Pages

Tuesday, June 21, 2016

Buah Labu adalah makanan kesukaan Rasulullah s.a.w

Tahukah anda?
Buah Labu adalah makanan kesukaan Rasulullah s.a.w yang berasal dari pohon saudaranya Nabi Allah Yunus a.s.
Yahudi telah menghina Buah Labu Rasulullah s.a.w dan pohon Nabi Allah Yunus a.s dengan mencipta agenda "Halloween".

“Dan kami tumbuhkan untuk dia sebatang pohon dari jenis labu,” - QS Ash- Shaffat (37), ayat 146
Ayat ini menceritakan kisah Nabi Yunus setelah ditelan ikan paus lalu Allah Subhanahu wa Ta’ala menyelamatkannya dan menumbuhkan pohon yaqtin atau labu.

Dalam sebuah Hadits disebutkan bahwa seorang penjahit mengundang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk menghadiri suatu jamuan makan. Kata Anas, “Aku berangkat bersama Rasulullah menghadiri jamuan makan tersebut. Kepada Rasulullah tuan rumah menghidangkan roti dari gandum serta kuah berisi labu dan dendeng. Aku melihat Rasulullah s.a.w.mencari labu dari seputar mangkuk kuah itu.’” (HR Muslim)
Buah labu merupakan salah satu buah kesukaan Rasulullah s.a.w.. Bahkan beliau menyuruh isterinya, Aisyah untuk memperbanyak labu dalam masakannya.

Dalam kitab al-Ghailaaniyyat diceritakan, Rasulullah s.a.w.pernah minta kepada Aisyah untuk memperbanyak labu saat memasak sayur. “Sesungguhnya labu itu dapat mengobati kesedihan hati,” kata Rasulullah s.a.w.

Mudah-mudahan info ini bermanfaat!


 KHASIAT BUAH LABU

1.Vitamin A.     Labu kuning merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah vitamin A yang memungkinkan kita dijangkiti pelbagai jenis penyakit.

2. Kulit Halus Berseri.   Sekiranya anda mengidamkan kulit yang halus dan berseri, amalan memakan buah labu adalah jawapannya.

3. Antioksida.    Amalan memakan buah labu juga baik kerana ia bertindak sebagai antioksida yang memperlahankan proses penuaan serta memperbaiki sel-sel dalam badan yang telah rosak.

4. Rabun Malam.   Selain masalah kulit kusam dan tidak bermaya, buah labu juga elok bagi anda yang mempunyai masalah rabun terutama rabun malam. Bagi yang mempunyai masalah ketidakseimbangan gula dalam darah juga digalakkan agar memakan labu sekerap yang boleh.

5. Masalah Paru-Paru.   Buah labu baik untuk dimakan sekiranya anda mengalami masalah pembengkakan sendi dan masalah paru-paru. Mudah sahaja, ambil bijinya dan dikisar kemudian dicampur dengan jus lobak merah sebelum diminum.   Rasa kelat biji labu tidak akan terasa malah lebih enak dan memudahkan anda untuk meminumnya.

6. Bengkak telinga, bengkak mata, penawar demam

7. Mengawal gula dalam darah

8. Bijinya berkhasiat mencegah dan mengatasi masalah pembesaran prostat

9. Kulit Halus Berseri.   Sekiranya anda mengidamkan kulit yang halus dan berseri, amalan labu kuning mengandungi sejenis zat aktif  yang mampu membunuh kuman penyebab penyakit candidiasis atau infeksi jamur.

wallaahua'lam

RESEPI PUDING LABU

Bahan-Bahan
  • 50 gram labu
  • 100 ml susu cair
  • 10 gram gula
  • Garam secukup rasa
  • Gula Melaka secukup rasa (dimasak bersama dengan air sehingga larut)
  • Bekas kecil (untuk menyimpan pudding secukupnya)
Cara Penyediaan Resepi Pudding Labu
  1. Bersihkan labu dan potong dadu kemudian rebus labu sehingga masak. Asingkan.
  2. Dalam bekas yang berlainan, masak agar-agar bersama susu cair dan gula, kacau sehingga larutan agar-agar dan gula menjadi cair atau larut. Masukkan garam secukup rasa.
  3. Masukkan agar-agar dan susu cair yang telah  dimasak tadi ke dalam bekas kecil.
  4. Sendukkan labu yang telah masak tadi atas permukaan agar-agar.
  5. Siramkan gula melaka
  6. Sejukkan ke dalam peti sejuk.
Demikianlah resepi pudding labu yang sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut dan juga snek. Disebabkan pudding ini disimpan didalam peti sejuk, resepi ini boleh bertahan sehingga dua hari tanpa bahan pengawet.

No comments:

Post a Comment