Pages

Saturday, June 18, 2016

Tayar termahal di dunia berharga RM2.45 juta


 DUBAI - Di mana lagi kalau bukan di Dubai, tayar termahal di dunia dijual.

Berharga AS$600,000 (RM2.45 juta) untuk set empat tayar, ia merupakan penghasilan sekali sahaja untuk syarikat yang berpangkalan di Dubai, Zenises.

Apa yang membuatkan tayar ini istimewa dan siapakah pembeli yang bertuah tu?


Tayar tersebut dihiasi dengan emas 24 karat dan disemat dengan rapi berlian walaupun pada pandangan mata kasar tayar tersebut diperbuat daripada getah seperti tayar konvensional lain.

Bagaimanapun, jika anda memerlukan bukti lain terhadap kualiti dan pembuatannya yang rumit ialah, berlian yang digunakan telah dipesan terlebih dahulu daripada syarikat barang kemas Itali, Joaillier Privé, dan memasangnya pada bekas yang dicetak dengan emas putih.

Selepas itu, bekas tersebut dihantar ke China di mana ia disebatikan dengan tayar menerusi proses yang dirahsiakan.

Tayar mewah itu kemudiannya dihantar balik ke Dubai untuk dihias dengan kepingan emas oleh pasukan lain yang mahir dalam pekerjaan itu.
Produk yang telah siap itu dipamerkan pada pertunjukan auto di Essen, Jerman pada Mei lalu.

"Kami tidak tahu pembelinya," kata Ketua Pegawai Eksekutif Zenises, Harjeev Kandhari.

Bagaimanapun, Zenises akan menyalurkan kesemua keuntungan daripada penjualan berjumlah AS$600,000 itu kepada pertubuhan yang memberi tumpuan memperbaiki akses pendidikan di seluruh dunia.


http://malaysiagazette.com/ms/dunia/...ijual-di-dubai
 

No comments:

Post a Comment