Pagi ini salah satu berita utama ialah kes seorang peguam syarie
mempunyai masalah rumahtangga dengan isterinya. Beliau telah memfailkan
Tuntutan kembali taat.
Semasa prosiding, seperti yang dilaporkan oleh wartawan:
"Bukan sahaja baju dan seluar plaintif tidak diuruskan defendan, malah pakaian anak- anak dibiarkan berlonggok tanpa dilipat.
"Defendan juga tidak mencuci pinggan mangkuk yang telah digunakan dan dibiarkan di dalam sinki," katanya.
Isu-isu seperti ini ditimbulkan. Sebenarnya sepanjang menjadi pengamal
undang-undang, saya nampak banyak lagi alasan-alasan yang tidak
munasabah, isu kecil dibesarkan yang dikemukakan oleh pihak suami atau
isteri.
Dalam kes ini, Isteri beliau juga bekerja. Maknanya
turut menyumbang kepada pendapatan keluarga. Isteri yang bekerja sudah
tentu penat. Balik dari pejabat, di rumah kena lagi bekerja iaitu
membasuh baju, mengosok baju, memasak, membasuh pinggan, menjaga anak
dan menjaga suami yang memerlukan perhatian lebih dari anak.
Jadi bilakah masa isteri yang bekerja boleh rehat? Adakah membasuh baju
mengosok baju memasak membasuh pinggan, vacuum rumah, menyapu, menukar
lampin bayi, memandikan bayi dll hanya tugas seorang isteri? Dimanakah
suami? Bekerja? Tapi isteri juga turut bekerja.
Perkahwinan
adalah satu perkongsian untuk memperoleh Sakinah iaitu ketenangan,
mawaddah iaitu kasih sayang dan warrahmah iaitu mesti ada belas ihsan.
Jadi dalam perkahwinan harus ada persefahaman antara suami isteri
terutama kepada isteri yang bekerja dan tidak mempunyai pembantu di
rumah. Suami lah harus bantu isteri di rumah.
Kebanyakan
masyarakat merasakan kerja rumah adalah tugas isteri. Rasulullah SAW
juga kerap membantu isteri-isteri baginda didapur, pernah menjahit
sendiri pakaian baginda yang koyak. Inilah contoh terbaik.
Jika
isteri memasak, suami boleh membantu membasuh pinggan kotor. Jika isteri
membasuh baju, suami boleh membantu mengosok baju. Jika isteri penat
berjaga malam menjaga anak, suami boleh bangun pagi, siapkan anak-anak
dan buat breakfast. Inilah konsep saling bantu membantu yang suami
isteri perlu faham dan hadam.
Tiada salahnya suami membantu
meringankan kerja rumah, seperti mana isteri yang bekerja meringankan
tanggungjawab suami mencari nafkah untuk keluarga. Malah itu bukan
sahaja dapat membantu isteri, malah akan dapat mengeratkan hubungan
suami isteri. Isteri pun ada masa untuk mencantikkan diri untuk suami.
Kalau sibuk kerja di pejabat, sibuk di rumah, bila masa nak cantik jadi
supermodel? Lepas tu guna alasan isteri dah tak macam dulu, tak cantik
dan mula pasang niat nak cari yang lain. Kalau kahwin lagi satu pun sama
je. Tak bantu isteri kedua, nanti isteri kedua pun jadi macam isteri
pertama. Isu nya ialah bukan cari lain, bantu isteri dalam kerja rumah,
confirm 24-7 isteri cantik sentiasa untuk suami.
Masalah
rumahtangga melanda semua orang tidak kira miskin kaya tua muda, doktor,
kerani, pilot, guru dll. Peguam pun ada mempunyai masalah. Ini adalah
salah satu dugaan dan ujian. Sebab itu dalam perkahwinan kena sentiasa
bertolak ansur. Tapi jangan sampai menindas pasangan kita dari segi
emosi dan fizikal.
Punca utama perceraian bukan kerana orang
ketiga, punca adalah sebab di atas iaitu tiada konsep bertolak ansur dan
saling bantu-membantu. Dari situ baru muncul pihak ketiga.
No comments:
Post a Comment