Tamaddun Barat dan Timur?

Tentulah tidak!

Dengan itu, saya menggesa anda semua untuk berhati-hati apabila melakukan generalisasi terhadap sesuatu yang tiada asas.

Terima kasih!


Haruskah Berpegang pada 1 Madzhab?

TANYA: Apakah dalam menjalankan Syariat agama Islam kita harus menganut satu mazhab tertentu dengan konsisten?
Jawab: Dikutip dari rumahfiqih.com, Allah SWT dan Rasulullah SAW tidak pernah mewajibkan kita untuk berpegang kepada satu pendapat saja dari pendapat yang telah diberikan ulama. Bahkan para shahabat Rasulullah SAW dahulu pun tidak pernah diperintahkan oleh beliau untuk merujuk kepada pendapat salah satu dari shahabat bila mereka mendapatkan masalah agama.
Maka tidak pada tempatnya bila kita saat ini membuat kotak-kotak sendiri dan mengatakan bahwa setiap orang harus berpegang teguh pada satu pendapat saja dan tidak boleh berpindah mazhab. Bahkan pada hakikatnya, setiap mazhab besar yang ada itupun sering berganti pendapat juga.
Lihatlah bagaimana dahulu Al-Imam Asy-Syafi’i merevisi mazhab qadim-nya dengan mazhab jadid. Bahkan tidak sedikit di antara mereka yang masih menggantungkan pendapat kepada masukan dari orang lain. Misalnya ungkapan paling masyhur dari mereka adalah:”Apabila suatu hadits itu shahih, maka menjadi mazhabku.”
Itu berarti seorang imam bisa saja tawaqquf (belum berpendadapat) atau memberikan peluang berubahnya fatwa bila terbukti ada dalil yang lebih kuat. Maka perubahan pendapat dalam mazhab itu sangat mungkin terjadi. Bila di dalam sebuah mazhab bisa dimungkinkan terjadinya perubahan fatwa, maka hal itu juga bermakna bahwa bisa saja seorang berpindah pendapat dari satu kepada yang lainnya.
Memang ada sedikit perbedaan pendapat di antara para fuqoha tentang masalah keharusan perpegang hanya pada satu mazhab.Secara garis besar, kira-kira demikian:
1. Pendapat Pertama: Wajib berpegang pada satu mazhab saja.
Pendapat mereka berangkat dari pemikiran bahwa imam mazhab telah memiliki metodologi tersendiri dalam membangun mazhab. Dan semua pendapatnya itu berangkat dari metodologi yang telah disusunnya, bukan sekedar pendapat yang bermunculan secara tiba-tiba.
Dengan demikian maka pendapat-pendapat yang bersumber dari satu mazhab tertentu lahir dari sebuah proses yang teratur dan memiliki pola istimbath yang konsisten. Sehingga bila berpindah-pindah mazhab akan mengakibatkan ketidak-konsistenan dalam metodologi. Menurut pendukung pendapat ini, seseorang harus konsisten dalam metodologi mazhab.
2. Pendapat kedua: Tidak wajib untuk bertaqlid kepada satu mazhab sana.
Menurut para pendukung pendapat ini, seseorang boleh mengikuti pendapat yang berbeda dari beragam mazhab. Karena tidak ada perintah untuk berpegang tegus kepada satu orang mujtahid saja.
Ketika seseorang bermazhab tertentu seperti Al-Hanafiyah, Al-Malikiyah, Asy-Syafi`iyyah atau pun Al-Hanabilah, maka pada suautu masalah tertentu boleh saja dia tidak sepakat dengan pendapat mazhabnya. Hal seperti itu lazim terjadi dan sama sekali tidak ada larangan.
Allah sendiri tidak pernah mewajibkan seseorang untuk betaqlid pada mujtahid tertentu. Kalaupun ada perintah, maka Allah memerintahkan seseorang untuk bertanya kepada ahli ilmu secara umum. Allah berfirman:
Maka bertanyalah kepada ahli ilmu bila kamu tidak mengerti
(QS. Al-Anbiya`: 7)
Selain itu berpegang hanya pada satu mazhab saja tanpa dibolehkan melihat kepada mazhab lainnya merupakan sebuah kesempitan dan kesuilitan. Padahal adanya mazhab sebenarnya merupakan rahmat dan nikmat.
Apalagi di zaman yang semakin berkembang ini di mana bisa saja pandangan dari suatu mazhab menjadi kurang tepat untuk diterapkan lagi, sedangkan pandangan dari mazhab lain yang dulu kurang populer justru lebih terasa mengena di zaman ini. Karena itulah maka pendapat kedua ini nampaknya lebih tepat dan juga pendapat inilah yang disepakati oleh jumhur ulama.
Belajar Fiqh dengan Satu Mazhab atau Banyak Mazhab
Pada dasarnya hampir semua pengajaran masalah fiqih pada tingkat dasar, merupaka nkelaziman bila yang diajarkan hanya satu mazhab saja. Misalnya, ilmu fiqih yang diajarkan di banyak pesantren, madrasah, jamaah pengajian, majelis taklim dan lainnya, umumnya mengajarkan fiqih dengan satu mazhab saja.
Keunggulannya, pelajaran itu jadi lebih praktis, cepat, efisien dan aplikatif. Karena belum lagi bicara tentang perbadaan pendapat di kalangan ulama. Sehingga tidak menimbulkan kebingungan buat mereka yang masih baru belajar.
Justru yang sangat jarang diberikan adalah ilmu fiqih dalam bentuk perbandingan mazhab. Metode ini nyaris boleh dibilang tidak pernah disampaikan di pesantren tradisional, pengajian atau majelis taklim. Sebab selain kekurangan referensi, kita pun kekuranan tenagaahli fiqih yang menguasai fiqih perbandingan mazhab. Selain itu, metode ini hanya cocok buat mereka yang sudah berada pada level lanjutan.
Namun metode pengajaran fiqih dengan langsung membahas perbandingan dan perbedaan pendapat, juga punya keunggulan. Misalnya, masyarakat jadi tahu bahwa teknis ibadah itu ternyata bukan hanya satu versi, melainkan ada banyak versi. Selain itu, bila suatu ketika berhadapan dengan saudara-saudara muslim dari mazhab lain yang kebetulan berbeda teknis ibadahnya, sudah tidak asing lagi dan malah semakin erat hubungannya. Sehingga potensi perpecahan umat justru bisa diredam, karena masing-masing sudah punya wawasan tentang perbedaan masing-masing mazhab.
Buat mereka yang baru saja mengenal ilmu fiqih, seperti anak sekolah atau masyarakat awam, belajar fiqih dengan satu mazhab memang lebih tepat. Sebaliknya, buat tingkat lanjutan, belajar fiqih dengan perbandingan mazhab bisa menambah wawasan.

