Saturday, June 11, 2016
Justin Trudeau... PM Kanada sertai majlis berbuka puasa
Video yang memaparkan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau
menyertai satu majlis berbuka puasa bersama ahli politiknya yang
beragama Islam meraih pujian daripada netizen di seluruh dunia.
Video yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi Trudeau pada Selasa lalu
mendapat lebih dari empat juta tontonan dalam masa beberapa hari.
Difahamkan, Trudeau menyertai ahli politik terbabit berbuka puasa pada hari pertama Ramadan.
"Adalah satu kesyukuran untuk meraikan majlis berbuka puasa bersama
anggota kami yang beragama Islam pada malam pertama Ramadan," tulis Trudeau.
Berikutan itu, video berkenaan menjadi viral di media sosial dengan
netizen menyifatkan beliau sebagai seorang Perdana Menteri yang paling
berkaliber.
Menurut netizen, Trudeau perlu dijadikan contoh oleh semua pemimpin di
dunia, kerana beliau sentiasa menghormati rakyatnya tanpa mengira bangsa
dan agama.
Tambah mereka, sikap terbuka beliau dalam menerima adat istiadat dan
kebudayaan orang lain dapat melahirkan negara yang lebih aman dan
harmoni.
Namun, ini bukan kali pertama, Trudeau meluang masa bersama kaum minoriti di negaranya.
Pada tahun 2013, dua tahun sebelum beliau dilantik, Trudeau melawat
sebuah masjid di Kanada dan beramah mesra dengan sekumpulan jemaah Islam
dalam satu majlis solat terawih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment