Cuka dan Makanan Sunah Rasulullah
Kebaikan KHAL (CUKA)..
Dari Ummu Said RA dari Nabi SAW, baginda bersabda :
“Sebaik-baik hidangan ialah khal (cuka). Ya Allah berkatilah pada khal
(cuka). Sesungguhnya ia adalah makanan para nabi sebelum aku. Tidak akan
dilanda kemiskinan rumah yang ada khal (cuka)”. (Hadis riwayat Muslim
2052, Ibnu Majah 3318)
Apa yang lebih menarik ialah cuka termasuk dalam makanan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah berdasarkan hadith:
Dari Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW bertanya tentang
lauk-pauk kepada keluarganya. Jawab mereka : Kami tidak mempunyai
apa-apa, kecuali cuka. Lalu Rasulullah SAW meminta dihidangkan. Setelah
dihidangkan, baginda memakannya seraya berkata : Sebaik-baik lauk ialah
cuka”. (Hadis Riwayat Muslim)
“Sebaik-baik yang dicampur dalam hidangan adalah cuka” (Hadis Muslim)
APA ITU KHAL? KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu
bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin
(fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar
dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi
asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil
vinegar
Kajian kepada kitab-kitab perubatan Islam juga ada menyatakan KHAL
telah diamalkan sejak dari nabi-nabi dahulu sebelum Nabi Muhammad (saw)
lagi. Masyarakat Babylon (sekitar 500 BC) juga telah menukar wain kepada
KHAL dengan menggunakan buah anggur, kurma dan tin (fig). Hippocrates
juga telah mengggunakan KHAL sebagai antibiotik dan tonik. KHAL juga
digunakan oleh pejuang-pejuang silam bagi meningkatkan kekuatan badan.
Selain orang Arab, KHAL telah dipraktikkan semenjak berabad oleh
kebanyakan penduduk Eropah, Jepun, Cina dan India.
Kepada yang sudah terkena penyakit, Rasulullah (saw) pernah bersabda
yang bermaksud “Setiap penyakit ada ubatnya”. Tetapi Rasulullah (saw)
tidak menyatakan secara khusus penawar sesuatu penyakit,oleh yang
demikina mari kita beramai ramai mengamlakan pemakanan cara nabi
Muhammad SAW dalam masa yang sama kita mengamalkan “MAKANAN KESIHATAN
SUNNAH PARA NABI-NABI” sebagai suatu ibadah dalam penyembuhan dan
meneruskan warisan ulama’ perubatan Islam.. Perlu diingat KHAL diamalkan
secara meluas sejak turun temurun oleh bangsa Arab. Mungkin sebab tu
sekor kambing makan pun tak kena darah tinggi,
Khasiat Khal Menurut Perubatan Islam:-
——————————————————
Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka :-
** 01: dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser
** 02: membuang darah kotor & melancar aliran darah
** 03: mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut
** 04: melancarkan pergerakan usus
** 05: merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
** 06: memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
** 07: menurunkan tahap kolesterol
** 08: mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & mengeluarkan lebihan garam
** 09: membakar kalori dgn cepati
** 10: membuang toksin
** 11: merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga
** 12: penyerapan kalsium lebih sempurna – menguatkan tulang
** 13: mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut
** 14: merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)
** 15: mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan an yg pelbagai
** 16: melancarkan pengeluaran susu ibu
** 17: melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid)
** 18: memperbaiki fungsi limpa
** 19: menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan
Antara yang utama,KHAL dapat membantu membuangkan kolesterol dan
lemak di dalam badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak di
saluran jantung, lemak di buah pinggang, membaiki fungsi buah pinggang,
dan lemak berlebihan yang boleh membawa pelbagai penyakit dengan cara
memulihkan sel-sel organ badan. Paklang rasa elok untuk mereka yang
menghadapi daran tinggi/ kolestrol dsb nya.
Sumber : https://pemakanansunnah.wordpress.com/2014/09/18/cuka-dan-makanan-sunah-rasulullah/
No comments:
Post a Comment