Monday, July 18, 2016

10 jenis makanan yg dikatakan sihat selama ini perlu dielak

10 jenis makanan yg dikatakan sihat selama ini perlu dielak... Kerana pada hakikatnya ia boleh menyebabkan penyakit degeneratif zaman moden...
1. Majerin @ HVO..
2.Minyak sayuran refined RBD...
3. Jus buah GMO yg diproses dgn bhn aditif makanan gula putih, pemanis, tiruan, HFCS, pewarna, perisa, .. 4. Pemanis tiruan..
5. Garam putih refined..
6. Daging lembu non grass-fed, GMO, hormon, vaksin...
7. Susu lembu steril dan pasteurized yg GMO, hormon, vaksin...
8. Pop corn di pasaran...

dan seterusnya sila klik link di bawah....

https://draxe.com/health-foods-you-should-never-eat/

Lelaki wajib tahu perkara ni.

Jika bercerai, dan isteri dalam iddah Talak Raj'ie (talak 1 dan 2). Suami masih WAJIB bagi nafkah tempat tinggal, makan minum dan pakaian. Habis iddah barulah tiada lagi tanggungjawab tu.

Cuma untuk iddah Talak Bain (talak 3), nafkahnya hanyalah tempat tinggal sahaja, kata ulama.
Meskipun tanggungjawab pada isteri sudah tiada tanggungan, tapi tanggungjawab pd anak2 WAJIB seperti biasa.

Suami yg mengabaikan perkara ini berdosa besar dan dilaknat oleh Allah. Betapa Allah menjaga kebajikan rumahtangga dalam Islam.

Namun hari ini, mereka yg bercerai, terus dihalau dr rumah suami. Walhal suami yg kena keluar kerana masih WAJIB MEMBERIKAN TEMPAT PERLINDUNGAN pd isteri yg ditalak dan dalam iddah.

Mertua/mak ayah pun ramai dok tahu.. Biar je menantu yg kena cerai tu balik, siap halau pun ada.
Nak benci yg dicerai silakan, tp bahagian syariah terlebih wajib kena patuh.

Dan isteri yg dicerai sekalipun, jika MASIH dlm iddah masih WAJIB TAAT pd suami selagi mana tidak menyalahi syarak. Dan jika suami larang keluar rumah, HARAM, NUSYUZ dan DILAKNAT jika mengingkari.

MENYESALNYA AKU

Iskandar Zulkarnain dan tenteranya terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap. Tiada api dan cahaya. Di tengah-tengah perjalanan, mereka terpijak batu-batu yang begitu banyak bertaburan. Ada orang berkata, terowong ini kaya dengan emas dan berlian. Apa lagi, ada yang mula mengutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan. Ada yang gunakan baju untuk dijadikan pemegang batu-batu. Ada juga yang tidak percaya dan tidak mengutip apa-apa pun.

Setelah sekian lama berjalan dalam gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu melepaskan batu-batu yang mereka bawa. Akhirnya mereka mula nampak di hujung terowong. Dalam samar-samar mereka telah lihat, batu-batu yang mereka bawa adalah betul-betul emas dan berlian. Ada yang minta kebenaran dari Iskandar Zulkarnain untuk berpatah balik ke tengah terowong. Tapi tak dibenarkan.

Bila mereka keluar dari terowong, maka penyesalan yang amat hebat terasa oleh tentera-tentera Iskandar.

Semua menyesal. Tiada yang tak *menyesal.*

1. Paling menyesal ialah yang tidak percaya langsung. Tiada langsung emas berlian yang dibawa walaupun sudah mempunyai peluang.

2. Yang bawa sikit pun menyesal. "Kenapalah aku bawa penuh tangan je. Patut tadi aku gunakan baju, kain dan sebagainya untuk angkut emas dan berlian tu."

3. Yang bawa penuh baju pun menyesal. Aku patut pinjam kain-kain dari orang lain. Aku patut gunakan mulut untuk angkut emas dan berlian-berlian tu.

4. Yang paling menyesal juga yang mula-mulanya percaya. Tapi separuh jalan lepaskan batu-batu kerana tidak yakin, kerana letih dan malas.

Begitulah *gambaran penyesalan* kita bila sampai ke alam akhirat. Semua menyesal. Tiada yang terkecuali. Ketika sakaratul maut, kita akan di nampakkan gambaran di mana nasib kita di akhirat. Ketika itu roh kita meronta-ronta tidak mahu meninggalkan dunia jikalau gambaran yang tidak baik ditunjukkan. Seperti mereka yang meronta-ronta untuk balik ke tengah terowong dan minta kebenaran untuk balik semula. Tapi bila roh di halqom, ternyata sudah terlambat.

