Sydney: Australia menggantung eksport haiwan ternakan kepada tiga
pusat penyembelihan di Vietnam berikutan tersiarnya rakaman video
pekerja pusat memukul kepala lembu menggunakan tukul besi hingga mati
sebelum ternakan itu dilapah.
Video yang dirakam secara sulit oleh penyiasat Animals Australia itu
menunjukkan lembu dipukul kepala beberapa kali dengan tukul besi
sehingga tumbang dan selepas itu dipukul lagi sehingga mati.
ABC melaporkan, Menteri Pertanian Australia, Barnaby Joyce, yang
menganggap video berkenaan sebagai amat kejam, berkata pusat
penyembelihan di Vietnam itu tidak tersenarai dalam sistem Rangkaian
Bekalan Pengeksport.
“Belum dapat disahkan sama ada lembu berkenaan dari Australia, namun
kerajaan sudah menggantung semua eksport kepada pusat penyembelihan
terbabit,” katanya.
Animals Australia melaporkan kejadian itu pada 9 Jun lalu, dan
kementerian itu memulakan siasatan keesokannya serta sudah bertemu
dengan pihak berkuasa Vietnam yang juga menyiasat dakwaan berkenaan.
“Saya sangka sudah melihat semua kekejaman terhadap haiwan, rupanya tidak semua.
“Pengeksport tahu mengenai kekejaman terhadap haiwan ini namun
berterusan menghantar ternakan ke Vietnam,” kata Pengarah Kempen Animals
Australia, Lyn White kepada ABC.
Pertubuhan itu mendakwa ia memiliki rakaman video lembu Australia
dilapah hidup-hidup di pusat penyembelihan yang diluluskan kerajaan.
http://www.hmetro.com.my/node/145823
No comments:
Post a Comment