Setelah adanya penggabungan / pemisahan dan juga penukaran nama , banyak
negara yang ada di antaranya sangat dikenali umum, telah hilang atau
lenyap dari peta dunia . Senarai yang di sertakan ni bukanlah yang
lengkap dan muktamad tapi masih lagi tepat sebagai rujukan tentang
negara yang telah tiada .
Negara – Negara Yang Telah Lenyap Dari Muka Bumi
» Abyssinia : Nama lama bagi Ethiopia sehingga awal abad ke 20
» Austria – Hungary : Sebuah kerajaan monarki ( juga dikenali
sebagai Empayar Austro-Hungarian ), yang ditubuhkan pada tahun 1867 yang
merangkumi kawasan ( pada hari ini )Austria, Hungary, Poland,
sebahagian Czech Republic, Itali, Romania dan beberapa negaraBalkan .
Empayar ini telah runtuh pada hujung Perang Dunia Yang Pertama .
» Basutoland – Bertukar menjadi Lesotho pada tahun 1966
» Bengal – Sebuah kerajaan yang merdeka dari tahun 1338 sehingga
1539 . Sekarang ini merupakan sebahagian dari negara Bangladesh dan
India .
» Burma – Nama nya telah ditukar secara rasmi kepada Myanmar pada
tahun 1989 namun banyak negara/individu yang tidak menyedari perubahan
ini dan masih mengenalinya sebagai Burma .
» Catalonia – Sebelumnya adalah sebuah negara autonomi di
Sepanyol . Pernah mendapatkan kemerdekaan dari 1932 – 1939 sebelum
kembali menjadi daerah di negara tersebut .
» Ceylon – Menukar nama menjadi Sri Lanka pada tahun 1972
» Champa – Terletak di bahagian tengah dan selatan Vietnam hari
ini . Merupakan sebuah kerajaan dari abad ke 7 sehingga ia runtuh pada
1832.
» Corsica – Pulau Mediterranean ini pernah diperintah oleh
beberapa kuasa besar dan juga pernah beberapa kali mendapatkan
kemerdekaannya . Pada hari ini , ia termasuk dalam negara Perancis .
» Czechoslovakia – Berpecah secara aman pada tahun 1993 menjadi negara Slovakia danCzech Republic.
» Jerman Timur & Jerman Barat – Bergabung pada tahun 1989 dan membentuk Kesatuan Jerman .
» Pakistan Timur – Memisahkan diri dari Pakistan pada tahun 1972 dan membentukBangladesh.
» Gran Colombia – Sebuah negara di Amerika Selatan dari 1819
sehingga 1930 yang pada hari ini membentuk Colombia, Panama, Venezuela
dan Equador . Negara Gran Colombia berpecah apabila Venezuela dan
Equador memutuskan untuk keluar dari penyatuan.
» Hawaii - Walaupun mempunyai kerajaan selama beratus ratus
tahun, Hawaii tidak pernah diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka
sehingga 1840. Setelah merasai kemerdekaan selama 58 tahun, akhirnya
Hawaii menyertai United States Of America pada 1898.
» New Granada – Merupakan sebahagian dari Gran Colombia dari
1819-1830, negara ini mendapatkan kemerdekaan pada tahun1830 sehingga
1858. Kemudian negara ini dikenali sebagai nama Grenadine Confederation
(1858), United States Of New Granada (1861), United States Of Colombia
(1863) dan akhirnya Republic Of Colombia (1886-sehingga sekarang)
» Yaman Utara & Yaman Selatan – Yaman berpecah pada tahun
1967 dan membentuk 2 negara iaitu Yaman Utara ( Dikenali Sebagai
Republik Arab Yaman ) dan Yaman Selatan ( Dikenali sebagai Republik
Demokratik Rakyat Yaman ) sebelum kembali bersatu pada 1990 dan kembali
menjadi Yaman.
» Empayar Uthmaniyyah – Juga dikenali sebagai Empayar Turki,
bermula dari tahun 1300 merangkumi kawasan selatan Russia, Turki,
Hungary, Sebahagian Negara Balkan, Afrika Utaradan juga Timur Tengah .
Empayar ini runtuh pada 1932.