Bila sampai di akhirat, semua orang akan menyesal. Yang soleh dan solehah menyesal kerana masa yang berlalu tanpa dimanafaatkan untuk meningkatkan amal ibadat supaya dapat darjat yang lebih tinggi. Yang kadang-kadang soleh kadang kadang menentang Allah lagilah menyesal. Ada amalan. Tapi sikit. Dosa menimbun.

Orang-orang kafirlah yang paling menyesal. Terutama mereka yang dah sampai seru, faham pasal Islam, tapi pilih untuk tidak beriman kerana ego, pangkat dan harta dan sebagainya. Orang yang asalnya Islam tapi meninggalkan agama lagilah menyesal. Seperti mereka yang mula-mula kutip batu, tapi lepaskan. Di akhirat nanti merekalah yang paling menyesal.

Itulah gambaran penyesalan di akhirat. Diceritakan penyesalan mereka dalam Surah As-Sajadah. Ahli Neraka merayu pada Allah, "Wahai Tuhanku, sesungguhnya kami telah lihat dan dengar kedahsyatan akhirat, kembalikanlah kami ke dunia untuk beramal soleh, sesungguhnya kami telah benar-benar yakin."

Wednesday, July 13, 2016

9 HUJAH MEMBERSIHKAN NAMA NABI DAWUD AS

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.
Nota Kelas Tafsir Dhuha (Sad[38:16-20]) di Masjid Ibnu Sina, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 12 Julai 2016. Isu utamanya adalah bagaimana al-Quran membersihkan nama nabi Dawud AS dari tuduhan merampas isteri orang.
“Aku memang jahat atau banyak dosa, tapi jangan berani tuduh aku cuba merampas isteri orang!”
Itu pastinya jawapan yang keluar dari mulut seorang lelaki yang banyak membuat onar dalam masyarakat. Tuduhan merampas isteri orang ternyata sangat besar dan keji. Manusia yang sanggup melakukan perkara itu tidak layak lagi digelar manusia mulia. Oleh itu, sangat tidak logik jika tuduhan atau cerita sebegini cuba disandarkan kepada seorang nabi mulia yang banyak dipuji Allah dalam al-Quran. Bukan setakat itu, Rasulullah SAW juga mengajar kita agar sentiasa mencontohi nabi Dawud AS dalam banyak sisi. Sabda Baginda:
أَحَبُّ الصِّيَامِ إِلَى اللَّهِ صِيَامُ دَاوُدَ كَانَ يَصُومُ يَوْمًا وَيُفْطِرُ يَوْمًا وَأَحَبُّ الصَّلَاةِ إِلَى اللَّهِ صَلَاةُ دَاوُدَ كَانَ يَنَامُ نِصْفَ اللَّيْلِ وَيَقُومُ ثُلُثَهُ وَيَنَامُ سُدُسَهُ
Ertinya: Ibadah puasa yang paling disukai Allah adalah puasa nabi Dawud, baginda berpuasa seharu dan berbuka sehari. Dan solat yang paling disukai Allah juga adalah solat nabi Dawud, baginda tidur ½ malam kemudian bangun bersolat pada 1/3 malam dan tidur kembali pada 1/6 yang berbaki (Sahih al-Bukhari & Muslim).
Bukan setakat kualiti ibadat, kehebatan doa nabi Dawud AS turut dipuji oleh Rasulullah SAW:
كَانَ مِنْ دُعَاءِ دَاوُدَ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِي وَأَهْلِي وَمِنْ الْمَاءِ الْبَارِدِ قَالَ وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا ذَكَرَ دَاوُدَ يُحَدِّثُ عَنْهُ قَالَ كَانَ أَعْبَدَ الْبَشَرِ
Ertinya: Antara doa nabi Dawud adalah: “Ya Allah! Aku mohon cintaMu, cinta orang yang mencintaiMu dan amalan yang boleh menyampaikan aku kepada cintaMu. Ya Allah! Jadikan cintaMu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan dari "AIR YANG SANGAT SEJUK." Abu Darda’ juga menyebut: “Setiap kali menyebut perihal nabi Dawud, Rasulullah SAW akan mengatakan bahawa baginda (nabi Dawud) adalah manusia yang paling kuat beribadat (pada zamannya) (Sunan al-Tirmidhi).
Mengapa nota Tafsir ini begitu tegas mempertahankan nabi Dawud AS? Apa kisahnya? Isu ini meletus ketika kami berbincang tentang sebuah riwayat palsu yang cuba disandarkan kepada Tafsiran surah Sad ayat 21 -25.
Riwayat tersebut menceritakan pada suatu hari nabi Dawud AS terpandang seorang wanita sedang mandi. Wanita itu adalah isteri Uria iaitu seorang panglima perang dalam tentera baginda. Bagi merampas wanita itu, baginda menghantar Uria ke dalam beberapa buah perang dengan harapan Uria akan mati. Setelah Uria hilang dan dianggap mati, nabi Dawud berkahwin dengan isterinya bagi menggenapkan angka isteri baginda kepada 100 orang. Akibat perbuatan ini, Allah menghantar 2 malaikat menyamar dalam rupa manusia dan bertanyakan perihal perebutan kambing yang menjadi sindiran kepada baginda tentang jenayah merampas isteri orang. Setelah sedar dari kesalahannya, nabi Dawud AS lantas sujud bertaubat kepada Allah. Kisah ini disebut dalam sesetengah kitab Tafsir al-Quran.
Akal yang sihat pasti dapat mencium betapa cerita jahat ini adalah palsu dan wajib dikuburkan tanpa nesan. Ketika mengulas kisah karut ini, Imam al-Razi memberikan hujah akli yang sangat tajam, iaitu:
1) Jika kerakusan ini disandarkan kepada seorang manusia yang paling jahat sekalipun, dia akan bermatian menafikannya demi mempertahankan maruahnya. Oleh itu sangat mustahil ia disandarkan kepada seorang nabi.
