DARI MANA DATANGNYA ILMU HAKIKAT INI ?
Orang orang ARIFBILLAH
sejak zaman berzaman telahpun memohon Petunjuk & Bimbingan Allah.
Para sahabat sudah tentu telah diajar oleh Nabi SAW mengenai perkara
perkara yang khusus ini. Ianya RAHSIA YANG HALUS . Maka yang
mengetahuinya tidaklah ramai kerana ianya ILMU KHUSUS. Jika semua orang
tahu maka hilanglah kekhususannya.
Dan yang Maha Memberi
Petunjuk ialah Allah. ILMU MENGENAL DIRI yang sampai kepada kita ini
ialah dari Allah kepada Rasul , dari Rasul kepada Sahabat dan para
sahabat menyampaikanya kepada Arifbillah dan turun temurunlah ilmu itu
hingga sampai kepada kita dengan Pemeliharaan Allah jua.
Oleh
kerana bidangnya ILMU GHAIB , maka otak kita yang terhad kemampuannya ,
adakalanya tidak mampu mencapainya, sedangkan otak biasanya berfungsi
berlandaskan LOGIK. Oleh itu dalam perkara ini peranan otak adalah
terhad dan terbatas.
Wajiblah kita yakin dan percaya sekiranya
otak menolah sedangkan ada NAS yang menyokongnya. Itulah yang dikatakan
IMAN sebab RUKUN IMAN 6 PERKARA itu ialah percaya kepada perkara perkara
yang ghaib belaka.
ANTARA ULAMAK UTAMA ILMU HAKIKAT
Antara insan insan yang mendapat PETUNJUK ALLAH didalam hal ini ialah
nama nama yang saudara barangkali sudah biasa dengar saperti Qutubul
Aulia Syeikh Abd Qadir jailani, Imam Al-Ghazali, Ibnu Arabi, Hamzah
Fansuri, Abdus Samad Palimbani, Syeikh Daud Patani, Tok Kenali dan ramai
lagi.
Merekalah guru kita yang zahir. Semestinyalah GURU HAKIKI
kita ialah Allah. Dalam mencari Ilmu apatah lagi Ilmu Ketuhanan , maka
elok sangatlah kita selalu bertanya kepada GURU HAKIKI kita yakni Allah
SWT.
Itualah yang sebenarnya berlaku ketika jari jari fakir
digerakkan untuk menaip rencana ini tanpa ....fakir hanya menaip saperti
yang digerakkan olehNya.
KONSEP UTAMA ILMU HAKIKAT
TAJALLI / PENAMPILAN ALLAH
IBNU ARABI mahupun HAMZAH FANSURI dan juga SYEIKH ABD QADIR JAILANI
berpendapat bahawa manusia yang dirujuk sebagai INSAN itu ialah
PENAMPILAN DIRI ALLAH YANG AMAT SEMPURNA
ISTILAH yang mereka gunakan bagi menjelaskan penampilan itu ialah TAJALLI.
Yang demikian Tajalli ialah PENAMPILAN DIRI ALLAH.
Sabenarnya menurut mereka, yang disebut sebagai ALAM SEMESTA ini, tidak
lain dan tidak bukan melainkan semuanya adalah bentuk bentuk
Pentajallian Allah belaka bermula dari yang maha kecil hinngalah kepada
yang maha besar.
Namun begitu menurut kenyataan Allah didalam
Al-Quran, PENTAJALLIAN ALLAH pada MANUSIA –lah yang sengaja lebih
disempurnakan oleh Allah. Maksudnya ialah MANUSIA-lah BENTUK
PENTAJALLIAN ALLAH YANG AMAT SEMPURNA LAGI KUKUH.
MERTABAT TUJUH
Bermula dari konsep Tajalli ini, mereka seterusnya menghuraikan PROSES
PENTAJALLIAN itu melalui TUJUH MERTABAT atau manusia itu dijadikan/
diciptakan Allah sebagai bentuk Pentajalliannya yang kukuh lagi sempurna
itu melalui 7 Alam Pentajallian.
Ini dikatakan sebagai TUJUH
ALAM KEDATANGAN. Kembali pun melalui tujuh alam juga. Seaparuh ulamak
menyebutnya sebagai 7 Alam Nafsu.
PELBAGAI ISTILAH GIGUNAKAN
Jangan Keliru Dengan Istilah Istilah Yang Banyak Itu.
Sudah tentulah banyak istilah dan nama nama digunakan dalam penjelasan
mereka yang terperinci. Janganlah risau mengenainya. Yakinlah bahawa
pokok pangkalnya adalah sama jua yaitu MANUSIA itu ialah PENAMPILAN
WUJUD ALLAH didunia dan di Alam Maya ini, dalam BENTUK YANG AMAT
SEMPURNA dan KUKUH.
Atau manusia itu adalah PENAMPAKAN ALLAH mengikut fahaman LIHAT SATU PADA YANG BANYAK dan LIHAT YANG BANYAK PADA YANG SATU.
Yang Satu itulah banyak dan Yang Banyak itulah satu.
No comments:
Post a Comment