» Persia – Empayar Persia mengunjur dari Laut Mediterranean
sehingga ke benua kecil India . Persia Moden telah ditubuhkan pada abad
ke 16 dan semakin mengecil sehingga dikenali sebagai Iran pada hari ini .
» Prussia – Menjadi koloni Belanda pada tahun 1660, dan bertukar menjadi
kerajaan pada kurun selepasnya. Pada zaman kegemilangannya, ia
merangkumi 2/3 negara Jerman dan wilayah barat Poland . Menjadi wilayah
Jerman pada Perang Dunia Ke 2 dan terus dimansuhkan selepas itu .
» Rhodesia – Bertukar nama pada tahun 1980 menjadi Zimbabwe .
» Siam – Menjadi Thailand pada tahun 1939.
» Sikkim – Sekarang ini merupakan daerah utara India . Sikkim merupakan sebuah kerajaan merdeka sejak dari kurun ke 17 sehingga 1975.
» Vietnam Selatan – Wujud sekitar 1954 – 1976 sebagai wilayah anti komunis . Menyertai semula Vietnam selepas itu .
» Southwest Afrika – Memperolehi kemerdekan pada tahun 1990 dan menukar nama menjadi Namibia.
» Taiwan – Walaupun Taiwan masih wujud sehingga ke hari ini , ia
masih dalam tuntutan negara China dan banyak negara masih belum
mengiktiraf Taiwan sebagai negara merdeka . Taiwan adalah ibunegara yang
pernah mewakili China ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sehingga
1971.
» Tanganyika dan Zanzibar – 2 buah negara ini bergabung pada tahun 1964 dan membentuk Tanzania.
» Texas – Republic Of Texas mendapat kemerdekaannya dari Mexico
pada 1836 dan kekal sebagai sebuah negara selama 9 tahun sebelum
menyertai United States pada tahun 1845.
» Tibet – Tibet merupakan sebuah kerajaan sejak dari abad ke 7
sebelum dijajah oleh China pada tahun 1950. Kini ia merupakan sebuah
wilayah autonomi China yang dikenali sebagaiXiZang
» Transjordan – Menjadi Kerajaan Jordan pada tahun 1946
» USSR – Kesatuan Soviet telah berpecah kepada 15 negara pada
1991 iaitu Armenia, Azerbaijan, Belarus, Estonia, Georgia, Kazakhstan,
Kyrgyzstan, Latvia, Lithuania, Moldovia, Russia, Tajikistan,
Turkmenistan, Ukraine dan Uzbekistan.
» Urjanchai Republic – Terletak di Selatan Tengah Russia, menjadi
negara hanya selama 2 tahun iaitu dari 1912-1914, sebelum kembali
menjadi wilayah dalam Russia .
» Vermont – Pada 1777, Vermont mengisytiharkan kemerdekaan dan
kekal sebagai sebuah negara sehingga 1791. Menjadi negara pertama yang
menyertai United States selepas penyatuan 13 koloni awal.
» West Florida – Menjadi Republik dengan dianggotai Sebahagian
Florida, Mississippi dan Lousiana pada 1810 , namun kemerdekaan mereka
hanya bertahan selama 90 hari.
» Western Samoa – Menjadi Samoa pada 1998.
» Yugoslavia – Berpecah akibat dari perang etnik pada 1990 dan
membentuk negara negara Bosnia, Croatia, Macedonia, Serbia &
Montenegro dan Slovenia.
» Zaire – Menukar nama menjadi Democratic Republic Of Congo pada tahun 1997.
copy&paste via http://baca-blogspot.blogspot.com/20...nyap-dari.html
>> Weimar Republic - Asas negara Jerman sebelum perang Dunia.
>> puppets states yang wujud di Indonesia sekitar tahun 1947 - 1950 iaitu
antaranya Madura, Kalimantan Timur, Sumatra Timur dan Jawa Timur. Ianya
diwujudkan oleh Belanda setelah Indonesia isytihar diri mereka merdeka.
Semua negara ini akhirnya diserap masuk kedalam negara Indonesia secara
sukarela atau paksa rela.
>> Johor juga boleh dianggap sebuah negara sebelum bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu
No comments:
Post a Comment