2) Jika kisah ini diterima sekalipun, kesudahannya akan berakhir kepada 2 perkara yang sangat jahat iaitu (1) cubaan membunuh manusia yang tidak berdosa dan, (2) cubaan merampas isteri orang. (Tafsir al-Razi).
Inilah bahana dan bahaya sesetengah riwayat Isra’iliyyat. Yang cantik jadi huduh, yang mulia dipamerkan hina, yang soleh ditonjolkan jahat. Bagi menghalalkan kisah karut sebegini, sesetengah riwayat Isra’iliyyat direncahkan dengan sedikit pengajaran serta keinsafan pada hujungnya. Ayat popular yang sering dijadikan “logo halal” untuk penyebaran kisah sebegini adalah “TAK MENGAPA! INI UNTUK PENGAJARAN.”
Sebenarnya, ayat dari pangkal kisah baginda dalam surah ini sudah mempunyai hujah kukuh dari Allah untuk membersihkan nama baginda AS. Ayuh mari kita terokai 9 kualiti istimewa baginda yang sudah dinyatakan Allah dalam ayat ini:
اصْبِرْ عَلَى مَا يَقُولُونَ وَاذْكُرْ عَبْدَنَا دَاوُودَ ذَا الْأَيْدِ إِنَّهُ أَوَّابٌ (17) إِنَّا سَخَّرْنَا الْجِبَالَ مَعَهُ يُسَبِّحْنَ بِالْعَشِيِّ وَالْإِشْرَاقِ (18) وَالطَّيْرَ مَحْشُورَةً كُلٌّ لَهُ أَوَّابٌ (19) وَشَدَدْنَا مُلْكَهُ وَآَتَيْنَاهُ الْحِكْمَةَ وَفَصْلَ الْخِطَابِ (20)
Ertinya: Bersabarlah (wahai Muhammad) terhadap apa sahaja yang mereka katakan, dan ingatlah akan (1) hamba Kami Nabi Daud (2- yang juga penyabar), (3) yang mempunyai kekuatan (dalam pegangan ugamanya); sesungguhnya dia (4) sentiasa rujuk kembali (kepada Kami dengan mematuhi perintah Kami). Sesungguhnya Kami telah mudahkan (5) gunung-ganang turut bertasbih memuji Kami bersamanya; pada waktu petang dan ketika terbit matahari. Dan (Kami mudahkan juga) (6) unggas turut berhimpun (untuk bertasbih memuji Kami bersamanya); setiap satunya mengulangi tasbih masing-masing menurutnya. Dan Kami (7) kuatkan kerajaannya, serta Kami kurniakan kepadanya (8) hikmah kebijaksanaan dan (9) kepetahan berbicara serta kemampuan memberi keputusan yang adil lagi tepat (dalam menjalankan hukum dan menjatuhkan hukuman) (Sad [38:17-20]).
9 kualiti nabi Dawud AS adalah:
1) Sangat penyabar dalam melaksanakan segala arahan serta meninggalkan segala larangan Allah. Pangkal ayat di atas mengarahkan Rasulullah agar bersabar dalam dakwah seperti nabi Dawud. Mana mungkin Rasulullah SAW sebagai Rasul terbaik diarahkan Allah mencontohi sifat sabar Dawud jika nabi Dawud sendiri tidak mampu sabar menahan diri dari merampas isteri orang?
2) Digelar sebagai “HAMBA KAMI.” Perlu difahami, apabila Allah memanggil seseorang dalam al-Quran sebagai “HAMBA” ia menunjukkan ketinggian darjat manusia tersebut yang sanggup mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah. Panggilan ini dimanjakan Allah kepada ramai manusia pilihan seperti Rasulullah SAW (al-Isra’[17:1]), Khidir (al-Kahfi [18:65]), nabi Isa AS (Maryam[19:30]), dan para malaikat (al-Zukhruf [43:19]). Mana mungkin manusia yang mendapat gelaran paling mulia sebegini boleh terfikir melakukan sesuatu jenayah yang bakal menimbulkan kemurkaan Allah.
3) Mempunyai kekuatan melaksanakan segala perintah agama. Hanya manusia yang benar-benar soleh sanggup melaksanakan urusan dan arahan agama.
4) Sentiasa kembali atau merujuk kepada arahan Allah dalam segala tindakan. Pastinya baginda sangat patuh kepada Allah yang melarang perbuatan zalim seperti cubaan merampas isteri orang.
5) & 6) Dikurniakan mukjizat kebersamaan gunung serta burung yang turut bertasbih bersama baginda. Ini adalah suatu mukjizat yang sangat hebat dan bukan semua manusia mendapat kemuliaan mukjizat sebegini, lalu sangat mustahil kelebihan ini diberikan kepada seorang manusia jahat perampas isteri orang.
7) Pengukuhan kerajaan baginda sebagai alat bantu menegakkan syariat Allah. Mana mungkin seorang nabi yang dianugerahi kuasa menegakkan syariat Allah menjadi orang pertama merosakkan syariat tersebut.
8) Kurniaan hikmah. Perkataan hikmah mempunyai banyak maksud antaranya pangkat kenabian, pengetahuan mendalam tentang rahsia agama dan kebijaksaan dalam sebarang tindakan. Hikmah tertinggi yang Allah anugerahkan kepada seorang manusia adalah pangkat kenabian. Pangkat ini pastinya dianugerahi kepada manusia yang paling soleh dan bukannya perampas isteri orang.
9) Kepetahan bicara serta kemampuan memberi keputusan yang adil lagi tepat dalam sebarang kes yang dirujuk kepada baginda. Sebagai hakim, baginda sangat adil dan jauh dari sifat zalim, lalu mana mungkin insan hebat lagi adil seperti baginda boleh berlaku zalim merancang plot membunuh seorang manusia tak bersalah demi merampas isterinya.
Pesan saya, jagalah lidah dan tanggapan kita terhadap para nabi dan Rasul. Mereka adalah manusia pilihan Allah. Usahlah sedap bercerita sehingga merosakkan nama serta kredibiliti para nabi. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua.

Monday, July 11, 2016

BAYAN HIDAYAH JIHAD NABI SAW

Dari Abdurrahman bin A'id ra, dia berkata adalah Nabi SAW apabila hendak mengirim rombongan jihad, maka beliau memberi nasehat, bersikap lemah lembut dan sayanglah kepada org-org, jgn menyerang mereka sebelum kalian BERDAKWAH kpd mereka dan jgn lah menghancurkan rumah-rumah mereka, jgn biarkan satu org penghuni rumah pun yg ada di kota-kota maupun di desa-desa, kecuali kalian membawa mereka kehadapanku dlm keadaan muslim, karena yg demikian itu lebih aku sukai dari pada kalian datang padaku dgn membawa isteri-isteri dan anak-anak mereka setelah kalian membunuh suami-suami mereka. (HR. Ibnu mandah dan Ibnu Asakir dlm kitab kanz).
Dari Buraidah ra, dia menceritakan, adalah Nabi SAW apabila mengirim rombongan jihad, maka Beliau SAW memberi nasehat kepada amir rombongan mereka supaya menjaga ketakwaan dirinya kpd Allah SWT dan berlaku baik kpd org- org islam yg di bawah pimpinanya.
Beliau juga berpesan kpd amir romongan, apabila engkau bertemu dgn musuhmu org-org musyrik, maka ajaklah mereka kpd salah satu dari tiga perkara, jika mereka menerima salah satu dari tiga pilihan yg engkau ajukan, maka terimalah pilihan mereka dan tahanlah serangan kepada mereka.
1. Ajaklah mereka utk memeluk islam, jika mereka menerima, maka terimalah keislaman mereka dan jgn lah menyerang mereka.
2. Ajaklah mereka utk meninggalkan kampung halaman mereka dan tinggal di perkampungan kaum muhajirin, lalu beritahu kepada mereka bahwa apabila mereka melakukan yg demikian, maka mereka memperoleh perlakuan yg sama dan hak yg sama dgn kewajiban kaum muhajirin. Tetapi apabila mereka menolak dan lebih suka tinggal ditempat mereka sendiri, maka katakan kpd mereka bahwa mereka akan diperlakukan seperti org-org islam badwi, dan berlakulah keatas mereka hukum Allah seperti yg berlaku atas org-org mukmin umumnya, yakni mereka tdk akan mendapat bagian dari harta rampasan perang, kecuali jika mereka ikut berjihad bersama kaum muslimin.
3. Jika mereka tdk mau menerima tawaran yg kedua, maka perintahkanlah kpd mereka supaya membayar jizyah, jika mereka bersedia, maka terimalah dan jgn lah engkau menyerang mereka. Tetapi jika meraka menolak, maka mintalah bantuan kpd Allah dan perangilah mereka.
Apabila engkau telah mengepung mereka dlm sebuah benteng, lalu mereka memintamu utk memberlakukan hukum Allah atas mereka, maka jgn engkau penuhi permintaan tsb, karena kalian tdk mengetahui hukum apa yg akan ditetapkan Allah atas mereka. Akan tetapi berlakukanlah kepada mereka hukum kebijaksaan kalian, kemudian putuskanlah perkara mereka setelah itu menurut kebijaksanaan yg kalian kehendaki. (HR. Abu Daud).
Hari ini kita fikirnya adalah menghadapi ummat yang tidak beriman ini sebagai musuh Allah. Sehingga timbul dalam diri kita keinginan untuk memerangi atau membunuh mereka semua. Padahal untuk menjadikan seseorang itu sebagai musuh agama, kita berkewajiban untuk mendakwahi mereka dulu.
Kalau mereka yang didakwahi tidak mau turut dengan perintah Allah, itupun boleh kita perangi setelah mereka menghalangi agama Allah dan membuat makar atas ummat islam. Dan kalaupun berperang, itupun harus dengan adab-adab perang yang dicontohkan oleh Nabi SAW.
Di dalam perjalanan hidup Nabi SAW tidak pernah Nabi SAW ini membenci seseorang kecuali daripadakekafirannya atau keyakinannya atau cara hidupnya,inilah yang Nabi SAW benci bukan individunya.
Tdk ada Nabi yg diutus oleh Allah SWT utk langsung membunuh org kafir dan membunuh para ahli maksiat, melainkan seluruh Nabi membuat USAHA DAKWAH dgn lemah lembut, hikmah dan kasih sayang terlebih dahulu.
Bersedia semua buat dakwah dgn lemah lembut, hikmah dan kasih sayang. Insya Allah........

Sunday, July 10, 2016

Hujah imam hanafi dgn addahri dr Kitab Darus Samin

Soalan Pertama
Atheis: “Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”
Pemuda tersebut tersenyum lalu menjawab: “Allah Taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak.”

Soalan Kedua
Atheis: “Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”
Pemuda itu seraya menjawab: “Allah Taala itu wujud sebelum adanya zaman, sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya, mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya.”

Soalan Ketiga
Atheis: “Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?”
Pemuda itu menjawab: “Kamu pandai mengira?”
Kelompok Atheis itu menjawab: “Tentu sekali kami pandai mengira.”
Pemuda itu meneruskan ucapannya: “Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor empat (4)?”
Atheis: “Nombor 3″
Pemuda: “Nombor sebelum 3?”
Atheis: “Nombor 2″
Pemuda: “Nombor sebelum 2?”
Atheis: “Nombor 1″
Pemuda: “Nombor sebelum 1?”
Atheis: “Tiada”
Pemuda itu tersenyum lalu memberikan penerangan: “Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada nombor itu sendiri?”
Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada pemuda itu. Ternyata mereka silap perkiraan bila mana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.

Soalan Keempat
Atheis: “Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”
Pemuda itu menjawab: “Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”
Kelompok Atheis menjawab: “Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah.”
Pemuda itu berkata: “Jika cahaya yang diciptakanNya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik Cahaya langit dan bumi ini sendiri?”
Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada pemuda itu bersorak kegembiraan. Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.

Soalan Kelima
Atheis: “Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?”
Pemuda itu sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh pemuda itu.
Pemuda itu menjawab: “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”
Atheis menjawab: “Tentu sekali.”
Pemuda itu meneruskan: “Bila mana orang sakit tadi mati, bolehkah kamu bercakap dengannya?”
Atheis menjawab: “Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”
Pemuda itu meneruskan: “Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya, namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”
Kelompok Atheis tertawa lalu memberikan jawapan: “Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana rohnya telah terpisah daripada jasadnya.”
Pemuda itu tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: “Baik, kamu mengatakan bahawa rohnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang,bagaimanakah bentuk roh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”
Tertunduk kesemua Atheis tersebut bila mana mendengar persoalan pemuda bijak tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali
tertimpa ke atas mereka.
Kelompok Atheis menjawab dengan keadaan penuh malu: “Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya.”
Pemuda itu lalu meneruskan bicaranya: “Jika makhluknya seperti roh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku, bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Roh serta sekalian alam ini?”

Soalan Keenam
Atheis: “Di manakah Tuhan kamu duduk sekarang?”
Pemuda itu kembali bertanyakan soalan kepada mereka: “Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?”
Kelompok Atheis menjawab: “Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”
Pemuda itu seraya berkata: “Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya, masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini.”

Soalan Ketujuh
Atheis: “Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya (iaitu selepas dihisab oleh Allah Taala di padang Mahsyar) namun bila mana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya (maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)?”
Pemuda itu tersenyum lagi lalu menjawab: “Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”
Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya. Pemuda itu tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan.
Kemudian beliau menyambung bicaranya: “Nah, kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu.”

Soalan Kelapan
Atheis: “Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal.”
Pemuda itu tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab: “Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”
Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini.

Soalan Kesembilan
Ia soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok Atheis tersebut kepada pemuda itu bila mana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan: “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”
Maka pemuda itu menjawab dengan tenang: “Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah. Jawapan hanya boleh diberikan bila mana aku berada di atas mengambil alih tempatmu.”
Kelompok Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan pemuda tersebut, lalu mereka bertukar tempat.
Pemuda itu naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.
Bila mana pemuda itu sudah berada di atas, terus beliau menjawab: “Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan pemuda itu ke atas) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan kelompok Atheis tersebut ke bawah).”
Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh pemuda itu dengan penuh hikmah.

Walau sudah hampir ribuan tahun pemuda itu meninggalkan kita, namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita.

Al-Fatihah buat al-Imam al
-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit r.a (Imam Hanafi) serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah
wafat.

SEBARKAN UNTUK MANFAAT UMAT.
ini hujah imam hanafi dgn addahri..ada dlm kitab darus samin.

