Pages

Wednesday, June 29, 2016

KELIRU TEMPOH HAID

SOALAN

Assalam saya keliru untuk mengira tempoh suci,saya datang haid pada awal ramadan iaitu 8/6 hingga 16/6 (9 hari),kemudian saya suci daripada haid 17/6 hingga 24/6 ,pada 25/6,terdapat coklat kemerahan,adakah ia darah isthihadah atau sambungan haid dalam tmpoh 15 hari ?adakah puasa saya sah ?mohon perjelasan

JAWAPAN:

1) Sebelum ini saya pernah menulis satu artikel mengenai permasalahan haid, nifas dan istihadah menurut mazhab Syafi’ie di dalam blog saya. Untuk maklumat terperinci, boleh rujuk ‘link’ di bawah ini:

2) Kembali kepada masalah saudari, 9 hari pertama ia dikira sebagai darah haid kerana ia berlegar dalam tempoh kurang dari 15 hari iaitu tempoh maksimum bagi haid.

3) Kemudian puan suci dari haid dalam tempoh dalam tempoh 8 hari dan darah kembali keluar pada hari yang ke sembilan(25/6). Maka darah yang kedua ini dikira sebagai darah istihadah kerana saudari mengalami tempoh suci kurang dari 15 hari, iaitu tempoh minimum bagi bersuci dari haid.

4) Jika darah itu berterusan keluar dari tarikh 25/6 sehingga 1/7, ia dikira sebagai darah istihadah. Namun jika darah itu melampaui tarikh 1/7 iaitu darah terus keluar pada 2/7 ke atas, maka ia dikira sebagai darah haid yang baru.

5) Ini kerana tempoh suci saudari yang lalu(17/7 – 24/7) iaitu lapan hari dicampur tempoh hari darah ke dua iaitu istihadah(25/6 – 1/7) iaitu tujuh hari, maka menjadi 15 hari, maka tempoh ini dikira memenuhi tempoh bersuci walaupun sebahagian hari-hari tersebut keluar darah istihadah. Perempuan yang mengalami darah istihadah hukumnya sama dengan wanita yang dalam keadaan suci.

6) Oleh itu jika darah masih berterus selepas terikh 1/7 iaitu 2/7 ke atas dikira sebagai haid yang baru iaitu seolah-olah saudari telah melalui tempoh minimum bersuci.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

No comments:

Post a Comment