Kathmandu: Pergaduhan merebut sejenis kulat berharga yang digelar
‘Viagra Himalayan’ menyebabkan serang mati ditembak manakala tiga lagi
cedera di sebuah perkampungan di kawasan pergunungan Nepal
Menurut polis di daerah Mugu, polis dihantar ke perkampungan itu Rabu
lalu, selepas mendapat laporan mengenai pergaduhan itu tetapi hanya tiba
pagi tadi
“Seorang terbunuh manakala tiga lagi cedera apabila kumpulan samseng
seramai 10 hingga 12 orang melepaskan tembakan,” kata Ketua Polis Daerah
Mugu, Keshab Raj Sharma, melalui telefon
Menurutnya, kumpulan itu mencuri kulat yang dikumpul mereka
Setiap tahun, ribuan penduduk Nepal dan Tibet memungut kulat Cordyceps,
dipanggil yarchagumba oleh penduduk tempatan yang tumbuh di atas badan
ulat tertentu dan hanya boleh ditemui dalam tempoh beberapa minggu
setahun
Ia hanya ditemui pada ketinggian lebih 3,500 meter, terbentuk apabila
kulat parasit melekat pada ulat, membunuhnya perlahan-lahan
Pembuat ubat herba China yang membelinya dengan harga mahal, mendakwa
kulat itu yang direbus dan minum atau dicampur ke dalam sup, mampu
meningkatkan kemampuan seks serta menyembuhkan penyakit lain, termasuk
barah
Pada 2009, tujuh orang terbunuh dalam pergaduhan berebut ‘Viagra Himalayan’ itu
No comments:
Post a Comment