ASAL USUL ILMU HAKIKAT

DARI MANA DATANGNYA ILMU HAKIKAT INI ?
Orang orang ARIFBILLAH sejak zaman berzaman telahpun memohon Petunjuk & Bimbingan Allah. Para sahabat sudah tentu telah diajar oleh Nabi SAW mengenai perkara perkara yang khusus ini. Ianya RAHSIA YANG HALUS . Maka yang mengetahuinya tidaklah ramai kerana ianya ILMU KHUSUS. Jika semua orang tahu maka hilanglah kekhususannya.
Dan yang Maha Memberi Petunjuk ialah Allah. ILMU MENGENAL DIRI yang sampai kepada kita ini ialah dari Allah kepada Rasul , dari Rasul kepada Sahabat dan para sahabat menyampaikanya kepada Arifbillah dan turun temurunlah ilmu itu hingga sampai kepada kita dengan Pemeliharaan Allah jua.
Oleh kerana bidangnya ILMU GHAIB , maka otak kita yang terhad kemampuannya , adakalanya tidak mampu mencapainya, sedangkan otak biasanya berfungsi berlandaskan LOGIK. Oleh itu dalam perkara ini peranan otak adalah terhad dan terbatas.
Wajiblah kita yakin dan percaya sekiranya otak menolah sedangkan ada NAS yang menyokongnya. Itulah yang dikatakan IMAN sebab RUKUN IMAN 6 PERKARA itu ialah percaya kepada perkara perkara yang ghaib belaka.
ANTARA ULAMAK UTAMA ILMU HAKIKAT
Antara insan insan yang mendapat PETUNJUK ALLAH didalam hal ini ialah nama nama yang saudara barangkali sudah biasa dengar saperti Qutubul Aulia Syeikh Abd Qadir jailani, Imam Al-Ghazali, Ibnu Arabi, Hamzah Fansuri, Abdus Samad Palimbani, Syeikh Daud Patani, Tok Kenali dan ramai lagi.
Merekalah guru kita yang zahir. Semestinyalah GURU HAKIKI kita ialah Allah. Dalam mencari Ilmu apatah lagi Ilmu Ketuhanan , maka elok sangatlah kita selalu bertanya kepada GURU HAKIKI kita yakni Allah SWT.
Itualah yang sebenarnya berlaku ketika jari jari fakir digerakkan untuk menaip rencana ini tanpa ....fakir hanya menaip saperti yang digerakkan olehNya.
KONSEP UTAMA ILMU HAKIKAT
TAJALLI / PENAMPILAN ALLAH
IBNU ARABI mahupun HAMZAH FANSURI dan juga SYEIKH ABD QADIR JAILANI berpendapat bahawa manusia yang dirujuk sebagai INSAN itu ialah PENAMPILAN DIRI ALLAH YANG AMAT SEMPURNA
ISTILAH yang mereka gunakan bagi menjelaskan penampilan itu ialah TAJALLI.
Yang demikian Tajalli ialah PENAMPILAN DIRI ALLAH.
Sabenarnya menurut mereka, yang disebut sebagai ALAM SEMESTA ini, tidak lain dan tidak bukan melainkan semuanya adalah bentuk bentuk Pentajallian Allah belaka bermula dari yang maha kecil hinngalah kepada yang maha besar.
Namun begitu menurut kenyataan Allah didalam Al-Quran, PENTAJALLIAN ALLAH pada MANUSIA –lah yang sengaja lebih disempurnakan oleh Allah. Maksudnya ialah MANUSIA-lah BENTUK PENTAJALLIAN ALLAH YANG AMAT SEMPURNA LAGI KUKUH.
MERTABAT TUJUH
Bermula dari konsep Tajalli ini, mereka seterusnya menghuraikan PROSES PENTAJALLIAN itu melalui TUJUH MERTABAT atau manusia itu dijadikan/ diciptakan Allah sebagai bentuk Pentajalliannya yang kukuh lagi sempurna itu melalui 7 Alam Pentajallian.
Ini dikatakan sebagai TUJUH ALAM KEDATANGAN. Kembali pun melalui tujuh alam juga. Seaparuh ulamak menyebutnya sebagai 7 Alam Nafsu.
PELBAGAI ISTILAH GIGUNAKAN
Jangan Keliru Dengan Istilah Istilah Yang Banyak Itu.
Sudah tentulah banyak istilah dan nama nama digunakan dalam penjelasan mereka yang terperinci. Janganlah risau mengenainya. Yakinlah bahawa pokok pangkalnya adalah sama jua yaitu MANUSIA itu ialah PENAMPILAN WUJUD ALLAH didunia dan di Alam Maya ini, dalam BENTUK YANG AMAT SEMPURNA dan KUKUH.
Atau manusia itu adalah PENAMPAKAN ALLAH mengikut fahaman LIHAT SATU PADA YANG BANYAK dan LIHAT YANG BANYAK PADA YANG SATU.
Yang Satu itulah banyak dan Yang Banyak itulah satu.

Ayat yang Membuat Nabi Menangis

Ayat yang Membuat Nabi Menangis
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menangis dan mengatakan pada Ibnu Mas’ud ‘cukup, cukup’ saat membaca ayat berikut ini.
Dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, ia berkata,

