بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.Petua dan cara Imam Ghazali mencari malam Lailatul Qadar | Dalam
melakukan ibadat dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, sudah pastinya
kita sentiasa ternanti-nanti malam Lailatul Qadar pada 10 malam yang
terakhir. Itulah malam yang mana ia berlaku pada satu malam ganjil
daripada 10 malam terakhir Ramadhan.
Adakah malam Lailatul Qadar
ini jatuh pada 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadhan tahun ini? Hanya orang
yang berusaha mengimarahkannya sahaja yang akan merasai nikmat beribadat
di malam Lailatul Qadar tersebut.
Petua Imam Ghazali Mencari Lailatul Qadar
Terdapat petua oleh
Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul
Qadar. Imam Gazali dan lainnya ada menyebut bahawa malam Lailatul-Qadar
boleh ditemui berpandukan kepada tarikh permulaan puasa atau awal
Ramadhan, seperti kaedah berikut:
* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Ahad atau Rabu: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-29.
* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Isnin: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-21.
* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Selasa atau Jumaat: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-27.
* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Khamis: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-25.
* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Sabtu: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-23.
Maka, bagaimanakah caranya untuk mendapatkan Lailatul Qadar ini?
Contohnya;
Jika satu hari bulan iaitu Awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau hari
Rabu, maka malam Lailatul-Qadar dijngka berlaku pada malam yang ke dua
puluh embilan. Dan begitulah seterusnya seperti jadual berikut :
Jangkaan Kemunculan Lailatul Qadar
Jangkaan malam lailatul qadar SQ
Berkata Syeikh Abu Hasan Syazili bahawa semenjak dia mula baligh,
dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat
mengikut petua di atas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam
ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.
.ALLAH سبحانه وتعالى berfirman,
إِنَّآ أَنزَلْنَـٰهُ فِى لَيْلَةِ ٱلْقَدْرِ ﴿١﴾ وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا
لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ ﴿٢﴾ لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴿٣﴾
تَنَزَّلُ ٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن
كُلِّ أَمْرٍ ﴿٤﴾ سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ ٱلْفَجْرِ ﴿٥
“Sesungguhnya KAMI telah turunkan pada malam kemuliaan. Dan, tahukah
kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada
seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan malaikat Jibril
dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan; Malam itu (penuh)
kesejahteraan sehingga terbit fajar.”
(Surah Al-Qadr: Ayat 1-5)
Seseorang yang melakukan ibadat pada malam Lailatul-Qadar seolah-olah
dia sentiasa beribadat selama 83 tahun. Orang yang menghidupkan malam
Lailatul-Qadar juga turut diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
Daripada Aishah r.a telah berkata : “Bahawa Rasulullah ﷺ apabila masuk
sepuluh akhir Ramadhan, baginda menghidupkan malam (Qiam dan membantu
ahli keluarga untuk merebut kebaikan), mengejutkan ahli keluarganya dan
mengikat pakaiannya (bersungguh-sungguh dalam beribadat dan melakukan
kebaikan).” (Muttafaqun alaih)
Martabat yang tertinggi dalam
menghidupkan malam Lailatul-Qadar adalah dengan pelbagai ibadat
sepanjang malam, seperti memohon ampun kepada ALLAH سبحانه وتعالى,
melakukan solat-solat sunat, membaca Al-Quran dan berdoa.
Dengan tegas Rasulullah ﷺ bersabda:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا
وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ. (رواه البخاري
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi ﷺ sabdanya: “Sesiapa menghayati malam
Lailatul Qadar dengan mengerjakan solat (dan pelbagai jenis ibadat yang
lain), sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah سبحانه وتعالى ,
nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.”
(Hadith Riwayat Bukhari r.a.).
Tanda Malam Al-Qadar
Di antara tanda malam Al-Qadar adalah :
1.Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2.Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3.Pada malam itu Malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat
pada malam itu dan sebagai tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat
sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya
dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua
perkara itu kecuali orang yang telah diharamkan (tidak mendapat
petunjuk) daripada Allah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
والله أعلم بالصواب
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
No comments:
Post a Comment