πMendengar berita kematian
-------------------------------
ππ»Melayu
Alfatihah
ππ»Islam :
Innalillahi wa inna ilaihi rojiun
π Usung jenazah
----------------------------
ππ»Melayu:
Baca al fatihah sambil usung jenazah.
Jenazah akan ditanam di tempat yang keluarga request. Contoh meninggal
dunia di sarawak, tapi disebabkan keluarga di selangor maka jenazah
akan dibawa pulang ke selangor untuk dikebumikan.
ππ»Islam :
Usung seperti biasa tanpa ada sebarang bacaan dan percepatkan hantar
jenazah ke kuburan bukan perlambatkan dengan bacaan tertentu
Jenazah ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan jenazah yang meninggal dunia.
π Tanam jenazah
-----------------------------
ππ»Melayu:
- Jirus air dengan jug yang diikat kain putih
- Tabur bunga
- Tabur batu
ππ»Islam :
Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk
melembapkan tanah tidak mengapa namun jika air dijirus agar mayat sejuk
maka ini kepercayaan yang merosakkan aqidah.
πKubur jenazah
---------------------------
ππ»Melayu:
- Kubur dihias bagai pengantin
- Kubur ada bangunan
- Kubur ada nama, tarikh hidup dan mati
- Ada pakej upah baca Al Quran
- Batu nisan 2
- Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta
- Perlu beri wang kepada orang solat jenazah
- Perlu beri wang kepada penggali kubur
- Perlu sediakan wang sekurang kurangnya $ 1000...MasyaAllah.
ππ»Islam :
- Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan.
- Kubur tiada bangunan
- Kubur tiada sebarang kapur, nama, tarikh hidup dan mati
- Tiada upah bacaan Al Quran di kuburan
- Batu nisan 1
- Tempat beribadah di masjid bukan di kuburan
- Tiada wang pun diperlukan kerana tugas uruskan jenazah *FARDHU KIFAYAH* bagi umat islam
.
πKenduri Arwah
----------------------------
ππ»Melayu:
Keluarga si mati buat upacara ritual kenduri bagi arwah dengan bacaan
tertentu, doa tertentu, surah yasin sambil dihadiri tekong tahlilan
arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan walau keadaan
susah dan terpaksa. Bersedekah tidak salah dengan meluruskan niat.
Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.
Ritual seperti ini adalah milik agama *HINDU*
ππ» Islam :
Tiada kenduri buat jenazah. Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada.
Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa'fuanhu ( jenazah lelaki )
Allahummafirlaha warhamha waafihi wa'fuanha ( Jenazah wanita)
Jiran terdekat memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan.
πTalqin
-------------
ππ»Melayu:
Talqin akan dibaca di atas kubur oleh imam yang diupah. Imam akan
berikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan
makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut
nama fulan / fulanah binti ibu.
ππ»Islam :
Tidak ada sebarang talqin bocorkan jawapan kepada jenazah. Kerana
jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur.
Luruskan niat jika talqin sebagai dakwah untuk saling mengingati hari
kematian akan tiba kepada yang menziarahi si mati di kuburan itu tidak
mejadi kesalahan, kerana Allah ingin kita saling mengingati tentang hari
kematian.
BERLAPANG DADA , RENUNGKANKAH...
MELAYU SEKADAR BANGSA
DAN ISLAM ITU AKIDAH KITA.
.
πΊJadikan pesan nabi saw dlm hadis ππΌsbg panduan:-
"Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan
agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolakβ
(HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)
No comments:
Post a Comment