قَالَ لِى النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – « اقْرَأْ عَلَىَّ » .قُلْتُ آقْرَأُ عَلَيْكَ وَعَلَيْكَ أُنْزِلَ قَالَ « فَإِنِّى أُحِبُّ أَنْ أَسْمَعَهُ مِنْ غَيْرِى » . فَقَرَأْتُ عَلَيْهِ سُورَةَ النِّسَاءِ حَتَّى بَلَغْتُ
( فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَى هَؤُلاَءِ شَهِيدًا )
قَالَ « أَمْسِكْ » . فَإِذَا عَيْنَاهُ تَذْرِفَانِ
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepadaku,
“Bacalah Al Qur’an untukku.”
Maka aku menjawab, “Wahai Rasulullah, bagaimana aku membacakan Al Qur’an untukmu, bukankah Al Qur’an diturunkan kepadamu?”
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Aku suka mendengarnya dari selainku.”
Lalu aku membacakan untuknya surat An Nisaa’ hingga sampai pada ayat (yang artinya), “Maka bagaimanakah (halnya orang kafir nanti), apabila Kami mendatangkan seseorang saksi (rasul) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu)” (QS. An Nisa’: 41).
Beliau berkata, “Cukup.”
Maka aku menoleh kepada beliau, ternyata kedua mata beliau dalam keadaan bercucur air mata.” (HR. Bukhari no. 4582 dan Muslim no. 800).
Beberapa faedah dari hadits di atas:
1- Disunnahkan mendengarkan Al Qur’an dari yang lain dan bolehnya meminta yang lain untuk membacakannya.
2- Orang yang mendengarkan bacaan Al Qur’an terkadang lebih merenungkan daripada yang membaca. Artinya, orang yang mendengarkan terkadang lebih mendapatkan manfaat daripada yang membaca. Oleh karenanya ada yang menyatakan,
القَارِيْءُ حَالِبٌ وَالمسْتَمِعُ شَارِبٌ
“Orang yang membaca Al Qur’an adalah pemerah, sedangkan yang mendengarkan adalah yang meminumnya.” Maksudnya, orang yang mendengarkan kadang lebih banyak raih manfaat.
3- Bolehnya meminta kepada orang lain untuk membacakan Al Qur’an walaupun orang yang membacakan lebih rendah keilmuannya. Karena ada sebagian orang yang diberikan suara yang bagus dalam membaca Al Qur’an, namun ia memiliki sedikit ilmu.
4- Hadits ini menunjukkan berkahnya Al Qur’an karena dapat bermanfaat bagi yang membaca dan yang mendengarkan.
5- Hadits ini menunjukkan keutamaan sahabat ‘Abdullah bin Mas’ud karena beliau dicintai oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan ayat yang ia baca. Hal ini menunjukkan pula Ibnu Mas’ud sangat semangat mengkaji Al Qur’an, menghafalkannya dan mutqin (hafalan yang kokoh) dengannya.
6– Boleh menyuruh orang lain berhenti di ayat tertentu dan mengatakan ‘cukup, cukup’.
7- Hadits ini menunjukkan bahwa Al Qur’an hendaknya di-tadabburi (direnungkan maknanya) sehingga punya pengaruh di hati seperti yang ada pada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.
8- Hadits ini menunjukkan keutamaan orang yang takut pada Allah kala mendengar ayat Al Qur’an lalu ia meneteskan air mata. Namun menangisnya tidak dengan memekikkan atau mengeraskan suara.
Demikianlah keadaan para ulama. Sebagaiman kata Imam Al Qurthubi dalam kitab tafsirnya,
وَهَذِهِ أَحْوَالُ العُلَمَاءِ يَبْكُوْنَ وَلاَ يَصْعَقُوْنَ، وَيَسْأَلُوْنَ وَلاَ يُصِيْحُوْنَ، وَيَتَحَازَنُوْنَ وَلاَ يَتَمَوَتُوْنَ
“Inilah keadaan para ulama. Mereka menangis namun tidak memekikkan suaranya. Mereka meminta namun tidak berteriak. Mereka juga bisa sedih namun tidak memperlihatkan kesedihannya.”
Takut pada Allah dan menangis saat membaca Al Qur’an adalah sifat terpuji sebagaimana pula disebut dalam ayat-ayat berikut,
اللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُتَشَابِهًا مَثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ
“Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al Quran yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gemetar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah.” (QS. Az Zumar: 23)
Juga ayat,
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آَيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.” (QS. Al Anfaal: 2).
نَسْأَلُ اللهَ أَنْ يَجْعَلَنِي وَإِيَّاكُمْ مِنْ أَهْلِ القُرْآنِ الَّذِيْنَ يَعْمَلُوْنَ بِهِ ظَاهِرًا وَبَاطِنًا يَمُوْتُوْنَ عَلَيْهِ وَيُحْيُوْنَ عَلَيْهِ
“Kami berdo’a pada Allah supaya menjadikanku dan kalian sebagai ahli Qur’an yang mengamalkannya secara lahir dan batin, mati sebagai ahlinya dan dibangkitkan (dihidupkan) sebagai ahlinya.”

Astaghfirullah!! Selama ini Kita Di Bodohi, Ternyata Istilah Zombie Adalah Nama Pahlawan Islam

Apa yang terlintas dalam pikiran teman-teman jika disebutkan “Zombie”? Jika yang muncul adalah sosok mayat hidup yang berlumuran darah dan mengejar manusia untuk digigit dan dijadikan mayat hidup berikutnya, berarti ghazwul fikri yang dilancarkan Barat telah berhasil 100%.
Barat melahirkan istilah “zombie” untuk menggambarkan mayat hidup yang tidak memiliki pikiran dan bernafsu memangsa manusia normal. Melalui serangkaian cara mulai dari novel, film hingga game, zombie digambarkan sebagai makhluk jahat yang harus dilawan. Ia mayat hidup yang tidak memiliki kebaikan sama sekali.
.
Namun, ternyata istilah "Zombie" adalah nama seseorang komandan Islam yang gagah serta pemberani, yang telah berjasa menghidupkan kejayaan agama Islam di Brazil. Bahkan secara bertahap ia dan para ulama setempat berhasil mendirikan Daulah Islamiyah di Brazil.
.
Awal kisah Sang Pahlawan Zombie dimulai Ketika posisi Islam di Brazil menguat, Pasukan Salibis menghabisi mereka. Pasukan Salibis berusaha menghancurkan Islam hingga ke akar-akarnya. Dan mereka menganggap program mereka berhasil. Islam telah dilumatkan.
.
Di saat seperti itu, pada tahun 1643, tiba-tiba muncul seorang pahlawan Islam. Dengan gagah berani ia mendeklarasikan berdirinya Negara Islam di Brazil setelah sebelumnya bergerak mendakwahkan Islam ke berbagai penjuru Brazil dan mengajak para tokoh dan pimpinan di wilayah itu untuk masuk Islam. Nama pahlawan itu adalah Zumbi Dos Palmares, atau dikenal dengan Zombi.
.
Salibis yang mengira Islam di Brazil telah mati tersentak. Rupanya Islam belum mati. Zombie telah menghidupkan Islam kembali di bumi Brazil. Dan karenanya, pasukan Salibis pun segera menjadikan Zombie sebagai target. Dan rupanya, Zombie tidak hanya dimusuhi di waktu itu. Namanya pun dihancurkan di abad modern ini.

Wallahu a'lam bishawab

 Sumber : Tarbiyah.net