Pages

Thursday, June 23, 2016

Tidak pakai helmet, PM Kemboja disaman

Tidak pakai helmet, PM Kemboja disaman

Hun Sen disaman kerana tidak memakai topi keledar ketika membonceng motosikal, Sabtu lalu.
PHNOM PENH- KEMBOJA. Gara-gara tidak memakai helmet semasa membonceng motosikal, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menerima padah disaman 15,000 riel (93sen) akibat melanggar Artikel 6 Undang-undang Lalu Lintas.

Insiden itu berlaku di daerah Sre Ambel, wilayah Koh Kong ketika beliau mengadakan lawatan, minggu lalu.

Hun Sen turut mengesahkan perkara itu menerusi akaun Facebook miliknya dan berjanji akan membayar denda itu serta yang dikenakan ke atas pemilik motosikal tersebut.

Menurut beliau, imuniti Parlimen dalam Perlembagaan dan undang-undang lain tidak mengecualikan mana-mana ahli politik termasuk perdana menteri daripada didenda jika melanggar undang-undang lalu lintas.

Isnin lalu, Hun Sen turut memohon maaf kerana tidak mematuhi undang-undang lalu lintas tersebut. - 


Sumber :Khmer Times 

No comments:

Post a Comment