Monday, May 16, 2016
Lebih 50 maut disambar petir
DHAKA - BANGLADESH. Lebih 50 maut di seluruh Bangladesh akibat dipanah petir dalam tempoh dua hari lalu, kata polis
Memetik laporan BBC, kebanyakan mangsa yang meninggal dunia adalah petani yang sedang bekerja di sawah padi
Mangsa lain termasuk dua orang pelajar di Dhaka yang maut dipanah petir ketika bermain bola sepak manakala seorang remaja lelaki meninggal dunia ketika memetik buah mangga
Pakar berkata, peningkatan suhu dan penerokaan hutan berkemungkinan menjadi faktor
Kira-kira 90 terbunuh akibat dipanah petir sejak Mac berbanding 51 mangsa pada tahun 2015, lapor Voice of America
Ketua Pengurusan Bencana Bangladesh, Mohammad Riaz Ahmed memberitahu, peningkatan jumlah kematian akibat dipanah petir amat membimbangkan
"Ribut petir diramalkan berpanjangan hingga akhir bulan ini," katanya
Ribut tropika kerap melanda Bangladesh menjelang dan semasa musim tengkujuh yang berlangsung sehingga Jun hingga September
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment